July 30, 2011

Ayah

Jika mampu aku ucapkan sayangku,
mana hujungnya aku pun tak tahu,
aku ini anakmu yang pelik,
seperti air sifatnya, mudah dibentuk mengikut acuannya,
memberontak dalam diam, tersenyum dalam diam,
yang tahu cuma aku, dan Dia sahaja,
tapi aku masih ingin beritahu aku sayang ayah,
jadi aku belajar menjadi anak yang baik,
aku masih cuba, dan terus cuba,
aku harap aku tidak hampakan kan ayah,
kerana acuan yang ayah sediakan sudah membentuk anakmu,
menjadi seperti apa yang berada di depan matamu,
jadi, terima kasih untuk semuanya,
nama ayah jadi keutamaan dalam doaku.


P.S: ya, saya sayang ayah dan rindu dia sekarang.

www.tips-fb.com

July 29, 2011

3 palang mimpi

3 palang mimpi
denyut fantasi
selami diri
bara di sisi
lentur tekad
peribadi maknawi

berkibar debar
di garaj kubur
luka gamam
memesong malam www.tips-fb.com

Cahaya

Walau gelap awan di langit,
sinar sang suria masih dapat aku rasa,
walau dingin angin bertiup,
hangat suria masih dapat ku rasa,
walau hitam mana hati manusia,
cahaya-Nya masih boleh diterima,
Ramadhan bulan mulia, kina tiba,
bulan mulia yang diberi buat kita, umat Islam,
bersama-sama kita cari, cari sehingga jumpa,
cahaya-Nya itu yang bisa menerangkan jalan kita.
InsyaAllah.


P.S: Selamat berpuasa semua. =)
www.tips-fb.com

Nosferatu

I am the image that darkens your glass,
The shadow that falls whenever you pass.
I am the dream you cannot forget,
The face you remember without having met.
I am the truth that must not be spoken,
The midnight vow that cannot be broken.
I am the bell that tolls out the hours.
I am the fire that warms and devours.
I am the hunger that you have denied,
The ache of desire piercing your side.
I am the sin you have never confessed,
The forbidden hand caressing your breast.
You’ve heard me inside you speak in your dreams,
Sigh in the ocean, whisper in streams.
I am the future you crave and you fear.
You know what I bring. Now I am here.






By Dana Gioia. www.tips-fb.com

July 28, 2011

Teduh Payung Ramadhan

Semerbak
harum syurga,
turun 
ke bumi.

Lalu;
kita manusia,
berlari lagi,
menuju
janji Rabbul Izzati.





*Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Jangan tinggal puasa, tahu. Assalamualaikum :)
www.tips-fb.com

Kenangan

Menutup muka dengan kedua-dua belah tangan,
tersenyum seorang diri, pelik dilihat orang,
namun aku sahaja yang tahu,
punca senyuman ini bersinar di wajahku
setiap baris lagu itu, ya lagu itu,
mengingatkan aku tentang kau,
dari senyuman sesaat dua,
hingga kau tersenyum sepanjang bersama,
aku ingat, sumpah aku ingat,
merah di pipi mu tanda malu,
berbalas dengan merah di pipiku tanda segan,
aku ingat semua, jelas sekali tidak pernah pudar.

Boleh tak jika saya simpan kenangan ini sebagai pil gembira saya,
bila saya sedih, susah, serabut, gelisah,
bolehkan, awak?

*jiwang siot aku... macam ayat ayah time muda-muda*
www.tips-fb.com

July 27, 2011

CECAIR BASAH

cecair putih itu kepunyaan engkau.
dari kelenjar sekitar deria rasa.
bertemankan daging tidak bertulang
diperkuatkan oleh barisan rapi si putih.

kita berjumpa di satu persimpangan
gelap. suram. kusam.
saling menatap dan meratapi
melihat dari langit hingga ke bumi.

saat minda kita bertarung
si jiwa mula muntahkan amarah
lidah ligat menari iblis
kotak suara berteriak syaitan.

saat pandangan iris kita bertembung
engkau meludah di tanah gersang
mematikan apa yang dimula
kuburkan apa yang dibaja.

purnama mengembang menyapa
engkau kembali di tanah itu
melihat cecair jernih masih lagi basah
menjilat kembali sambil menangis. www.tips-fb.com

pantun ramadan.

berjalan ke rumah Tok Malik,
bertembung dengan mak lampir,
pejam celik, pejam celik,
rupanya ramadan semakin hampir.

Pak Maon rugi seratus ringgit,
terbeli batu kononnya berkuasa,
puas sudah kita menggigit,
siap siagalah untuk berpuasa.

berdating dengan Miss Amelia,
pujaan hati sudah berabad,
bulan ramadan bulan mulia,
peluang kasi extra amal ibadat.

ke Tesco beli lampu lip-lap,
balik rumah abang pasangkan,
tiada orang tak pernah silap,
harap kita saling maafkan.

letih benar badan ini,
dari laut menangkap tenggiri,
tamat sudah pantun ini,
"Salam Ramadan" aku akhiri.
www.tips-fb.com

July 25, 2011

24 Warna

Buta, ya aku buta,
aku seorang yang buta warna,
bagi ku semuanya hitam dan putih,
pelangi, aku tidak tahu apa itu
Hingga kau hadir, hampir pada ku,
aku mula mengenali warna,
dari satu warna ke satu warna,
hingga ke warna yang ke-24, kau berhenti,
aku tanya kenapa, kenapa berhenti,
lalu dia beritahu, lembut ke telingaku,
aku warna ke-24 itu, ya aku,
aku lah warna cintamu.
www.tips-fb.com

CAHAYA PUTIH

di satu lorong, aku berjalan dengan merangkak.
memerhatikan kiri dan kananku untuk cuba berpaut.
lambaian tangan aku kembali jatuh.
melukut aku menyembah bumi.

halus bisikan angin memanggil namaku.
peluk kaku lutut dipeluk.
air jernih menitis ditanah merah.
si tumbuhan kembali menghijau.

kaki mula meminjak tanah.
menari pelahan mengikut godaan angin.
hingga sampai ke tebing curam.
aku mendepangkan tangan merasa di awangan.

mata dipejam tersenyum dengan bisikan angin.
mengangkat kaki kanan untuk melangkah setapak.
cahaya putih menolak aku kebelakang dari curam.
aku kembali terjatuh mencari cahaya putih. www.tips-fb.com

July 24, 2011

lucu.

dia menaip lesu,
letih bermonolog palsu,
tenangkan hati pilu layu,
guruh garang dan hujan laju, 
tak pernah bikin dia malu.

lucu. www.tips-fb.com

July 22, 2011

Quotation. I lost words.

I had not written for so long, I think I may forget how to do poetry.
Maybe I shall start writing other than poetry,
Do you allow?

* * * *

"Funny how we were broken so much we cannot even trust ourselves. Funny when the emotional baggage was begging to follow us where ever we go next. And we carried it without complaining how heavy it was despite we knew indeed it was heavy. We met others who promised love. And the emotional baggage said 'Stop! You musn't go!' Selfish as it sounded but yet strangely we obeyed."

* * * *

I lost my words. Sorry for that. Being a philophobic is not promising me to write a good poetry. www.tips-fb.com

kegagalan (maaf tajuk ini agak pathetic)

gagal
buat aku terdetik
ingin tahu
apa silapku.
gagal
buat aku sedar
tak mudah untuk berjaya.
gagal
buat mindaku berputar
cari jalan penyelesaian.
tapi
gagal
tak pernah buat aku
hilang semangat.
gagal
gesaan buat aku
terus mencuba
sampai berjaya.
www.tips-fb.com

Cinta JojoLala

cinta itu banjingan
ah! anjing kamu yang enak bercinta
cinta itu bodoh dan membodohkan
sedarkah kamu yang kamu itu bodoh?
sedarkah kamu yang kamu sedang diperbodohkan?
bodoh kamu.
buta kamu.
tuli kamu.
.
.
.
.
f***!
kenapa aku berasa sebegini?
kenapa aku rasa suka padanya?
kenapa aku jatuh cinta padanya?
aduh.
banjingan aku.
bodoh aku.
buta aku.
tuli aku.

by : Jojo Lala


p/s: ada perkataan yang terpaksa disensorkan.harap maaf :)
www.tips-fb.com

Kawan

kawan,
aku rindu apa yang pernah terjadi antara kita
aku rindu kamu
tapi
bukan kamu yang sekarang, kamu yang dulu
 
kawan,
aku tertanya adakah kau merasakan sepertiku?
aku tak tahu aku tak nak peduli
 
kawan, kau selalu menjadi kawan
walau kini, kau anggapku lawan

by : Jojo Lala
www.tips-fb.com

Sakit

sunyi.sepi.senyap.

air mata hati aku mengalir tanpa dijemput. 
perasaan bercampur-baur, 
seribu rasa dalam satu jiwa. 

kenapa engkau menangis?

setitik demi setitik air jernih jatuh di dalam hati.

aku bukan tangisi nasibku,
aku bukan tangisi cemburuku,
aku bukan tangisi kehidupanku.

habis, kenapa air jernih itu gugur?

jiwa aku rasa kosong,
hati aku rasa sunyi,
perasaanku rasa sedih.

ke mana temanmu?

mereka ada disisi,
tapi jiwaku yang pergi.

titik-titik jernih jatuh di dalam hati lagi.

aku gembira kamu mengalirkan air mata.

termangu. keseorangan.

tapi tahukah engkau betapa sakitnya
menangis di dalam hati berbanding
mengalirkan air mata sebenar?

akhirnya, titik-titik air jernih jatuh ke pipi.




By : Mawar Berduri
www.tips-fb.com

July 21, 2011

Belahan Jiwaku, Ada Di Sana


Duhai peri,
hantar aku semula
ke dunia mimpi
semalam, yang telah
berhias bunga-bunga
berlangit pelangi cerah.

Biar bintang
merajuk,
biar gemawan
meradang;
jangan biar
aku mati
dalam
rindu, yang tak
tertanggung.

www.tips-fb.com

July 20, 2011

Jua Yang Sama





kerusi yang sama
meja yang sama
dinding yang sama
katil yang sama
bantal yang sama
cadar yang sama
almari yang sama


susuk yang sama 
dakap yang sama
cium yang sama
hangat yang sama
bisik jua yang sama


mogamoga esok hari bila aku buka mata
yang di sisi aku itu masih juga kamu
dan bukan ruang kosong yang tinggal untuk aku isi
kerna aku pasti andai terjadi ruang itu 
pasti ia begitu sampai aku mati






www.tips-fb.com

Kau Buat Ku Rasa...

Kau buat ku rasa gembira,
Kau buat ku rasa sedih,
Kau buat ku rasa hampa,
Kau buat ku rasa bangga,
Kau buat ku rasa sunyi,
Kau buat ku rasa bahagia,
Kau buat ku rasa seronok,
Kau buat ku rasa bosan,
Kau buat ku rasa rindu,
Kau buat ku rasa terganggu,
Kau buat ku rasa sayang,
Kau buat ku rasa benci,
Kau buat ku rasa semua ini bila kau ada dengan aku.
Kau tahu tak? 
www.tips-fb.com

alot

pendusta cinta
apa lagi yang kau mahukan dari aku sebenarnya?
www.tips-fb.com

it's gettting cold

i'ts getting cold,
seriously our relationship is getting cold
but i think i like it.
he miss me,but i don't miss him anymore,
why ?
i think my "miss" is such a waste .

www.tips-fb.com

July 18, 2011

senyuman sempurna

sia sia saja
senyuman sempurnanya
karna
dia puas
tanpa redha. www.tips-fb.com

July 15, 2011

Satu

Ingatan ku kabur,
Tertanya-tanya ini mimpi atau nyata,
Ku dengar sayu suara memanggil,
Hilang suaranya buat aku terhenti.

Ku depa tangan menghadap langit,
Melutut ke bumi, tanah ku genggam,
Melihat bumi diratah manusia,
Aku menangis seperti langit.

Baru ku sedar itu suara bumi,
sakit diratah, diperkosa tubuhnya,
manusia lupa, hanya Dia boleh buat itu semua,
Hanya Tuhan yang Satu.

P.S: Elakkan penebangan hutan simpan.
www.tips-fb.com

July 14, 2011

nomad.

gua hidup nomad
sehari pindah
seminggu pindah
sebulan pindah
setahun pindah
diri tidak nomad.




n/k : memang hidup ni kena berpindah randah selalu. www.tips-fb.com

July 13, 2011

beb, aku dah balik!

lama aku hilang
tinggal kau seorang.

aku tak rajuk,
aku cuma cari ruang untuk diri sendiri.
aku fikirkan apa yang aku dah buat,
juga fikirkan apa yang aku akan buat.

tapi kau aku tak pernah lupa.

gembira dapat bersua semula.
www.tips-fb.com

Rasa Ini

kenapa aku rasa itu,
kenapa aku rasa ini,
rasa yang datang, setiap kali,
aku nampak senyuman manis itu.

Aku ingin ucap selamat pagi, setiap hari,
untuk kau mulakan harimu dengan senyuman,
agar senyuman itu terus ada,
setiap hari, menjadi sarapan mata pertama ku.

Boleh tak saya jadi jam loceng awak,
boleh kan?
www.tips-fb.com

July 12, 2011

Serigala biru, anjing, dan tuan besar.

Kita anjing yang hanya taat setia,
kepada tuan yang bermulut manis menjaja demokrasi,
kerna kononya pilihan itu milik kita,
dan kebebasan itu hak terpelihara.

Dikerah serigala biru-biru,
agar kita turut sepatuhnya,
takut luka,
takut sengsara,
engkar jangan, bersuara dibisukan semua.

Ya, anjing dan serigala,
dua dua mangsa si tuan besar.


www.tips-fb.com

polis

jangan dihunus pedang amarahmu pada polis secara total,
sebab kelak kau susah;
seperti dirompak atau keluargamu dibunuh,
ikhtiarmu mencari polis juga kan?

kasihan jugalah pada polis
yang semata mencari rezeki untuk menampung keluarganya,
yang niatnya semata-mata untuk berkhidmat pada negara;
bila yang lain tidak.

memang ada yang pincang,
tapi usah terlalu lancang mulut tu okay?

manusia boleh berubah.
kita ini entah besok2 jadi orang sejahat2 manusia.
entah2 tak ada rupa manusia langsung dah.

kita takkan tahu kan?






www.tips-fb.com

July 11, 2011

Living Memories



The day of judgement is a promise.
As the promise has been made..
We shall learn to, "never forget."
Shall we..??
 
As the path that we choose..,
shall lead us to something that we never loose..
Will god save us from the curse of the memories and blues..?
 
May the word of wisdom will solve every problem...,
between us, the others.., or even them..
 
 
 
 
P/s: Dear Ms lovett... i've seen the retaliation for what i've done in the past.. May today will be the new beginning for the new seeds of life..


(dari jarijemari karok)


www.tips-fb.com

senyum sampai telinga.

benar,
baru aku mengerti,
bagaimana rasanya,
kondisi seseorang manusia,
yang mahu menghapuslenyap,
nyawa miliknya sendiri,
secara paksa rela.

cabul hak tuhan,
jahanam,
ke neraka pastinya.

jadinya,
aku senyum,layankan,
setiap,
bodoh bodoh dunia.

manusia menjadi paranoid mengenai kehidupan,
tanpa tahu apa itu kehidupan.

pergi mampus tak layan.
www.tips-fb.com

July 10, 2011

Pegun

Di buang ke tanah,
di campak ke dinding,
di sepak kanan kiri,
di pijak atas bawah,
tapi kau tidak berjaya lakukan sesuatu.

Kau tidak berjaya, mungkin tidak sama sekali,
buat aku terus di bawah sana,
aku masih lagi bangun kembali,
berdiri di depan kau,
pegun.

Mahu jatuhkan aku?
Aku harap kau punya banyak masa.
www.tips-fb.com

Selamat Bercinta

Jika ada perkataan lebih indah dari indah,
itu lah perasaannya sekarang,
ke kanan ku senyum, ke kiri ku ketawa,
seperti suara mu membisikkan jenaka ke telinga,
setiap masa.

Mengenali seseorang seperti dia,
buat aku rasa bahagia,
dia baik, dia memahami,
dia sempurna, dia segalanya,
walau aku rasa dia ini sementara,
sekurang-kurangnya aku bahagia, seketika.

Kau tanya dalam diam,
ku jawab dengan lantang,
kau renung dalam gelap,
ku tenung dengan terang,
tak perlu ucapkan, ku tahu,
aku juga sayang pada mu.

Ini cinta,
sukar di ceritakan jika tidak dirasa sendiri.

P.S:gembira hatiku melihat kau gembira bersama dia. Selamat bercinta. =)
www.tips-fb.com