Pages

November 26, 2010

Pisau

dah lama aku pegang pisau ini

mak ingat aku mahu potong ikan
yang dia beli hujung minggu lalu
masak kicap tapi sebenarnya bukan
bukan itu yang ada dalam otak aku.

ayah ingat aku mahu hiris roti
yang aku bakar dalam ketuhar
tapi dia tak tahu apa dalam hati
yang buat hidup aku jadi sukar.

adik ingat aku mahu potong kertas
sebab gunting yang ada dah hilang
tapi selalu dia nampak aku cemas
dia fikir otak aku dah kurang

aku ingat aku mahu potong daging
yang lebih-lebih pada tubuh ini
orang kata aku hodoh tak ramping
buat aku berhenti dari kompeni

aku dah lama pegang pisau ini

6 comments: