Pages

September 25, 2010

Kelubung Sang Penakut

naifnya aku,
bersembunyi selalu
dalam selimut,
tak pernah mahu
jenguk ke luar,
melihat sinar-sinar,
mendengar khabar-khabar.

tambah bodoh,
kerana baru kini 
mahu buang selimut -- lipat.

menyesal aku,
tunggu lama,
berdiam.

oh Tuhan,
jangan biar sakit itu datang lagi.




*bercakap mengenai perasaan.

6 comments:

  1. kita selalu takut tentang sesuatu yang kita tak tahu apa.itu sekadar perasaan.takut. kan?

    ReplyDelete
  2. kita selalu takut kerana aku rasa kita ini makhluk tak punya kuasa. perasaan tak berkuasa itu yang buat kita takut. barangkali.

    ReplyDelete
  3. kita tak punya kuasa
    tapi kita punya hati,akal
    hati dan akal bila bergabung mampu hasilkan kuasa yang super
    cuma kadang kala kita yang menidakkan

    ya
    kuasa kita bukan kuasa superman atau apa-apa
    tapi kuasa kita mampu menghasilkan anjakan paradigma
    hanya dengan gabungan dua itu..

    jangan takut untuk buang selimut itu
    bila hilang selimut itu
    cahaya mampu menyelinap masuk
    terangi kita.

    p/s: diri sendiri juga perlu buang selimut itu.. :)

    ReplyDelete
  4. ya. semua perlu buang selimut.
    ah, rugi kita kerana baru sedar.

    ReplyDelete