September 30, 2011

Ego

Kau pandang kanan, tapi jeling ke kiri,
kau jalan ke hadapan, tapi melihat ke belakang,
kau tutup telinga, tapi mata dibiar terbuka,
kau kata kau benci, tapi mulut tidak berhenti mengucapkannya,
apa susah untuk kata kannya, gagal dilaksana,
oh, aku lupa satu perkara,
ego dalam diri kau sebesar kuman,
dan ia membesar, hari demi hari. www.tips-fb.com

September 29, 2011

Surat Cinta Faust VIII


O' My Beloved Elise,


Dengarkan angin yang menderu, sayang.
Dengarkan syahdu pemberitahuan cintaku.


Kaulah kecintaan - sebuah kejuaraan, pemilikan mutlak,
angkasa yang penuh,
kisah-kisah bahagia,
Kaulah kesayangan - sebuah permintaan, doa hajat,
pengabdian yang sungguh,
hikayat-hikayat asmara.


O' My Beloved Elise,


Dengarkan perincian perasaanku, sayang.


Kaulah kerinduan yang meneman,
mengasyikkan aku yang menunggu,
sebuah senyum - kau jelitawanku.
Kaulah perjanjian cinta paling utuh.


O' My Beloved Elise,


Demi namamu, walau jasad tiada nyawa,
sebuah akhirat adalah destinasi.
Demi cintamu, walau lupus jiwa sekaliannya,
sebuah penantian adalah tujuan.


Untukmu Elise,
sehelai kertas renyuk
dan isi puisinya,
ku beri kan.


Semoga bertemu kita di syurga. www.tips-fb.com

Ribut Pelangi

Mawar putih
Ribut pelangi.
- layu dalam dakap kumbang hitam. www.tips-fb.com

September 28, 2011

Hanyut

Aku hanyut,
Mungkin kau tidak nampak,
kabur dari pandangan kasar,
kerana aku hanyut dalam rasa ini,
rasa yang aku ciptakan untuk mu,
segala rasa dijiwa ku ini,
ya, aku hanyut di dalam sini,
jauh di dasar jiwa ini,
kerana diriku yang terus hanyut,
mahukah kau hulurkan tangan,
atau turut hanyut bersama ku,
pilihan di tangan mu. www.tips-fb.com

September 26, 2011

Kenapa?

Tampar aku, dan hempas pintu itu sekuatnya,
Ketagihan ini semakin menjadi-jadi,
Ia seakan-akan membunuh aku,
Secara senyap dan perlahan-lahan,
Ia menyeksa aku tanpa orang lain merasakannya,
Dan aku tidak pasti dengan perkataan ini,
Kenapa? Itu yang sering aku ucapkan,
Masih mencari jawapan,
Aku harap ia akan hadir pada aku,
Dalam bentuk nyata atau maya, aku tidak kisah,
yang pasti, aku hanya mahukan jawapan. www.tips-fb.com

September 25, 2011

HIJRAH

satu demi satu Hijrah aku jalani
fasa-fasa pengalaman berubah merentet kepada garapan kehidupan
label duniawi yang aku bernafas bersamanya

ini aku adanya
mencari sedikit nafas dalam perjuangan kehidupan
mencari pengalaman dalam dunia nyata
sambil memijak kebodohan lalu.

kata mu ini karma
bangang, ini kitaran hidup.
mujur aku tak duduk bersama kapitalis yang kau banggakan.
bukan jiwa aku, maaf.

dan, setiap HIJRAH ini aku takkan persia.

SETIAWANGSA,
KUALA LUMPUR.

p/s:
terima kasih ALLAH. semoga pegangan prinsip aku tidak berubah! www.tips-fb.com

September 24, 2011

no 26 miracle

petang tu, hujan renyai-renyai. saya baru pulang dari sekolah. handphone saya kehabisan bateri jadi saya tanggalkan kedua-dua earphone yang saya sumbat dalam kedua-dua telinga saya. saya berhenti sekejap, nak masukkan handphone dalam beg. dan saya dengar satu bunyi.

meow.

saya pandang kanan. saya fokus pada lantai kaki lima. saya ternampak seekor anak kucing berwarna putih. tak jauh dari saya, ada dua orang budak lelaki sedang berkejar-kejaran. kalau saya tak angkat anak kucing tu, pasti budak-budak tu pijak. jadi saya cepat-cepat pergi dan angkat anak kucing tu, yang mulanya terbaring dengan kedua matanya tertutup. 

saya masukkan anak kucing tu di bawah tudung sekolah saya, halang dia dari terkena air hujan. dan saya berjalan menuju ke rumah. saya letak dia atas sofa dan saya selimutkan dengan sapu tangan saya. pada masa tu, matanya terbuka. dan matanya berwarna biru. biru yang paling cantik yang pernah saya lihat.

badannya menggigil. saya usap-usap kepalanya. "mana mama awak?" saya tanya. saya tahu anak kucing itu tak akan jawab soalan saya. dia mengiau. lemah. tunggu sini, saya kata. saya pergi ke dapur, ambil susu HL dari dalam peti sejuk dan tuang ke dalam sebuah mangkuk kecil. saya bawa mangkuk tu ke ruang tamu semula.

saya cicip jari telunjuk saya pada susu itu dan suakan pada mulut dia. saya suruh anak kucing tu jilat. macam lah dia faham apa yang saya cakap. tapi dia tetap terbaring. saya sapukan susu di jari saya tu pada mulutnya. dan dia mula menjilat.

saya suakan lagi jari telunjuk saya pada mulutnya. dia menjilat untuk beberapa kali sebelum berhenti menjilat. dia pandang tepat ke arah mata saya, mengiau dan matanya ditutup. saya fikir mungkin dia mahu tidur. jadi saya biarkan. saya letak mangkuk di atas lantai dan saya duduk betul-betul mengadap anak kucing tu.

tak lama lepas tu, baru saya perasan yang perut anak kucing tu tidak turun naik. 

saya usap kepala dia. baby..baby.. saya panggil dia. tapi matanya tak terbuka. badannya tak bergerak. badannya sejuk. saya terduduk.

baru saya faham yang anak kucing tu dah mati.

kebetulan, abang saya balik dari kerja. saya minta dia galikan lubang untuk tanam anak kucing tu. saya balut anak kucing tu dengan sapu tangan yang saya buat untuk selimutkan dia dan saya masukkan dia dalam lubang yang abang saya gali. saya marahkan diri saya. what if mama anak kucing tu datang dan tengok anak dai dah tak ada? what if kalau saya tak bawa anak kucing tu balik, dia tak akan mati? saya jadi ralat.

saya cuci tangan, masuk ke bilik dan tergesa-gesa sambungkan wayar charger ke handphone saya. saya hidupkan handphone saya. ada 3 sms. 2 daripada boifren saya dan satu dari nombor yang tidak saya kenal.

saya tekan butang Read dan saya terkedu. dan saya terus menangis semahu-mahunya.

terima kasih bagi saya minum susu.
www.tips-fb.com

September 23, 2011

t e r g a m a k


di ceruk sana
aku terpana
melihat indahya
mentari cahaya

sinar itu kini
menjauh pergi
dibutakan aku sendiri
dek rembulan yang sepi
lalu aku pergi
meninggalkan mentari
mendengarkan hati
sayu seakan mati

bila malam itu
aku di sisi yang baru
aku menoleh lalu
mencari siang cintaku
kerna rembulan itu
hanya mengikut fasa waktu

gembira aku bersama
rembulan yang berpurnama
namun terik mentari dulu
tidak pernah jemu aku rindu












aku seakan dipermainkan dengan kenyataan~


www.tips-fb.com

September 21, 2011

Titis Air Hujan

Kita ibarat titis air hujan dari langit,
yang bertemu di atas sehelai daun hijau,
ada kalanya angin sering bertiup,
menggoyangkan daun-daun hijau,
tapi kita tetap bersatu, erat,
tapi angin lembut datang,
dan membawaku bersamanya, tinggalkan kau seorang diri,
tapi aku tahu separuh dari aku masih ada bersama kau,
dan nanti kita akan tersenyum sebagai bintang-bintang,
gembira bersama hingga ke akhirnya. www.tips-fb.com

Kamu tahu tak?

Kamu tahu tak?
Bila kamu tertunduk malu,
bila saya mengusik kamu,
saya rasa kamu sangat comel masa tu.

Kamu tahu tak?
Bila kamu letakkan kepala kamu di bahu saya,
saya rasa seperti kuat,
seperti seorang pelindung yang hebat untuk kamu.

Kamu tahu tak?
Bila kamu pergi seperti itu,
tanpa memberitahu,
saya rasa sangat sedih.

Kamu tahu tak?
Bila saya tahu yang hati kamu milik dia,
saya rasa seperti kaca terhempas ke batu,
rasanya, sakit. Ya, sakit.

Kamu tahu tak?
Sekarang saya dah lupakan perasaan itu,
perasaan lebih dari sayang, dekat pada cinta itu,
sekarang ia di tahap sayang sebagai kawan sahaja.

Kamu tahu tak?
Kamu tidak tahu sebab saya ini perahsia orangnya. www.tips-fb.com

September 20, 2011

Rahsia.

Bibir yang merah, wajah yang pucat,
Nafasnya penuh gelora,
dapat kurasa kencang jantungnya berdegup,
aku juga rasakannya,
tatkala dia berdiri di depan ku,
senyuman dilempar buat aku terkesima.


Dan mereka berkata,
Dia di dalam kelas yang berbeza,
Bersama dengannya seperti berjalan di atas awan,
Seperti berada di dalam mimpi yang indah.


I love you lots, Gadis. Ya, cinta ini rahsia aku. www.tips-fb.com

no 25 my mom

akan ada satu - satu masa, sewaktu ibu saya sedang tidur, saya akan melepet di tepi sofa dan merenung wajah ibu. kadang - kadang saya akan memerhatikan perutnya, adakah naik turun. dan kadang - kadang saya akan meletakkan jari telunjuk saya secara melentang pada bawah hidungnya, adakah masih berhembus nafas yang hangat.


akan ada satu - satu masa, sewaktu ibu saya sedang tidur, saya membayangkan wajahnya pucat membiru. saya membayangkan perutnya tidak naik turun. saya membayangkan hidungnya tidak menghembuskan nafas yagn hangat.


akan ada satu - satu masa, saya terlalu paranoid.


ibu saya seorang ibu tunggal, tahun ini sudah 5 tahun. sewaktu ayah saya meninggal dunia, iaitu di Rumah Mayat, saya ahli keluarga yang paling lambat tiba, dari dalam kereta wajah pertama yang saya nampak di sebalik longgokan air mata ialah wajah ibu saya. ibu saya sedang bersalam dengan seorang wanita yang saya tidak ambil peduli siapa dia, dan ibu sedang tersenyum. tiada satu titis air mata yang saya nampak pada wajahnya, dan tidak ada sikit kekalahan tercalit pada wajahnya.


ibu saya seorang yang kuat dan tabah. saya bangga dia ibu saya.


sepanjang 5 tahun ibu berdiri di atas dua kakinya sendiri, ibu mampu menggalas semua tanggungjawab ibu serta ayah seorang diri. ibu seorang yang bekerja menyara 3 orang anaknya yang macam jadaharam tak sedar diri. ibu saya yang pergi membayar duit monthly kereta, ibu saya yang pergi membayar cukai tanah dan pintu. ibu saya yang pergi hantar kereta ke bengkel. ibu saya yang menukar mentol bilik. ibu saya yang membetulkan paip sinki dapur. ibu saya seorang yang fleksibel. ibu saya mampu melakukan semua tanpa bantuan sesiapa.


ibu saya seorang superwoman. no, seorang wonderwoman.


"Baru saya faham, apabila kamu memandang ibu, kamu memandang ke dalam erti kasih sayang yang suci murni seorang ibu", - Charley Benetto, For One More Day by Mitch Albom.
www.tips-fb.com

ah, apa sahaja lah.

dalami rasa
rasakan lagi
mendalamkan cari.
ah, tak jumpa.

tenungkan dia
fikirkan kembali
kuatkan memori.
ah, tak tahu.

tidurkan rasa
bangkitkan senyum
tandangkan mimpi.
ah, malu.

mana perkataan?
mana perbuatan?
mana perancangan?
ah, tak perlu.

apa sahaja lah
kata mereka,
ini rasa cinta.
aku tahu. www.tips-fb.com

September 19, 2011

hati dan kerinduan


ini penulisan tentang hati dan kerinduan.

hati,
bisikkan lah sesuatu agar aku bisa tenang.
agar aku bisa jalani hidup hari-hari dengan selamba.
macam kalian.
bosan dengan perihal kesibukan mencari ketenangan.
please, bisikkan TENANG untuk aku.

ini persoalan kehidupan atas label seorang perindu.
kelu, cuma terdiam tiada jawapan.
sayup-sayup rindu aku di bawa pergi
terkapai-kapai mencari pada siapa untuk aku lepaskan kerinduan ini?


p/s:
satu masa nanti, kawan.
satu masa yang kau terpaksa berpisah dengan orang yang kau sayang demi cita-cita mahupun menyenangkan orang sekeliling; kau akan faham apa yang aku rasa...
memang bukan sekarang, tapi akan datang.



www.tips-fb.com

September 17, 2011

terkaku, diam tertikam.
dalam keresahan kembali diri melihat sisi silam masa belakang.


kau kejar dia, aku kejar keduniaan.
masih muda.aku peduli apa kan?
ya, masa itu mudah benar aku terlupakan hukum tuhan.

kini,
seusai aku kembali mencari keTuhanan kau kembali mengungkap perkara dulu.
kau tidak mengungkit perilaku tapi kau mahukan aku.
pelik?

diam lagi.
aku cuba cari jawapan dalam awan hitam yang pernah aku ciptakan.

tolong aku ya allah andai ini balasan masa silam.

p/s:
jangan salahkan konsep keTuhanan bila diri sendiri gagal menurut perintah Tuhan.



p/s 2:
ini aku ada tampal kat blog sendiri. tampalan ini untuk tatapan rakan-rakan SSS. ;)
www.tips-fb.com

sebesar peluru meluru

sebutir masa
pecah menggeletar
tika kecundang
hancur kenang
wira senang
bertendang tanpa sayang

isteri mati mimpi
datang sepi bertubi
burung berkicau pagi
terus mencakar ratib bisu www.tips-fb.com

September 16, 2011

Lelaki



dulu aku tak cengeng
tak lembik
tak  lemah macam ini


tapi


sebab lelaki aku jadi macam ini


kalau aku kata aku benci lelaki boleh tak?
maksud aku lelaki


bukan ayah aku 
adik lelaki aku
pakcik aku
saudara lelaki aku
kawan lelaki aku


cuma


LELAKI


....


lelaki


lelaki


lelaki

www.tips-fb.com

September 15, 2011

Perjalanan Rahsia


Aku tinggalkan sebuah pengembaraan hebat, demi melakar hikayat baru yang menyiksakan.
Oh, kalau saja sang Behemoth masih bersahabat dengan Leviathan, dunia tidak akan berakhir.
Kita masih berdiri atas kerak Bumi, dalam paksi orbit yang tak tersedar putarannya.
Dan aku, terasuk sekali lagi - oleh sebuah kefahaman purba;

kita seringkali alpa, Tuhan masih sayangkan kita.
www.tips-fb.com

September 14, 2011

orang kampung.

kami orang biasa
berketurunan petani
yang diam di kampung.
siangnya kami bergelumang
dalam kotoran dan selut
di sawah padi,
dan malamnya kami bertemankan
lampu gasolin yang
menerangi rumah papan kami,
juga buku-buku
kala anak-anak kami menelaah.
tiba waktu beradu,
kami beralaskan
tikar mengkuang
yang hampir mereput.


di pagi yang hening,
kami bersusah payah
mengejutkan anak-anak kami
yang masih lena
supaya bangun dan persiapkan diri
untuk menuntut ilmu
dengan harapan
ilmu yang dipelajari
dapat bebaskan kami
dari belenggu kemunduran.


sementara kami sendiri
berduyun-duyun ke sawah.
membanting tulang
di bawah terik mentari
demi sedikit wang
buat belanja seharian.


kami sedar
kami bukanlah sesiapa.
tapi ingatlah
bahawa kami bukan
bajingan hina.
mungkin kami lemah,
tapi kami juga ada
akal,
hati,
agama,
dan maruah.
usah kau persendakan
dan layan kami seperti
sampah.


hanya kerana kau ada
wang,
kuasa,
pangkat
dan kroni
yang membantu kau
menindas kami.


sedarlah.


kami tahu kau bangga
dengan apa yang kau ada.
tapi jangan lupa
satu perkara:


kau juga orang kampung
seperti kami. www.tips-fb.com

Cantik


sering aku tertanya-tanya
bagaimana rasanya
menjadi cantik


mengikut acuan dunia?




www.tips-fb.com

September 12, 2011

aku yang baru

aku yang baru
menumpang di bawah teratak ini
dengan selamba cuba berbahasa sastera
dengan pengalaman yang sedikit cuma
aku minta ihsan
aku minta tunjuk ajar
aku minta kasihan

agar sastera tidak  mati 'disitu'
oleh tangan ghaib yanng melupakan penulisan
yang bencikan seni bunga, kata-kata sastera.

bukan pujian ya, aku minta tunjuk ajar. ;)


p/s:
aku yang baru. www.tips-fb.com

no 24 sesuatu

kerana terlalulah banyak aku dengar tentang cinta, aku mahu turut sekapal merasakan manisnya.

kalau secara magis aku boleh menukar diri aku menjadi sesuatu, aku mahu menjadi sesuatu yang penting untuk sesuatu yang boleh mengusung kepadaku sesuatu yang dinamakan sebagai 'cinta'. dan tepat sekali, sesuatu itu tentunya manusia. si orang laki laki yang punya ubun ubun tempat aku parkirkan ciuman. yang punya tangan yang bisa aku genggam. yang punya dada muka ku selayaknya dilabuhkan. yang punya bahu menjadi perkongsian luahan rasa dan saksi tumpahnya air mata. sesuatu yang cukup indah untuk dikongsikan antara si orang laki laki dan aku. bunyi memang klise.

cinta yang kata orang selalu saja indah. selalu saja manis. kadang ada juga pahitnya. tapi realitasnya memang sukar untuk dinafikan betapa kemanisan cinta itu tak tersaingi. seperti juga cinta Allah kepada kita. kepada hamba-Nya. dikurniakan kita bermacam macam rahmat dan kurnia. seperti juga cinta ibu kepada kita. bercurah curahan kasih sayang dituang ke atas kita. 

djenar maesa ayu ada bilang, "Saya tidak perlu kacamata matahari demi mendapatkan gelap di kala siang menyala. Saya tidak perlu menutup semua tirai dan pintu serta menyumbat ruang-ruang terbuka yang membiarkan cahaya menerobos masuk supaya kegelapan yang saya inginkan sempurna. Saya hanya perlu bercinta dan dengan seketika butalah mata saya". ya. bercinta saja dan butalah aku kerana cinta. buta dari segalanya.  

'cinta'. apa pendapat kau kau?


- Extasiey, 14 Julai 2010
www.tips-fb.com

terdesak

dan bila kau terdesak,
aku pula menolak,
kau mula menemplak.

ahh.sama semuanya !
www.tips-fb.com

September 11, 2011

Tersenyum

Gembira,
tidak boleh diukur oleh jiwa lain,
hanya diri sendiri tahu,
dimana tahap kegembiraan yang dikecapi

Gembira,
aku boleh hadirkan kegembiraan dengan mudah,
hanya dengan pejamkan mata ku,
dan aku hadirkan kau dalam kotak minda ku,
dan ya, aku berjaya,
muslihat kecil ku itu masih bisa buat aku tersenyum,
tersenyum mengenangkan kenangan kita. www.tips-fb.com

Zaman Pasca Keramadhanan.

Renggut jantungku
dan celupkan
dalam pekat cahaya Ramadhan.

Biar seluruh pembuluh menjadi biasa
lalu mengalir darah-darah percaya.

Dan bernafaslah aku
dengan udara jitu
larut terbawa istiqamah
menjadi terkumuh seluruh lengah.

Lalu menjirimlah ia ke serata anggota
mungkin nanti aku akan sempurna
sebagai hamba.
www.tips-fb.com

September 10, 2011

Bangun

Angin yang lalu memanggil
Akhirnya persona menjawab syahdu
Setelah sekian lama berhibernasi
Kini muncul membawa dedaun rindu

Kelindan minda mula bekerja
salam maaf dihulur persona
Cangkul sudah sedia
Emas baru kini sasarannya


mood: i'm back. www.tips-fb.com

s i s a

di jalan ini, kau bersahaja
melangkah tanpa berasa
indah dunia kau nikmati
tanpa melihat longgokan ini
tapi kau menambah sedikit
timbunan perasaan yang sakit 
yang kau guna dahulu kala
untuk senang kau berbahgia
kini di humban ia di jalanan
yang pernah kita berduaan










aku sampah yang kau tambah~
www.tips-fb.com

September 09, 2011

3 sajak ringkas daripada SDP.

tajuk 01: Pari-pari

jika wujud si pari-pari
kemalasan kita makin menjadi-jadi
kerana kita akan sekadar goyang kaki
sambil arahkan si pari-pari
untuk dapatkan itu dan ini.

tajuk 02: Realiti

tak mudah memahami realiti
meski tak sekompleks fantasi
yang hakikatnya
lebih mudah dimengerti.

tajuk 03: Jujur

jujur
walaupun pahit
adalah ubat
buat luka
yang digores
oleh tajamnya
bohong
yang manis. www.tips-fb.com

September 08, 2011

no 23 a single call could damage a relationship


aku duduk di hall, atas sofa, dengan semangkuk potato chips atas riba aku. dia dari tadi menaip dekat sudut living room.

"what are you up to?" kerja, dia jawab. simple.
"you want some? kalau tak habis" dia geleng, suruh aku habiskan semua.

diam.

"won't you talk to me?"aku tanya. aku directed my torso towards him. he paused his typing, and looked at me. "i'm working, love. i don't have time to talk" and he continued.

then my phone rang. i took a glance and it appeared the name 'Ex-Boyfriend'. tak fikir banyak, aku tekan butang merah. siapa call, dia tanya. aku jawab, "no one."

"but a single call could damage a relationship."

dia berhenti menaip, datang dan duduk sebelah aku. ambil satu keping chip dalam mangkuk dan dia kata,

"let's talk."
www.tips-fb.com

pemuda semakin tertekan

seingat aku, kita menyimpul gagah
ingin mengenal antara dara dan janda

perempuan kita di pukau arah
lumur muka kita bersama darah www.tips-fb.com

September 06, 2011

no 22 sadly it seems

sadly, we changed little by little, every single day. 
sadly, each one of us realized it but let it, thought it's just the feelings' astray. 
sadly, we yelled at each other, knowing it would hurt us, hoping it would made us feel better.
sadly, we nourished the hatred towards each other.
sadly, there's no more pujuk and anje anje.
sadly, mwa mwa became a word that means nothing.
sadly, i love you turned out to be something...hollow.


sadly, it hurts.
www.tips-fb.com

September 05, 2011

pasirku

sekarang
aku cuma mahu ke pantai
berbaring di pasir pasir
bersih dan halus,
memerhati terik mentari
di balik kulit mata.

sekarang
aku cuma mahu ke itu
pegang benar rasa itu
faham tidak sangsi itu

di pasir pasir bersih
halus menimbus aku. www.tips-fb.com

September 01, 2011

54 genggaman kemerdekaan

lama waktu
kita terlena
memegang pendirian
dalam lipatan kenangan luka

lama waktu
kita terlena
dalam tangisan kering
bahasa punah
kebebasan awangan
elita kapitalis
memetik mimpi indah
kita kehancuran berdebu

lama waktu
kita terlena
kini terjaga
terbit jalur puluhan abad
berbaki gelombang gelora
www.tips-fb.com