Pages

September 25, 2010

Rutin

Rutin,
Kau buat setiap hari.
Terkadang tanpa sedar,
Itu kitaran kau.

Rutin,
Terselalu kau melaku,
Hanya terkadang kau jemu.

Rutin,
Bila tak dipaksa, senang.
Bila tak disuruh suruh, ringan.

Tapi adakala rutin jadi berat.
Rutin jadi sukar.
Rutin jadi lelah.

Bila dihenyak kepala,
Bila dibuat percaya,
Bila ditekan tekan,
Untuk melaku.

Walau memang itu kita,
Tapi rutin seharusnya dilaku santai,
Dibiar rela,
Dibiar sahaja.

17 comments:

  1. menjengah ruin kini menjadi rutinku..bukan paksaan tapi mengikut kata hati..:)

    ReplyDelete
  2. camar : aku juga selalu ikut kata hati. :)

    ren : kenapa? aku ada salah kata?

    ReplyDelete
  3. rutin paling santai - baca puisi kalian.

    *sedang santai.

    ReplyDelete
  4. edy : kannn? bila aku kusut, aku cari sss. :)

    ReplyDelete
  5. kalau dulu facebook,sekarang sss..sebab di sini punya chemistry..ada magnet :)

    ReplyDelete
  6. camar : setuju. :) dan sekarang aku hanya bercerita di sini. blog sendiri, aku beri rehat. heh.

    ReplyDelete
  7. hehe..agak lah..hehe..atau mungkin letak entri yang sama :)

    ReplyDelete
  8. sss buat aku tenang semula. serius.

    ReplyDelete
  9. edy : jadikan ini rutin santai ye. jangan penung kepala. :)

    camar : haha. aku perasan.

    ReplyDelete
  10. Rutin khuzz ialah mengumpat sambil isap rokok,,,, hahahaa...

    ReplyDelete
  11. khuzz : itu teramatlah santai. haha. kalau bengang pun boleh chill sekejap. kan? tapi itu tak sihat lah. lama2 nanti kau akan berhenti, aku tahu. aku yakin. :)

    ReplyDelete
  12. ya ya..aku juga yakin :) hehe..banyak yang nak diluahkan..

    ReplyDelete
  13. masuk ni dah dua hari xde nikotin masuk dlm nafas.... hahhahahaha...
    satu pncapaian membanggakan...

    ReplyDelete
  14. khuzz : wah! tahniah. aku tahu tak mudah. jangan nanti kau lepak mengumpat, kau pancing kawan kau punya, sudah. elak jumpa kawan yang mudah bagi pancing ni. kau cari kawan kedekut rokok. haha.

    ReplyDelete
  15. haha..cadangan lynn bagus amat..hehe

    tabik spring untuk kau khuzz :)ikhlas ni

    ReplyDelete
  16. In somewhat way... this is beautifully written. Kudos!

    ReplyDelete
  17. Ren : Seriously? I feel sooo honored. Thank you. So much. Thank you. :)

    ReplyDelete