June 30, 2011

Jalan Pintas






nak bahagia jangan amek jalan pintas sangat.
tindas. redah. belasah. pijak. cantas.
kau tu hati manusia. fikir secara manusia.
hidup manusia ni ada KARMA.
bahagia macam tu tak pernah lama.













www.tips-fb.com

Tragedi di WajahBuku

aku itu
aku ini
aku begitu
aku begini

tiada lagi
diari peribadi
pena manusia telanjang
di jalanan. sensasi.

bahasa diperkosa papan kekunci
kata-
lahir dari sepi.
lahir dari kekosongan.
lahir tak berakal. emosi.
kata-
berakhir di WajahBuku.
dibakulsampah.

sepuasnya, senikmatnya.
ekspresi, ekspresi, ekspresi.
diri adalah selebriti.
setiap sudut setiap inci diri
dihakmilik umum, mahu dirai
mahu dipertonton ke sana ke mari
nurani tidak lagi berkamar. tragedi.

apa Tuhan tuli di lorong ini?

apa benar tidak mahu hipokrasi
tiap detak nubari mesti ditelanjangi?

. www.tips-fb.com

June 29, 2011

sepudar malu.

selalu,
yang Menyesal datang kemudian.
dan
Tak Berguna terus menerpa.

Malu,
kau pergi mana?
kenapa sudah pudar? www.tips-fb.com

June 28, 2011

Sungai.

Tidak kira sungai mana kita mendayung,
hei lihatlah,
sesampainya tiba kita masih bersama,
bertemu kembali diatas muara. www.tips-fb.com

June 27, 2011

Sukar

Aku bukan pandai ucap kan semua,
apa lagi menunjukkan,
rasa dalam hati tidak terucapkan,
hanya aku dan Tuhan saja yang tahu,
sedalam mana, sekuat mana.

Bukan ego diri ku ini,
cuma sukar untuk lafazkan,
itu sahaja alasan yang mampu aku beri,
aku tidak pandai untuk ucapkan,
sedalam mana, sekuat mana.

Air mata meleleh, membasahi hati,
tiap kali tangan mu ku pegang,
pipi mu ku cium, dahi mu ku kucup,
bagi aku mungkin itu cukup untuk pamerkan,
sedalam mana, sekuat mana.

Jika tanya sedalam mana,
ku jawab tidak terfikir oleh fikiran manusia,
jika di tanya sekuat mana,
ku jawab tidak tertahan semua manusia menahan.
itu aku pasti.

Kasih sayang, belaian manjamu,
tidak terbeli wang juta-juta, 
harta paling bernilai, aku bangga kata aku punya,
jika di tanya harta paling bernilai itu apa.

Terima kasih tidak cukup aku rasa,
untuk membalas jasa kamu berdua,
ditanya tinggi mana jasa mu,
ku tunjuk langit, lebih tinggi dari itu.
terima kasih, mama dan abah,
membesar aku tanpa penah lelah.
www.tips-fb.com

June 26, 2011

kutanam sunyi dalam kelam

gulungan angin tersimpan arwah
merobek dermaga seneweng
orang perempuan di kelar cinta
tanggal tompok jingga
punah tanpa tinggalan bayang

bayu tajam memercik mayat
membersih ,tanpa sejalur mimpi
kutanam sunyi dalam kelam
tanpa gugup merobek penaksir www.tips-fb.com

Lelangit

Ini bukan khayalan minda,
mungkin realiti depan mata,
cuma aku, buta.

Tangisan menitis membasahi bumi,
langit ingin berbicara,
cukuplah, sudahlah,
aku tak mahu semua ini.


P.S: Elakkan pembakaran terbuka.
www.tips-fb.com

Pagi Ini

Terjaga dari mimpi,
sejuk.

Hidupkan komputer riba,
biarkan muzik berkemandang di setiap sudut bilik ini,
sarapan minda pertama aku.

Capai tuala, mandi.
Sarapan, pancake blueberry hari ini.
Kopi O mungkin pasangan yang sesuai, kata aku sendirian.

Hari aku bermula,
dengan fikiran aku melayang ke arah nya,
angin, jom teman aku ke sana.
www.tips-fb.com

June 25, 2011

Kapal Terbang Kertas.

Saya tidak pandai hendak berkata-kata manis.
Saya bukan lelaki macho yang beri kuntuman bunga tanda cinta.
Tapi, saya pandai buat kapal terbang kertas.
Saya buat kapal terbang untuk awak, ya.
Nah.
Selamat hari bercinta. www.tips-fb.com

Akhirnya Sebuah Penantian

Seorang lelaki berkemeja biru air laut
berseluar jeans lusuh
berkaca mata hitam
sedang duduk minum di Starbucks Time Square
sesekali ternampak dia menolak rambutnya kebelakang
kemudian membelek jam ditangan
ternampak dia mengeluh berat
kusut kelihatannya

dia meneguk secawan kopi 
melihat jam di tangan kembali
di capai telefon bimbit mahalnya
menekan-nekan nombor yang berlegar di kepalanya

" Hello. Lama lagi ke? Hmmm. Ok. Saya tunggu."

Talian dimatikan
diteguk lagi air kopi itu

5 minit
10 minit
20 minit
40 minit

yang ditunggu tak datang-datang

akhirnya dia bangun menuju ke kaunter
meminta kertas dan sebatang pen
lalu menulis sesuatu di atasnya

" Kalau nampak seseorang perempuan
berbaju kebaya merah jambu
tolong berikan ini pada dia ya. 
Terima kasih."

dan si lelaki terus beredar dari situ

Sejam kemudian ;

seorang gadis berkebaya merah jambu
memasuki Starbucks tersebut
terus matanya melilau mencari-cari lelaki tadi
tiba-tiba seorang pelayan wanita menghampirinya

" Cik, ini encik yang tunggu cik tadi bagi. " 
Segaris senyuman ikhlas dilontarkan 

"Terima kasih ya."
senyuman itu dibalasnya

Nota itu berbunyi ;

Saya tunggu awak lama. Bukan baru 2 jam yang lalu. Tapi dah 4 tahun. 4 tahun saya tunggu awak untuk bersama dengan saya. Untuk awak menerima cinta saya. Dan seharusnya hari ini adalah hari yang saya tunggu selama ini. 4 tahun yang saya rasakan cukup panjang untuk meraih cinta seorang gadis yang saya sayang. Tapi, saya tak tahu kenapa, 2 jam tadi saya rasakan lebih panjang dari 4 tahun itu. Maafkan saya Chinta, hati saya dah berubah. Saya tak mampu untuk terus menunggu. Jaga diri baikbaik. Selamat tinggal.

-Arman-


p/s : penantian itu suatu penyeksaan. ;)

www.tips-fb.com

June 24, 2011

Kepayahan Menjadi Bujangan Zaman Ini.

Maha Tahu,
Kau pasti sudah tahu.

Perang ini terlalu menuntut
aku sudah terlalu semput.

Jangan nanti di sana
aku menjadi tercelaka
dan Abdullah Bin Ubai
mendekat mengaku saudara.




. www.tips-fb.com

penunggang.

buat penunggang
hujan bukan menyusahkan
hujan cuma menyukarkan sedikit pergerakan
bukan tidak boleh bergerak
lencun.

kepong




n/k : penunggang macam gua ni memang selalu menapak dengan penunggang-penunggang lain bawah jejambat.
www.tips-fb.com

June 22, 2011

Dari Fotoku, Kau Tahu Cerita Mereka

 i

Lampu jalan
sepanjang muara
Sungai Moskva
di musim dingin,
adalah harapanku;
suram, kelam, beku.

Angin-angin Kremlin
menjelmakan resah,
bersama siul-siul
usik kematian;
syahdu, pedih, nyaring.


ii

Mulut-mulut berbau vodka
dan mata-mata garang;
adalah penghuni
rumah-rumah pelacuran,
dibaurkan dosa
buat hadiah
dari sang Setan,
bila matahari esok
muncul, mencairkan
ais-ais, yang rapuh.


iii

Dari lensa Cosina,
seorang pelawat Austria
memegun imej-imej
dan peristiwa;
terabadi
dalam album-album
legasi Lenin dan Stalin. www.tips-fb.com

luka masih merah

pertarungan mimpi
jalur kecundang
setitik lautan
kebangkitan ombak
pantai datar

igauan bertindih
sinar tajam
rusa tersasar jalan
berkali mengelilingi nisan

penguasa malam
ada , pembunuhan susila www.tips-fb.com

June 21, 2011

Hati

Hati.
Jaga diri baik-baik.
Jangan biar kau disakiti.
Harus berhati-hati.

Hati.
Mudah disakiti sukar diubati.
Sakit tidak boleh kongsi.
Harus berhati-hati.

Hati.
Jangan lupa pesan ini.
Jangan biar disakiti.
Harus berhati-hati.

Hati.
Sila hati-hati. www.tips-fb.com

gadis sepatu kuning

letak pinggul kau di kiri belakang sekali,
tersenyum,terpalit di hati,
aku sengih sendiri,
kau tersenyum lagi,
senyum pada keliling situasi,
sengih aku pada garis lengkung,
paling indah pada tiap insani,
senyum kau,sungguh.

"O mankind! We have created you from male and a female,and made you nations and tribes,that you may know one another....."(49:13)

lafaz si ustazah,hirau tidaknya aku,
melopong aku pada gerak jari,
tiupan angin menggomol hijab letak di kepala,
kau perbetul tiap inci,
ke sudah,tatap kau dari awal kelas,
sampai ustazah berdiri,
tanda mahu pergi.

kalau aku cukup berani,
sudah lama aku cicip,
nota kuning tanda permula kenal,
tercalit satu tulis,

~I don't know much about guns,
but i think i had shot by you~


#understanding islam class.
international islamic universiti malaysia.



www.tips-fb.com

Ini hanya untuk mengatakan

Sebiji epal hari ini
janganlah bermimpi
tersisa keesokannya.

Tuan Carlos,
peti ais adalah
daerah komunis
di rumah bujangan.



Nota: Tribut puisi This is just to say,  William Carlos William (1883-1963),    www.tips-fb.com

June 20, 2011

di syurga--


lelangit jiwa menjunjung rasa sejuta raga
ada pari2 menyulam rindu padanya
mengulit kenangan seribu rona;
makanya dia senyum2 saja
bermimpi perihal sang kirana
seolahnya hanya dia arjuna--
di syurga

maka biarlah saja dia bermimpi
yang terlewatkan waktu mengejar mati
bisa dia gembira bersendiri
walau nyata sunyi sepi
dan seolahnya hanya dia yang mengemudi--
di syurga.







www.tips-fb.com

Rendah

Jika kau masih ketawa,
apa makna takungan air dimata,
tiada guna kau tersenyum riang,
jika di dalam rasanya kosong dan kering kontang,
persetan mulut orang berkata itu ini,
mana mungkin dua tangan diamkan semua,
aku terus tertanya-tanya,
rendah betul diri kau berada,
tanah tempat dipijak, sana kau berada.

Abaikan mereka yang dengki,
kau hebat, aku mahu kau tahu yang itu aku pasti.



11.52 pagi
20 June 2011
Kelas Bahasa Inggeris www.tips-fb.com

Teater Pentas Realiti : Telefon Buruk...

Zarina dan Sazali merupakan pasangan yang sudah bertunang lebih 3 bulan yang lalu. Hubungan mereka mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak. Malahan seluruh taman mengetahui tentang perihal mereka berdua yang sudah bertunang. Apatah lagi tempat tinggal Sazali hanya di taman perumahan lain berdekatan. Jadi mudah untuk mereka berjumpa sebagai melepas rindu atau atas urusan apa-apa.

   Suatu hari, pagi Ahad, mereka memilih untuk berjogging di taman rekreasi berhampiran berikutan tiada apa yang hendak dilakukan pada pagi itu. Maka Sazali bersiap-siap untuk menjemput tunangnya di rumah keluarga tunangnya itu. Masing-masing berpakaian lengkap untuk berekreasi. Sazali memandu perlahan-lahan menyusuri jalan untuk keluar dari taman perumahan itu. Ketika mereka melewati sebuah gerai menjual kuih-muih

"Mentang-mentang dah bertunang, selambar je keluar berdua." Cebik Mak Enon, penjual kuih.

"Lah Mak Enon ni, orang tu kan dah bertunang, lagi pun bukan sembunyi-sembunyi. Kita nampak kan?" sampuk seorang pembeli yang lebih dikenali sebagai Basri.

"Tu lah korang. Dah tunang je bukan lesen boleh keluar berdua sana-sini." Mak Enon membidas hujah Basri tadi


   Sesampai di taman rekreasi, Sazali dan Zarina melakukan warming-up untuk berjogging. Kemudian mereka pun memulakan larian sambil bergurau sesama sendiri. Perlahan sahaja larian mereka. Sekadar untuk meluangkan masa berdua juga melepaskan tekanan kerja sepanjang minggu.

   Hampir setengah jam berlari anak, mereka berhenti di salah satu pondok untuk melakukan senaman ringan. Zarina dengan senaman sendiri sementara Sazali dengan senaman sendiri. Sedang leka Zarina meregangkan badan, dia terpandang di balik salah satu tiang pondok tersebut, ada sebungkus sesuatu, kecil. Berkain batik. Zarina berhentikan aktiviti senaman ringannya. Seperti ada perasaan ingin tahu yang kuat dan membuak-buak, Zarina bergerak perlahan-lahan menuju ke bungkusan tersebut. Sazali yang kehairanan dengan tingkah laku Zarina juga turut berhenti dan menuruti tunangnya itu.

   Semakin dekat dengan bungkusan tersebut, bau yang kuat menusuk hidung. Macam bau bangkai. bungkusan tersebut juga dihurungi lalat. Zarina rasa semacam. Begitu juga Sazali.

"Apa tu yang?" Soal Sazali kepada Zarina.

"Manalah ayang tahu." Tiada jawapan untuk Sazali.

   Sampai sahaja dibungkusan terus Sazali cuit-cuit dengan tangannya. Tak puas hati, Sazali membuka bungkusan tersebut. Zarina memandang sahaja. Sebaik sahaja terbuka bungkusan tersebut.

"Astaghfirullah hal azim!" Hampir serentak mereka berdua beristighfar. Bungkusan tersebut merupakan mayat seorang bayi yang kelihatannya masih baru dilahirkan. Ada kesan darah juga malahan bertali pusat. Zarina cuma berpaling muka sementara Sazali kelihatan sedikit panik.

   Serta-merta jugalah Sazali menghubungi pihak polis untuk memberitahu berkenaan penemuan tersebut. Tak lama kemudian tempat tersebut didatangi anggota polis dan kemudian dikerumuni orang ramai. Ada juga penduduk sama taman perumahan dengan Zarina yang sama-sama berjogging di situ.


********************
"Betul mak. Kak Zarina dengan Abang Sazali yang jumpa bayi kena buang tu." Bersungguh-sungguh Alia menceritakan kepada ibunya ketika mereka minum petang di depan rumah. Nadia, kawan rapat Alia yang turut ada di tempat kejadian sekadar menganggukkan kepala tanda mengiyakan apa yang Alia katakan.

"Teruk-teruk remaja sekarang ni. Yang bukan-bukan je di buatnya. korang berdua janganlah diikutkan perangai macam tu. Kita ni ada maruah." Nasihat ibu Alia kepada mereka berdua membuatkan mereka berdua mengunyah ubi goreng dengan perlahan.


*******************
"Tu lah. Tak sama macam zaman kita dulu. Anak akulah si Alia yang cerita kat aku. Si Zarina dengannya si Sazali yang jumpa mayat bayi tu." Mak Yati beriya-iya bercerita sewaktu membeli barang runcit.

"Tu lah. Yang si Sazali dengan Zarina tu buat apa pulak kat tempat jogging tu?"

"Dah namanya tempat jogging. Takkanlah kacau dodol pulak cik Jenab oi!"


******************
"Dengarnya macam tu lah. Si Zarina tu dengan Sazali jumpa kat tempat jogging tu." Pak Awang, suami kepada pemilik kedai runcit di taman itu bercerita di kedai kopi ketika dia bermain dam dengan kawan-kawannya.

"Bilanya budak berdua tu jumpa bayi tu?" Soal Pak Leman sambil tangannya rancak "memakan" tiga buah dam Pak Awang.

"Entah. Malam ke siang tak tahulah Man." jawab Pak Awang sambil "memakan" kembali buah dam Pak Leman.


******************
"Hey Ani, kau tau tak, yang jumpa mayat bayi minggu lepas tu, Kak Zarina dengan Abang Sazali lah." tiba-tiba Zaiton membuka cerita kepada kawan-kawannya ketika kelasnya tiada guru yang mengajar.

"Ye ke? Ish. Apa pulaklah Kak Zarina dengan Abang Sazali tu buat kat taman tu?"

"Biasalah couple. Buat apalagi kat taman tu. Lagi-lagi malam." Munirah memberi pendapat sendiri.

"Ye lah tu, Kak Zarina tu dah lah lawa. Takkanlah Abang Sazali nak tunggu lama kot. Kah Kah Kah." Berdekah sahabat berempat itu namun tenggelam dalam hiruk pikuk suasana kelas.


*****************
"Tak tahulah mak. Mungkin Tuhan nak tunjuk kat diorang kot. Diorang nak buat benda tu, sekali jumpa mayat bayi pulak." Munirah bersungguh bercerita kepada ibunya.

"Jangan diikut perangai budak bedua tu Munirah. Kau lepas makan ni terus kemas meja. Tak payah nak bukak Facebook. Terus baca buku." 

   Terasa menyesal pula Munirah bercerita kepada ibunya.


********************
"Entah-entah bayi tu anak diorang kot. Nak tutup kes. Cakaplah konon-konon diorang jumpa."

"Taktik tu. Taktik nak tutup cerita tu. Bijak. Ingat diorang tu budak lepasan universiti, dapat bodohkan kita semua?"

"Tulah. baru bertunang, dah berkepit sana-sini. Tengoklah. Tahu-tahu dah buang anak. Hish. teruk!" Mengomel Mak Enon sambil membungkuskan kuih untuk pelanggannya. Maka mereka seluruh isi gerai itu menghukum dengan tafsiran sendiri berkenaan perihal penemuan mayat bayi tersebut dan dikaitkan dengan pasangan tunangan Zarina dan Sazali.


******************************************************

Telefon buruk bukan sekadar permainan dan segmen ketika program motivasi. www.tips-fb.com

June 17, 2011

Menua Bersama

lewat senja
dan hujan renyai ;

sayang,
aku cinta padamu
setulus mulus hati kecil aku
semoga Tuhan kekalkan kita bersama
hingga hayat tua kita

dingin malam
berteman bulan juga bintang ;

cinta,
terima kasih sudi menjadi halal buat aku
aku tahu kau pelengkap rusuk kiri aku
semoga Tuhan kekalkan kita bersama
hingga hayat tua kita

usai terbit mentari
cerah dan bercahaya ;

kasih,
terima kasih kerana kau menua bersama aku
terima kasih kerana kau setia bersama aku
terima kasih kerana kau
melengkapi aku
kini aku harus pergi kembali padaNya
maafkan aku kerana
kita tidak menua bersama ke akhir hayat
masa aku sudah tiba
sesungguhnya kau yang terbaik untuk aku


yang benar,
suamimu. www.tips-fb.com

sedak gerila

ketika kubuka mimpi
dari cerun pasir ringkai
tak kuduga hendaknya
ada luka mencecah gelodak

saudaraku ,
kenapa kau tikam ?
pemuda itu punya sekolah
kilauan sebesar permata www.tips-fb.com

lamaran

bukan tergesa
tetapi kerana
tak mahu menunggu

sudikah kiranya,
cincin ini kusarung jua?
dan diri ini kaucinta?

www.tips-fb.com

Puisi Cute (Alololooooo)

Bila kau tak kata diri kau cute,
tapi orang lain kata kau cute;
kau betul cute.

Bila kau tak kata diri kau cute,
tapi orang lain kata kau cute,
dan kau berani buat benda tak cute,
cute kau tambah berganda-ganda,
sebab apa pun kau buat, kau tetap cute.

Haa, tapi,
kalau kau rasa kau cute,
orang pula kata kau langsung tak cute,
masih jugak kau perasan cute,
dan cuma buat benda yang kononnya cute;
sumpah kau betul tak cute la.

Itu bukan cute,
itu overestimate kau pada diri sendiri yang melampau-lampau!




p/s : selamat hari kiut sedunia, kawan-kawan.
p/s/s : lupakan p/s diatas, hari kiut sedunia langsung tak disambut oleh manusia bumi.
p/s/s/s : ini pertama kali buat puisi (kononnya) dalam masa kurang 2 minit.
p/s/s/s/s : tolonglah jangan gelak. 
www.tips-fb.com

June 16, 2011

sudut itu.

sudut itu keseorangan
sunyi terbiar sepi
bukan tatapan manusia
bukan impian manusia

sudut itu masih keseorangan
sunyi terbiar sepi
melepas kemarahan manusia
melepas kesedihan manusia

sudut itu juga keseorangan
sunyi terbiar sepi
saksi penindasan manusia
saksi penginaan manusia

kuala kubu bharu




n/k : manusia buangan sistem politikus kecilan.
www.tips-fb.com

June 15, 2011

Sayang

Rasa sayang ini ada,
walau kau lihat sebelah mata,
rasa in tetap ada sentiasa,
Mungkin kau yang terlupa.

Disisi mu aku terdiam mulut terkunci,
Tapi aku sentiasa berharap kau tahu isi hati ku.

Mungkinkah kau akan tahu apa ku rasa,
Rasa sayang ku yang niskala. www.tips-fb.com

June 14, 2011

matinya kawan.

habiskan,
tiap tiap saat hidup,
bersama,
kawan kawan yang kita suka,
dan,
kawan kawan yang suka kita.
nantinya,khabarkan pada benih benih kau,
berkawan itu indah,
lebih dari rasa disimbah sirna senja.

bukan kawan sampai mati,
sebab tak rela dimatikan erat kawan itu,
tak rela diragut sukanya aku pada kawan kawan,
jumpa di sana,kawan,
www.tips-fb.com

lalang

Ketika aku dalam perjalanan pergi,
Engkau hilang entah kemana,
Kini ketika aku dalam perjalanan pulang,
Engkau datang entah dari mana,
Memang lalang bikin semak,
Selalu jadi penyusah dalam perjalanan aku.

www.tips-fb.com

selepas matiku



daun kering gugur dari dahan
yang dulunya jadi tempat merpati bersarang
berembun kala dingin pagi
berimbun teduh dari terik sang mentari.

indah saja bayangan retrospektif
bawa khayalan kita menerobos cahaya;

kau berdiri sambil tangan mendepa
mengarus angin
membiar rambutmu diperkosa udara--
sewenang-wenangnya

lalu aku datang menyusup dari belakang
jejak aku pada timbunan daun kering menyedarkan kau akan hadirku
dan kau pura2 buat tak tahu
membiar saja alur takdir berlalu

aku memeluk erat tubuhmu
menjerat jemarimu
mengucup bahu
mengucap rindu

tatkala matamu berpejam
dan berimagi seolah semua itu benar2 berlaku

maka senyum saja kau waktu itu.





:)














www.tips-fb.com

June 13, 2011

Hantuk


Sudah terhantuk baru nak mengadah,
tak apa
yang mengadah itu buat kita jadi manusia

jangan sibuk mengadah dahulu kemudian terhantuk juga,
itu nampak
kau sedang gagal menjadi manusia
www.tips-fb.com

June 12, 2011

Untitled.

What have become of us?
So far yet so near
So close yet feels like strangers
So wonderful yet so miserable
So many words to say but remained unspoken


What have become of us?
Looking into the future but still living in the past
Feels like moving forward but the truth is we're paralyzed
You have so many reasons yet nothing
To be stuck here, over and over again


What have become of us?
Still, we don't know for certain.


www.tips-fb.com

Pena statik

Tertinggal
kota peribadi.
Rebah
destar sendiri.

Cinta,
aku
ingin
mati
berdarah
puisirevolusi.

Ulu Kelang 12-6-2011 www.tips-fb.com

Doa

Hujung senja
berdua bersama kutip masa lalu
karang jadi lagu
menari berlagu hingga hujung waktu

mahu? www.tips-fb.com

cacatan daerah lesbian

gadisku bekas senyuman
adik kakak birat budiman
warna noda roman
menulis mimpi memegunkan
rupawan

gadisku kenang semalam
bintik gincu pudar
debu talkum mengecai
merobek titis madu
merenjis darah mura

gadisku pahlawan baru
tarung bunuh wirawan
tanpa jejak nuansa cinta

aduh ! gadisku
sepi tanpa perkahwinan
si tua merintik air permata..
www.tips-fb.com

June 10, 2011

hidup kembali.

dia cuba bernyawa
dengan hilai tawa
bukan mudah terbawa
hiruk pikuk dunia
apa pun dia ketawa
peduli kata mereka

sedar tidak sedar
masih jauh lagi
yang penting baginya
selesai amanat dunia
akhirat peduli apa
jauh tersasar

mungkin
pentas itu menjadi saksi
dirinya bernafas kembali
dengan cara yang tersendiri
cukup untuk dirinya
mengerti.









n/k : cuba untuk hidup dan bernafas semula dengan apa yang gua suka, bukan untuk siapa-siapa.
www.tips-fb.com

June 09, 2011

menara api

menjulang setinggi lazuardi
membakar tasik pagi
mengikat mimpi sekeliling
urai awam bersimpuh

impian tak pernah selesai
racun menebar selukut rantau
ku bangunkan menara api
jerih tikaman pengujiaan
www.tips-fb.com

June 07, 2011

Bahasa

Bahasa yang jujur
itu
datang dari hati

Bahasa yang indah
itu
datang dari akal

Bahasa yang sempurna
itu
hanya pada kalam Allah
www.tips-fb.com

June 06, 2011

Puisi dari Fleet Prison

Ruang ini
yang aku panggil
bilik

Tembok ini
yang aku panggil
dinding

Dinding dan bilik ini
yang aku jadikan
gelanggang

Dan bola getah yang
melantun menghentam dinding
memutar ruang menjadi
gelanggang
ini
dunia terpencil
seorang aku. Banduan.

Iseng-iseng mainan
dari lara penjara
kini ke puja Olimpik. Mainan bangga
orang bebas juara terkurung. www.tips-fb.com

contradiction.

aku rindu kita semalam,
berbogel otak bersama,
bersenyum hati tiap tikanya,
kau berbaju hati kalis cinta,
aku peluru berpandu,
kalisnya baju itu,
tiada cabarnya pada aku,
punya kuasa peluru super gempak,
tembus jua tak tertahankan dek baju itu.

tapi pagi tadi,
aku lihat baju pada kau itu,
tempias darah darah kelabu,
lemak lemak hitam kau berderai,
satu persatu,
tulang temulang reput reputan,
daging daging hanyir kau digomol ulat ulat,

ciss,kau pelacur rupanya;
bak balik peluru aku.

aku orang baru,kasi tunjuk ajar. www.tips-fb.com

Jari

Ah, aku tersentak mendengar kau berkata-kata,
Mencari salah orang lain tanpa usul periksa,
Bagi kau, hanya kau yang betul sahaja,
orang lain kau pandang keji, hina.

Menuding jari telunjuk kepada semua,
kata itu salah, ini tak kena,
aku tertawa melihat telatahnya,
ibarat ketam menyuruh anaknya berjalan lurus bersama.

Kenapa sering kali kau lupa,
kau pernah terbawa-bawa,
katanya pegangan hidup sampai ke hari tua,
tapi kau lupa, satu sahaja Tuhan yang ada.

Kalau itu pun kau dah lupa,
tak perlu lah kot nak kata aku salah sini sana.
www.tips-fb.com

June 05, 2011

aku aku.

aku bukan kau
kau bukan aku.








n/k : gua bukan sesiapa. www.tips-fb.com

June 04, 2011

malam kehilangan warna

daerah bahasa
kehancuran masa
kelu kata berkaca
penderhaka

hai anak muda !
pesta belum kutemui www.tips-fb.com

Panggilan Barzakh

"Saka! Saka! Sakaratul Maut!"

Kau akan dengar
bila semboyan itu dibunyikan.

Dengan sekawanan gagak
jadi temanmu,
dan seekor anjing kurap
sebagai pendampingmu.

Kain kafanmu yang dikotori lumpur,
maka gelaplah dunia kubur.

Ini bukan mantera,
ini laungan;

"Saka! Saka! Sakaratul Maut!" www.tips-fb.com

Imaginasi

Apa yang diimpi terlintas di minda
ibarat angin bayu lembut menyapa
berimaginasi sementara masa masih ada
apa mungkin imaginasi muncul di depan mata

Yang dilihat, yang dirasa,
yang di dengar, yang di kata,
seperti manusia lupa dirinya
hidup didalam syurga sementara

Ya, itu aku si budak skizofrenia
imaginasi setiap detik masa yang ada
bukan tidak hidup di dunia nyata
tapi apa guna kalau dunia nyata penuh dusta

Lebih baik aku terus berimaginasi
menjadi raja di dunia sendiri



www.tips-fb.com

June 03, 2011

Hilang pelangi.

Gerimis pagi lebat,
bukan lagi membawa,
berita indah pelangi,
selepas kau pergi.


www.tips-fb.com

June 02, 2011

Kembalikan Senyumnya

Jangan biar mendung hari ini
Biarkan tersenyum riang sang matahari
Jangan biar air mata jatuh ke pipi
Ibarat pisau tajam menghiris diri

Tiupkan awan bersama-sama
Awan gelap membawa derita
Tak sanggup aku melihat dirinya
Oh Tuhan, kembalikan senyumnya, www.tips-fb.com

dongengan ngeri

1.
bayang kau tak pernah hilang
siap kau. (sumber)
walau cahaya datang,

bau kau tak pernah tanggal
walau disental,

janji kau hanya janji
dan aku,
sempat menanam benci.

cinta kau..
hanya,
dongengan ngeri.

2.
terang bulan menggali ubi, 
ubi digali lagi muda; 
kalau tuan tak tahan rugi, 
janganlah bermain dari mula.

terang bulan terang di kali,
  buaya timbul disangka mati,
jangan percaya mulut lelaki,
  lain di mulut lain di hati.
pantun: Kurik Kundi Merah Saga.


www.tips-fb.com

June 01, 2011

pelangi hidup


warnakan hidup,
Biar seindah pelangi,
Bukan hanya hitam putih.

Selajur warna,
Memberi senyum,
Biar sedang duka.

Pelangi tidak hanya muncul,
usai hujan.
Bayangkan dalam minda,
PELANGI.

Maka,
muncullah ia.

Pelangi,
Warnailah hidupku.

CERIA.

Lu'luah Nur Jamilah
www.tips-fb.com

failure

dunia kita tak sama sebenarnya
memang cukup-cukup jauh bezanya
aku boleh masuk dunia kalian
tapi langkah kan terberhenti bila aku mahu singgah ke sana
sumpah aku sedang cuba

dan kalian
aku tak harap kalian boleh masuk ke dunia aku
cukup kalian paham siapa aku
apa aku mahu
tahu di mana dunia aku
jangan cuba-cuba utuk singgah
jangan cuba-cuba untuk melihat
kerna apa yang kalian lihat takkan sama apa yang kalian dapat

you dont need to do what people do
but you just do what you want to do
www.tips-fb.com