Pages

November 29, 2010

u n g k a p a n


kalau aku beri kau cinta
dan tangan di hulur menerima
tapi terima mu itu bersalut ragu
soroklah jauh tangan kau
dan akan ku berpaling pergi
meninggalkan saja cebisan cinta
bawah di lantai saksi.

8 comments:

  1. kalau kau hulur pada waktu yg salah
    kuharap kau akan menariknya
    kemudian menghulurkan kembali apabila sampai waktunya,
    sanggupkan kau?

    ReplyDelete
  2. kenapa perlu masa menentu,
    kalau rasa itu pendahulu?

    apa yg penting kita letak di depan.
    jadi mengapa boleh bermain,
    sedang kan perasan yg ditaruh.


    kalau tak mahu, sudah
    jangan di pinta lagi
    persis pengisi sepi saja nanti.
    bukan dia seorang ada perasaan

    tak begitu?

    ReplyDelete
  3. biarlah masa menentu,
    andai sampai seru,
    mungkin kau memang milikku,
    aku pastinya milikmu...

    ReplyDelete
  4. seperti kata tiada percaya
    cinta di letak di belakang satu
    kerna pendahulu adalah masa
    permainan terus manjadi sayu


    kalau tak mahu katakan saja
    jangan dibiar yg lain menderita
    andai bahgia kita yang cipta
    senang hidup menghancur semua.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. hati ini masih mengharapkan siraman air mawar dari cangkir hati si dia
    sungguh, sangat memerlukan

    jika kesabaran yang dipertaruhkan
    aku yakin
    kita dapat bersama
    masa yang akan menentukan segalanya
    yakinlah pada kuasaNya

    ReplyDelete
  7. nice :) kat sini pun masih berpuisi..izinkan :)

    bukan masa menjadi pendahulu,
    walau ia tampak sebegitu,
    rasa di hati mungkin tersorok,
    tapi tak bermakna ia terhakis.

    umpama bunga di kaki bukit,
    hanya masa yang menentukan,
    kembang matinya bunga itu,
    walau rasa itu wujud,
    walau rasa itu sentiasa dibajai.

    sabarlah wahai hati,
    tak mahu tak bererti tak ingin,
    tak sayang tak bererti tak cinta,
    tak rela tak semestinya tak mahu.

    :)
    maaf kalau tersalah kata

    chayok2 :)

    ReplyDelete