January 30, 2012
Hidup
Yang dirangka terus dirangka,
Yang dirancang terus diusaha,
Untuk sesuatu yang baru,
Untuk aku usahakan,
Mencari kebahagiaan hidup,
Dan jika boleh, aku ingin sekali,
Lakukannya bersama kamu.
Beri ku sedikit masa lagi,
Untuk sediakan kelengkapan diri sendiri,
Sebelum menjemput mu,
Menemani ku di sisi,
Aku janji.
January 25, 2012
Kebangkitan
January 21, 2012
Hujan
Hujan turun petang itu,
Titis demi titis jatuh ke atas ku,
Aku masih berdiri di situ,
Tegak tidak berganjak,
Tubuhku gigil kesejukan,
Tanganku memeluk tubuh,
Dengan harapan dapat kupanaskan badan,
Mengharap.
Aku biarkan air hujan mengalir,
Dari kepala terus ke kaki,
Berakhir di tanah yang aku pijak,
Aku mendongak ke langit,
Apa mungkin dosa ku terhapus,
Seperti mana air hujan meninggalkan tubuh aku,
Mungkinkah dosa aku terampun,
Aku terus mendongak,
Mengharap.
Titis demi titis jatuh ke atas ku,
Aku masih berdiri di situ,
Tegak tidak berganjak,
Tubuhku gigil kesejukan,
Tanganku memeluk tubuh,
Dengan harapan dapat kupanaskan badan,
Mengharap.
Aku biarkan air hujan mengalir,
Dari kepala terus ke kaki,
Berakhir di tanah yang aku pijak,
Aku mendongak ke langit,
Apa mungkin dosa ku terhapus,
Seperti mana air hujan meninggalkan tubuh aku,
Mungkinkah dosa aku terampun,
Aku terus mendongak,
Mengharap.
January 20, 2012
Perjalanan (XI).
(hari ini Sahara membeku.)
Seperti hujan hari
ini mahu mengisahkan
sesuatu kepada aku,
Cinta, kau
ada mengirimkan sesuatu
kepada angin?
Jangan titipkan
cerita- cerita sedih,
yang datang kepada
aku ini cuma ribut
yang melata,
kisah kamu itu
tenggelam di dalam
rintikan hujan yang
merintih tentangnya.
January 19, 2012
#no 3
rasa seakan MATI.
aku nampak awan putih.
awan putih tempat orang baik-baik.
tempat orang bersih.
orang suci.
moga 1 hari aku juga akan ke sana.
untuk bertemu DIA.
January 14, 2012
Kehilangan (VII).
(Perempuan,)
hatinya sudah mereput
rapuh di antara penipuan
dan janji yang menghilang
dalam hujan malam
ini yang dingin,
gelap lagi
melemaskan,
dan hujan malam ini
yang dingin tidak
mampu lagi untuk
menyembunyikan air
matanya yang
mengalir.
(Lelaki,)
petikan gitar lusuh
tidak lagi kedengaran
di sebalik bunyi tembok
keegoan yang runtuh.
hatinya sudah mereput
rapuh di antara penipuan
dan janji yang menghilang
dalam hujan malam
ini yang dingin,
gelap lagi
melemaskan,
dan hujan malam ini
yang dingin tidak
mampu lagi untuk
menyembunyikan air
matanya yang
mengalir.
(Lelaki,)
petikan gitar lusuh
tidak lagi kedengaran
di sebalik bunyi tembok
keegoan yang runtuh.
January 13, 2012
Q u o t e 16
Do you know what is the best song ever?
every words that come from your mouth,
which turn to be a lyrics and melody inside here.
January 10, 2012
merenung renungan boestamam
merenung renungan
memecah kaca
sangkar tak berpelita
menerangi jalan
tak berpenghuni
walau sejalur
kata mesra
boestamam
merdeka dengan darah
di puncak menjulang piala
dasar terkubur
berceloteh sejarah
memenangkan bicara
memecah kaca
sangkar tak berpelita
menerangi jalan
tak berpenghuni
walau sejalur
kata mesra
boestamam
merdeka dengan darah
di puncak menjulang piala
dasar terkubur
berceloteh sejarah
memenangkan bicara
January 09, 2012
Suara
Ku dengar suara,
Suara itu,
Sayup,
Perlahan,
Lembut,
Halus,
Merdu,
Gemersik,
Suara yang penuh dengan rasa,
Cinta, ya, boleh aku katakan begitu,
Suara dipenuhi rasa cinta,
Mungkin kerana terlalu rindu,
Aku terdengar suara kamu.
Suara itu,
Sayup,
Perlahan,
Lembut,
Halus,
Merdu,
Gemersik,
Suara yang penuh dengan rasa,
Cinta, ya, boleh aku katakan begitu,
Suara dipenuhi rasa cinta,
Mungkin kerana terlalu rindu,
Aku terdengar suara kamu.
January 06, 2012
No #2
kalau ditanya pada aku definisinya bahagia
aku cuma kata
bahagia itu bila kau rasa tak mampu hidup tanpa dia
kenapa?
meski dia sakiti hati kau.
dia caci hina kau
dia pijak lumat cinta sayang kau.
kau masih kata,
" Aku takkan bahagia tanpa dia. "
atau
" Aku akan mati tanpa dia. "
bahagia aku, bahagia dia, bahagia mereka
itu tidak pernah akan sama.
=)
bagaimanapun pesan aku pada kalian
" Kejarlah bahagia kerna bahagia itu milik kita."
Siapa dan siapa?
Apakah rahsia dunia ini,
Memang begini rasanya mencipta soalan dalam kepala?
Dan terus bingung dan keliru dalam dunia sendiri?
Siapa aku dimata mereka,
Siapa aku dimata teman aku yang aku anggap teman baik,
Siapa aku dimata guru-guru,
Siapa aku dimata manusia sekeliling ku,
Itu tidak mampu melawan soalan ini,
Soalan yang mampu buat aku termenung jauh,
Sambil terduduk lemah diatas lantai,
Dan anak mata aku terus lemas didalam takungan air mata,
Aku bertanya pada aku di dalam aku,
"Siapa aku dimata-NYA?"
Aku terdiam. Tunduk. Menadah tangan.
Pengalaman
Kau karang rancangan hidup yang baru,
Menulis semula selepas di beri tunjuk ajar,
Oleh guru yang paling hebat,
Mengubah cara hidup yang dahulu,
Dia mampu lakukan semuanya,
Membuat kau terduduk ke lantai,
Berdiri megah di atas kaki sendiri,
Berpeluk tubuh sambil tersenyum puas,
Dan tidak lupa menadah tangan,
Sambil mata berenang-renang dengan air mata,
Penangan si guru hebat,
Yang di panggil "Pengalaman".
Menulis semula selepas di beri tunjuk ajar,
Oleh guru yang paling hebat,
Mengubah cara hidup yang dahulu,
Dia mampu lakukan semuanya,
Membuat kau terduduk ke lantai,
Berdiri megah di atas kaki sendiri,
Berpeluk tubuh sambil tersenyum puas,
Dan tidak lupa menadah tangan,
Sambil mata berenang-renang dengan air mata,
Penangan si guru hebat,
Yang di panggil "Pengalaman".
January 05, 2012
rindu hidup yang lama
selalunya ramai yang kata,
"saya rindu awak yang dulu",
tapi tak bagi aku,
aku rindu kehidupan aku yang dulu,
aku mahu kehidupan aku yang dulu,
hati senang,
gembira tidak mengenal masa dan tempat,
otak rehat dengan cukupnya,
dan dimana kau tidak ada disitu,
apabila aku merasai semua kebahagiaan itu.
sejak kau hadir dalam hidup aku,
segala kebahagian aku itu seolah-olah hilang,
kau banyak menyusahkan aku,
tetapi,
silap aku juga,
mengambil risiko yang belum tentu berbaloinya.
I MISS MY OLD LIFE :(
January 04, 2012
January 02, 2012
January 01, 2012
Bunyi Tajuk Puisi Ini Boleh Dibunyikan Dengan Meniru Bunyi Tempe Atau Seekor Binatang Mitos Purba.
2012
ok, dah boleh start keluarkan kondom 7E."jangan la malu sayang" itu ayat perasmian.
p/s:
untuk kita tahu berapa ramai yang beromen malam ni, kita tunggu berapa hasil pembuangan bayi lagi 9bulan tahun depan.(2012)
Subscribe to:
Posts (Atom)