December 31, 2011

no #1

Duduk di sisi kiri kamu
sambil genggam erat jemarinya kamu
itu tenang

Mengira taburan bintang langit terang
Ditemani petikan gitar usang
Itu riang


Lalu sekali ini biar aku cantum kan gengaman ini
dan melodi gitar usang itu

dan biar ia temani aku sampai mati. 



www.tips-fb.com

Dua Ribu Dua Belas

Minda;
Masih belum mampu berfikir di luar kotak.
Hati;
Masih menyimpan dendam pada manusia yang tidak pernah berdosa pada mereka.
Masa;
Sentiasa mencemburui kita. Celaka.
Azam;
Seperti biasa, setiap tahun, perkara sama,
ubah minda, rawat hati,
Dan terus menyalahkan masa kerana mencemburui kita.
Celaka.

www.tips-fb.com

December 30, 2011

Gelas Peribadi

Gelas perlu baik, tidak sumbing ketika diminum.
Retak gelas budi,
 Rosak peribadi,
Tercalar maruah diri,
Agama disisih tepi,
Apakah akhirnya nanti?
 
lu'luah nur jamilah.
www.tips-fb.com

explain

kau tahu apa makna cinta sayang dan rindu?
kau tahu apa makna kawan teman sahabat?
terangkan pada aku
kerana aku hampir tidak paham pada semuanya
www.tips-fb.com

Kerana Kamu

Bila aku tersenyum,
Aku tahu ia kerana kamu,
Bila hati melihat,
Aku tahu ia melihat kamu,
Bila hati berbicara,
Aku tahu ia perihal kamu,
Bila hati mendengar sesuatu,
Aku tahu itu suara kamu,
Dan bila aku tahu itu kamu,
Aku tersenyum sendirian,
Kerana aku tahu,
Kamu ada di sana untuk aku. www.tips-fb.com

December 28, 2011

Kontras Namun Masih


Bahasa Thailand bahasa cinta kita.
Deras.
Berani.
Menyantun timur.
Sungguh, cinta kita segah kolek di Sungai Klong Hae.

Bahasa Itali buat berahi jiwa Italiano.
Sekeras dingin semilir Sardinia.
Sambil mengakrab cicipan marrocchino.
Senyum memuput hening romantis.

www.tips-fb.com

December 26, 2011

Wajah

Wajah ini,
Tangisan sedihnya ini,
Mengalir deras di pipi mereka,
Si ibu menangisi kehilangan anaknya,
Manakala si bapa hilang entah ke mana,
Mungkin di baham peluru buta,
Di halaman mereka sendiri,
Terduduk kaku, berlumuran darah,
Merah, pekat membasahi tubuh,
Dan aku,
Di halaman aku sendiri,
Mendoakan kedamaian buat mereka,
Dan pulangkan kembali wajah gembira mereka.
www.tips-fb.com

December 25, 2011

berdoa lagi

ya allah ya tuhanku,
jika aku bukan pelengkap tulang rusuk kirinya,
jauhkan lah dirinya daripada aku,
walaupun aku sudah mula menyayanginya,
aku tidak mahu mengorbankan banyak benda untuk sesuattu yang tidak berbaloi untukku.
:')

www.tips-fb.com

Dan Jika.

Dan jika diberi masa,
Atau mungkin peluang sekali lagi,
Untuk bernafas dengan percuma,
Ingin sekali aku teruskan,
Mengerjakan suruhan itu,
Suruhan-Mu. www.tips-fb.com

December 23, 2011

no 32 pagar

ok, bayangkan aku macam sebuah pagar rumah. yang ada dua side. yang kau perlu buka untuk masuk. tapi jangan bayangkan aku pagar automatik. bayangkan aku sebuah pagar manual. yang kau perlu tutup secara manual, kunci secara manual. 


dan bayangkan diri kau seorang anak kecil yang ibu kau larang dari keluar rumah tanpa dia. kerana apa ibu kau larang? kerana di luar banyak anjing liar. ibu risau anjing akan fikir kau sebagai makanan. jadi ibu larang kau keluar dari rumah.


dan bayangkan kau sangat-sangat ingin keluar. sangat-sangat nak main dekat playground yang betul-betul depan rumah. bayangkan aku pagar yang sangat patuh arahan tuan aku, ibu kau. aku larang kau keluar. aku keraskan diri aku. aku tak bagi kau keluar. tolong faham.


dan bayangkan kau berkali-kali, berhari-hari memaksa aku untuk buka diri aku bagi meloloskan diri kau. tapi kuat mana pun kau goncang aku, kuat mana pun kau tendang aku, aku tetap tak akan terbuka.


dan bayangkan suatu hari, kau paksa aku untuk buka diri aku. so kau boleh keluar. bayangkan, untuk sekian lama aku tahan diri aku dari sepak terajang kau, untuk membolehkan kau keluar, tapi kali ini aku rasa aku dah tak boleh tahan. 


jadi aku lepaskan kau keluar. 


- Marijuana, 2011
www.tips-fb.com

Seketul hati yang dibasahi hujan

Air-air menitik turun dari langit,

tanah, rumput, pokok, batu menadah air yang turun laju,

hati yang basah,

berselimut empuk asap nikotina dan cengkih pedih,

dari puntung kapas.

Hari-hari yang dingin ini,

indah dengan udara lembab.

menyelimut jasad dengan dosa,

dan hari-hari dingin lembab.

dan butir mata kuyu merah.

Senyum. Ketawa. Bicara.

Bersaksi botol plastik dan batang betik,

tak pernah kenal dosa dan pahala. www.tips-fb.com

supaya tangan-tangan divain itu terhulur untuk menyembuhkan kamu tubuh dan ruh.


www.tips-fb.com

di hari-hari terakhir ini
di pilihan terakhir ini
aku rentap jantung kamu
simpan dalam cecair nitrogen

supaya nanti,
hari-hari terakhir aku nanti
aku pinta jantung aku
diganti dengan jantung kamu

supaya tidaklah kita pergi
tanpa bersatu.




p/s: selamat berjuang, cinta. jangan pernah putus harap pada yang Esa.
www.tips-fb.com

puisi ulangtahun kelahiran untuk mama


mama,
kalau usia 57 tahun mu itu dapat aku tintakan
maka kaulah heroin paling mahal dalam dunia.
engkaulah permaisuri teragung yang Allah cipta.


mama,
jika usia 57 tahun itu adalah emas
engkau lah dinar yang sentiasa berkembang
dari nilai yang tak pernah turun.


mama,
dalam setahun singkat kejayaan dunia ku ini
engkau adalah pendukungnya
engkau adalah pembimbingnya
kekentalan jiwa mu membesarkan anak sedegil aku
menjadi inspirasi anak yang berjiwa besar dalam diri sendiri.


mama,
jika sepanjang hidup mu membesarkan kami kau kerap dicaci
dewasa ini, aku bangkit memberi sedikit puji.


mama,
jikalau kau mahu tahu
sepanjang kedewasaan ini juga, aku tak pernah salahkan kamu mahupun masa lalu.
jiwa aku takkan sebesar ini jika hidup selalu dipuji
aku takkan mampu berdikari jika selalu dimanjai.


mama,
jikalau  ahli firasat mampu membaca hati ini
engkaulah ahli firasat itu.
jikalau sang pencinta itu memberi cinta setulus hati
engkaulah sang pencinta itu.


mama,
jika aku disamping mu, jarang aku kucup pipi mu
di kejauhan seperti ini saat-saat jiwa sedang kejatuhan, terasa benar ingin dipelukkan mu.


mama,
di saat ini, di ulang tahun kelahiran kamu
aku cuma mahu kamu tahu, jikalau ALLAH beri MUHAMMAD sebagai rahmat teragung
maka, kamu juga teragung dalam diri dan hati aku.


aku mungkin anak mu yang tidak punya apa-apa, cuma mampu menulis puisi selamat ulangtahun kelahiran mama....
SELAMAT HARI JADI MAMA......




p/s:

"jika Santa itu benar-benar wujud, ingin sekali aku pinjam tunggangannya dan membawa mama bersiar di angkasa raya....kalau mampu, sehingga LANGIT KE TUJUH, pasti."






www.tips-fb.com

December 21, 2011

u t u s a n



ternyata karma bernyawa
ternyata realiti menyakiti
di sana yang terang ;
di sini gelap bayang
namun ku beri senyuman
senyuman untuk merelakan.
kebahagian
kekecewaan
perjanjian
pemergian
sebuah kisah permulaan.




hanya mampu melihat semuanya dilemparkan~





www.tips-fb.com

December 19, 2011

Berlagak



jika mahu berlagak kaya
biarlah selipar jamban pun berjenama



www.tips-fb.com

December 17, 2011

s a y a n g


kalau ingin mu mengucap kata rindu
aku pula selalu ingin menjaga masa itu

kalau ingin mu bersama dua selalu
aku pula mahu cari ruang masa padu

kalau ingin mu susah senang dengan ku
aku kan usaha buang masa payah mu

kalau ingin mu sehidup semati bersama
pasti akan ku bimbing mu ke jalan Nya

kalau ingin mu mendakap diri ku
aku pula inginkan kau selesa perlu

kalau ingin mu mencintai diri ini saja
aku pastikan cinta mu saja yang ada

www.tips-fb.com

Satu.



"Lalu birawan itu 
tertunduk lemah, yang
mengalir tentang air 
matanya adalah kesepian 
dan rasa hampa, hatinya kosong
dipenuhi cinta dahulunya
yang merapuh sehingga
mereputkan; perlahan dia
kembali mencari pada
pangkal Tuhannya." 



www.tips-fb.com

December 16, 2011

jalang.

"ini bukan jalan kehidupan"



kalau ini jalannya kehidupan
maka, aku tak perlu malu bergelar jalang.

aku lacurkan kemanusiaan
aku lacurkan keharmonian
aku lacurkan kebahagian.

moral? etika?
aku seorang jalang, maka prinsip sebegitu tidak perlu untuk hidup aku ini.
kerana aku adalah pelacur kehidupan.

dan,
aku hanya SENDIRIAN tanpa teman.




Setiawangsa, 
KUALA LUMPUR.

www.tips-fb.com

December 15, 2011

Malu



Malunya perempuan, sukar digambarkan,
mungkin kerana aku lelaki,
pantas untuk aku membuat andaian sendiri.

Malunya dimata, dipejam matanya,
malunya diwajah, ditunduk kepalanya,
malunya pada suara, dikunci bibirnya,
bagaimana hendak bersuara?
aku bertanya.

Ditulis olehnya; aku membaca,
begini caranya dia bersuara,
ditulis semua apa dirasa,
mudah meluah, berkongsi semuanya.
www.tips-fb.com

December 14, 2011

t e r n y a t a


di tebing bulan
di kasih lautan
bertiang langit sedih
bertapak tanah jerih
aku melontar batu
memoir terdahulu
bertitis derita
berlaku paksa
yang dalamnya
terdiam meronta
mahu di dengar
apa yang di dasar
kerana bergolak
dan ia menolak
bersama dulu kita
bersama kita cinta
kini aku berdiri
menambah sunyi.


www.tips-fb.com

December 11, 2011

Daging dan Kiamat

Gugus berahi semalam dilaknat
Bintang-bintang ketawa
Purna bulan tak dipunya

Ghairah tertikam
Merembes darah menjilat buta

Tenat dia
Membasahi hari-hari
Adalah dengan mengucup
Kontang angin

Mulai itu
Rahimnya hanyalah
Lekuk giur tak bercahaya www.tips-fb.com

Kadang-kadang.




kadang-kadang
rindu itu datang.



rasa itu
biarkan sahaja terbang lalu menyapa sebentar
mungkin ada pesanan
mungkin juga sedikit gambaran peringatan



www.tips-fb.com

December 10, 2011


aku kata
demi cinta aku takkan lepaskan kamu
tapi kamu kata
demi lebih cinta kamu patut tinggalkan aku.

cinta itu seperti alkohol.
pahit-pahit enak.
buat kamu mabuk.
buat kamu taubat tak mahu minum lagi.


tapi masih.


www.tips-fb.com

December 08, 2011

Jawapan

pandang bukan hanya sebelah mata,
                   berserta jiwa.
Dengar bukan hanya telinga,
                   bersatu semua indera.

Sesungguhnya pemilik diri itu tahu,
                   Manakah yang baik,
                                  Manakah mudarat.

Hanya diri  mengharap
Pada yang tidak pasti.

Menyusun langkah tanpa sedar ia pincang,
Hampir makan diri sendiri.

Jawapan itu pasti sudah. www.tips-fb.com

Mesej Untuk Dia 3


we are better
as best friends,
not as lovers.

but again, 
as what ever
I will be here
just for you.


www.tips-fb.com

December 07, 2011

Q u o t e 15

I just wish that you can wish. And I'll try to make it happen.
www.tips-fb.com

7 Warna


Kadang kala,
7 warna itu tidak hadir semestinya hadir selepas hujan,
Tapi, kamu tetap boleh hadirkan imej itu di minda.

Cipta lah rasa itu,
Kegembiraan itu di dalam jiwa,
Hadirkan kebahagiaan itu,
Bukan susah untuk bahgia,
Pejam mata, bayangkan 7 warna itu.

Mungkin,
Bagi aku sendiri,
7 warna itu mampu buat aku bahagia.
www.tips-fb.com

Memetik Bintang


Aku ingin lakukan sesuatu,
Ya, malam ini aku mahu lakukan itu,
Aku ingin memetik bintang,
Yang bercahaya di langit sana.

Ada antara kalian semua yang mahu temani aku?
Aku ini tidak takut tinggi,
Cuma takut terjatuh dari tempat tinggi.
www.tips-fb.com

When the dawn breaks, we shall meet again.

Have you
ever wondered 
what it feels like
waiting for someone,
your heart skipped
a beat each time
you watched
a stranger
walked
through the
same door you
entered, the very
first time we met back
then? Your smell, 
your steps, and
your smile,
everything was
magical. I miss our
small talk, how the scent
of the coffee lingered
when we laughed.
I miss you my
beautiful fair lady, and I
am dead sure you
miss me too.





www.tips-fb.com

Senyum

Senyuman manis itu,

berhenti degupan jantung tiap kali melihat,
angin bertiup menampar lembut pipi,
seakan-akan aku terbang ke alam fantasi.

Tapi, tuan punya senyuman tidak tahu,
aku peminat setia senyuman itu,
Ubat wajib diambil setiap hari,
mahu kah kau jadi doktor peribadi ku?
Boleh kan?
www.tips-fb.com

December 06, 2011

Mesej Untuk Dia 2


bila aku rindu,
aku korek semua tulisan-tulisan kamu
dan aku baca satu per satu
tanpa ada jemu
biarpun aku sudah baca dahulu
 
 
www.tips-fb.com

Kejatuhan (III)

Kesakitan jiwa yang 
kamu mulakan ini 
semakin parah,


dan langit sudah
puas merintih menemani
rindu- rindu aku 
yang kamu 
khianati,


sekarang,
relakan aku mati 
dalam pengalaman 
cinta paling 
agung.


(kamu pembunuh.)

www.tips-fb.com

December 05, 2011

Songsang dan Dungu


Di lorong-lorong yang seantaranya deretan bazar menjual pakaian dan kasut tiruan, tiga empat dan lapan sembilan peniaga malam menghidangkan pelanggan lalu lalang akan botol-botol kecil minyak yang diekstrak dari merah merinding tanah kuburan.

Botol-botol tersorok sedikit. Di tengah-tengah. Agar tak gelincir ke bawah.

Pelanggan tak pernah diberitahu. Peniaga tak pernah memberitahu.

Tak perlukan Morse code mengetuk meja menggunakan jari telunjuk dan hantu sebanyak lima kali diikuti jeda dan selanjutnya dua kali lagi.

Sekadar mendekatkan mulut diri kepada telinga peniaga.

Lalu menggetar pita suara bergayakan serak-serak bisik.

"Pss, bang. Minyak dagu ada?"
www.tips-fb.com

December 04, 2011

Keputusan

Dan apabila kau rasa kau tidak ingin membuat sebarang keputusan,
Dan berserah sahaja menanti apa yang tertulis untuk kau,
Perasan tak yang kau sedang membuat keputusan?

www.tips-fb.com

December 03, 2011

Jika Ya Jawapanmu

Sayang,
Lihat lah aku disini,
Dengar lah suara aku ini,
Menyatakan rasa cinta ini pada mu,
Mungkin terselindung perucapanku,
Tentang perasaan ku ini,
Aku ini ada rasa sayang pada mu,
Kamu pura-pura tidak tahu,
Atau mungkin kamu tunggu aku ucapkan,
"Awak, saya sayang awak,
Mahu tak bercinta dengan saya?"
Dan jika Ya jawapanmu,
Aku, kamu, Bahgia. www.tips-fb.com
Sayang,
Lihat lah aku disini,
Dengar lah suara aku ini,
Menyatakan rasa cinta ini pada mu,
Mungkin terselindung perucapanku,
Tentang perasaan ku ini,
Aku ini ada rasa sayang pada mu,
Kamu pura-pura tidak tahu,
Atau mungkin kamu tunggu aku ucapkan,
"Awak, saya sayang awak,
Mahu tak bercinta dengan saya?"
Dan jika Ya jawapanmu,
Aku, kamu, Bahgia.  www.tips-fb.com

Bini

Bini.

Dari India datang ke mari. Berevolusi daripada bhabini.
Nanti, pada mengikatnya rezeki dalam kalangan kita dua, gelariku Lavanya Mahani.

Mudahan engkau kan raja berbudi, aku jua permaisuri dijiwai.
www.tips-fb.com

Doa-doa Yang Tak Terpulih

Doa menjadi sakit.
Yang dimelodi adalah nista.
Nista-nista digumpal harapan.

Doa menjadi sakit.
www.tips-fb.com

December 02, 2011

If


If I just
could be there
love,

I'd be your shield
I'd be your doctor
I'd be your clown

IF
just IF.




www.tips-fb.com

tinggalkan perempuan , untuk sebuah revolusi

jodoh pertemuan
dalam dimensi revolusi
aku panggil kekasih
dalam demontrasi

kekasih , sebagai hadiah perkasihan
aku turutkan kata rosly dhoby
"saya tak gentar saya tak takut mati"
meraung tangsian zaaba
dalam temasya mandi sungai kling.

puisi meronta mengasak peluru
binatang tunggangan chairil
menggelupur beribu tahun
setiap bait tulisan batu

aku tinggalkan nota tsar
sebagai ulang tahun kebangkitan
supaya maharaja puyi tidak gementar
152 kantung watikah
wuchang punya belati tajam


intektual inggeris dalam kenang
bahasa selerak berguguran
gelora mencengkam
revolusi makin rapat
pulang pasti bocor darah www.tips-fb.com