August 21, 2017

siput sedut

siput sedut



nak berlari
selaju Usain Bolt
namun tiada daya
rupanya kaki tiada
angan-angan cuma

mengengsot
dasar siput sedut
itu hakikat...
www.tips-fb.com

August 11, 2017

SURAM


suram
tiada lolongan
tiada omongan
tiada lagi siulan
hanya diam
dan diam

sila BANGUN!
www.tips-fb.com

January 24, 2017

Tempat ini masih ada

Jadi,
Tempat ini masih ada.

Demi masa,
kita - tangan-tangan sejuta stanza selamba,
cuma tinggal sikit otaknya untuk secebis picisan,
atau dengan hari baru,
terbiar otaknya.

tamat sudah coret stanza kita,
dimakan hari. www.tips-fb.com

December 08, 2016

Bulan Bulan Kopak Baba

Aaron, Emir and Baba


Hello DECEMBER!
OCTOBER & NOVEMBER dah berlalu
bulan-bulan kopak untuk baba makin berlalu
tinggai wedding anniversary je lagi haaaaa this becoming 21st December.
KAHKAHKAHKAH



Mana tak kopaknya
October- Birthday Adik
November- Birthday Ibu & Abang
December- Anniversary Ibu & Baba
Lagi kaya Baba nanti lagi kopak mengharungi liku-liku 3 bulan ini
HAHAHAHAHAHAHAHA
mohon bertabah


Seebelum 2016 melabuhkan tirai tak lama lagi
meh la nak paste serba sedikit gambar-gambar yang sempat ibu snap masa birthday adik, ibu & abang


12 OCTOBER 2016
Comel sungguh birthday cake adik
Birthday party ibu baba buat kat rumah babysitter je
simple birthday party je sebab ibu baba tak kaya lagi
HAHAHAHAHAHA
janji ada birthday party sudahlah
bersederhana
adik pon kecik lagi


11 NOVEMBER 2016 

Yeay! 
Birthday ibu tahun ni baba delivery bunga sejambak
hambekkkkk
lama dah baba tak buat kerja manis manis macam ni
HAHAHAHAHAHAHA
 Sesak hati kitew menahan gembira
gitooooooo!~
Thankyou Husband

21 NOVEMBER 2016

Ini pulak birthday cake Abang
sebenarnya abang request nak birthday cake ultraman 2 ekor lawan lawan atas cake tu
HAHAHAHAHAHA mana nak cari abang?
ini je la yang mampu ibu baba sediakan
kebetulan masa ni abang tengah gilakan spiderman
fuhhhhhh selamat la LULUS!

Birthday party abang pon ibu baba buat kat rumah babysitter
kemain happy abang
Alhamdulillah



Tup tap tup tap 2017 anak sulung dah masuk tadika dah uols
macam baru semalam je sis rasa sis dok berpujangga tak habis habis dalam blog ni
HAHAHAHAHAHA


tua tua
www.tips-fb.com

October 28, 2016

Di Sebalik Kita



Kita punya cinta
Kita punya hubungan kasih yang teguh
Padu dengan cinta
Padat dengan  sayang
Lalu membentuk KITA yang penuh dengan lava cinta



Di sebalik kita
Ada hidup yang sempit
Perjalanan hari-hari yang serba tiada
Lompang sana
Lopong pula di sini



Tak mengapa
Jika dunia hari ini kasih sayang itu perlukan DUIT
Kau perlu tahu
KITA sedang bahagia
walau kita tidak dipilih Tuhan
Untuk bersenang dengan wang


 
www.tips-fb.com

October 25, 2016

Khabarkan Pada Laut.

Khabarkan pada laut,
aku rindu;
rindu pada ombak yang menarik kaki;
yang bila aku jelirkan lidah;
ada angin masin menampar mukaku.

Lalu aku gelak;
ketawakan diri sendiri;
yang pada ombak hanya sebuah longgokan pasir
menunggu untuk dihempas dan larut.

Khabarkan pada laut,
aku jemu.
Jemu pada ulah yang memikat nyeri;
yang bila aku ubah;
bisanya merayap ke seluruh tubuhku.

Jika laut bertanya
khabarkan padanya
aku kimput.


www.tips-fb.com

May 03, 2016

Sekeping Surat Yang Tidak Pernah Selesai


Dalam surat-surat yang tidak pernah kau baca,
kutuliskan kedukaanku.

Supaya kelak kita bertemu
tidaklah tangisku berpanjangan.
Kerana melihatku tersenyum itu
Bagimu sebuah kegembiraan.

Supaya nanti di saat
bantal dan tempat tidurku
di sebelahmu
dingin
.....
....
...
. www.tips-fb.com

September 06, 2015

A Lover



I am broken
As I lie in pain,
My heart is taken
My soul, in vain.



www.tips-fb.com