March 31, 2012
Petualang Di Pinggir Kota Kuala Lumpur
Yang mengumpul cerita,
itu, kita;
gelandangan hilang tuju,
kala angin tak bertiup,
suria garang menyinar,
awan bersembunyi di tabir langit.
Yang menulis kisah,
itu, kita;
bohemian tak bersuara,
tercicir kertas,
pena tak berdakwat,
jurnal dicuri sang perompak.
Segelas Teh `O’ Ais,
sepinggan roti canai,
kuah kari dan dhal,
serta selautan manusia;
di celah-celah kegilaan,
kita akhirnya menjumpai bejat itu.
31hb Mac 2012, 14:56.
itu, kita;
gelandangan hilang tuju,
kala angin tak bertiup,
suria garang menyinar,
awan bersembunyi di tabir langit.
Yang menulis kisah,
itu, kita;
bohemian tak bersuara,
tercicir kertas,
pena tak berdakwat,
jurnal dicuri sang perompak.
Segelas Teh `O’ Ais,
sepinggan roti canai,
kuah kari dan dhal,
serta selautan manusia;
di celah-celah kegilaan,
kita akhirnya menjumpai bejat itu.
31hb Mac 2012, 14:56.
March 30, 2012
March 28, 2012
Rasa.
Kau pernah rasa begini?
Kau bernyawa,
Tapi kau mati.
Kau melihat,
Tapi kau buta.
Kau berkata-kata,
Tapi tanpa suara.
Kau nampak,
Tapi tak mampu tegur.
Kau sayang,
Tapi tak mampu ucap.
Kau bernafas,
Tapi tanpa udara.
Bagaimana hendak aku terangkan,
Tapi, ini yang aku rasa sekarang.
Mungkin aku terlalu berharap pada "tapi",
Dan ia menghalang aku melakukannya.
Kau bernyawa,
Tapi kau mati.
Kau melihat,
Tapi kau buta.
Kau berkata-kata,
Tapi tanpa suara.
Kau nampak,
Tapi tak mampu tegur.
Kau sayang,
Tapi tak mampu ucap.
Kau bernafas,
Tapi tanpa udara.
Bagaimana hendak aku terangkan,
Tapi, ini yang aku rasa sekarang.
Mungkin aku terlalu berharap pada "tapi",
Dan ia menghalang aku melakukannya.
Persoalan Membunuh
Persoalan,
Membeku di dalam otakku,
Menjerut,
Membelit,
Mengikat aku,
Sakit.
Sedang aku membuang masa,
Bersiar-siar di alam maya,
Ia semakin kuat,
Aku seperti tidak bergerak,
Bukan tidak mahu, tapi tidak mampu,
Macam patung berdiri kaku.
Ia turun menyusur,
Ke setiap pelusuk tubuh,
Aku yang kini terbaring,
Di atas katil petak ungu,
Kaku tidak bergerak,
Membiarkan ia lakukan apa ia mahu.
Lalu ia mencarik mataku,
Buta akh kini,
Dan ia menggigit gegendang telingaku,
Pekak aku kini,
Dan ia memamah hidungku,
Hilang kuasa menghidu,
Memotong lidahku,
Tanpa deria rasa aku kini.
Kosong.
Dan aku,
Mati di sini,
Di tilam petak ungu ini,
Sendiri.
Membeku di dalam otakku,
Menjerut,
Membelit,
Mengikat aku,
Sakit.
Sedang aku membuang masa,
Bersiar-siar di alam maya,
Ia semakin kuat,
Aku seperti tidak bergerak,
Bukan tidak mahu, tapi tidak mampu,
Macam patung berdiri kaku.
Ia turun menyusur,
Ke setiap pelusuk tubuh,
Aku yang kini terbaring,
Di atas katil petak ungu,
Kaku tidak bergerak,
Membiarkan ia lakukan apa ia mahu.
Lalu ia mencarik mataku,
Buta akh kini,
Dan ia menggigit gegendang telingaku,
Pekak aku kini,
Dan ia memamah hidungku,
Hilang kuasa menghidu,
Memotong lidahku,
Tanpa deria rasa aku kini.
Kosong.
Dan aku,
Mati di sini,
Di tilam petak ungu ini,
Sendiri.
March 27, 2012
Buku Nota
Dan aku mencari-cari,
Buku nota itu semula,
Akan ku sambung menulis,
Di dalam buku nota yang satu itu,
Dan aku catatkan sejarah hidup ku,
Yang adanya kisah tentang aku dan kamu.
Buku nota itu semula,
Akan ku sambung menulis,
Di dalam buku nota yang satu itu,
Dan aku catatkan sejarah hidup ku,
Yang adanya kisah tentang aku dan kamu.
Cinta Dari Syurga
Terbang,
Menyusur perlahan,
Turun ke bumi,
Jejak daratan kering kontang.
Lalu bertanya,
Dimana jiwa yang kosong,
Aku datang untuk penuhkan,
Dengan cinta dari syurga.
Menyusur perlahan,
Turun ke bumi,
Jejak daratan kering kontang.
Lalu bertanya,
Dimana jiwa yang kosong,
Aku datang untuk penuhkan,
Dengan cinta dari syurga.
March 26, 2012
Biru
Dan diri terasa lemah,
Tangan kembali menggigil,
Seperti mulanya dulu,
Terjatuh ke daratan yang keras,
Dan tak berdaya aku bangun.
Aku usaha,
Dan aku usaha bangun,
Berlari aku ke bukit tertinggi,
Melompat aku dari puncak bukit,
Menyelam ke lautan biru,
Tenang.
Tangan kembali menggigil,
Seperti mulanya dulu,
Terjatuh ke daratan yang keras,
Dan tak berdaya aku bangun.
Aku usaha,
Dan aku usaha bangun,
Berlari aku ke bukit tertinggi,
Melompat aku dari puncak bukit,
Menyelam ke lautan biru,
Tenang.
March 25, 2012
Awan Putih
Wahai awan putih nun di sana,
Sudi tidak bawa aku ke atas,
Biar aku jauh dari dunianya manusia,
Biar aku jauh dari dusta dan tipu daya mereka,
Biar aku sendiri di sana,
Setidak-tidaknya hati aku terpelihara terjaga,
Berikan aku sedikit ruang untuk aku berdiam,
Jiwa aku tidak terganggung lagi bebanannya,
Di dunia aku seorang gadis kolot yang percaya namanya cinta,
Aku percaya yang hati setiap manusia sama seperti aku,
Namun sebaliknya, jiwa aku penuh cinta,
Dan jiwanya mereka cuma penuh dusta dan nista,
Tidak tahu menjaga dan menghargai jiwa mereka yang menyinta
Wahai awan putih
Kau sudi kan menjaga aku
Memelihara aku sebaiknya
Aku yakin kau tidak sekejam mereka
Aku tidak perlu teman atau sahabat
Jika hanya menikam aku dari belakang
Wahai awan putih
Temani aku ya dan
Tolong bawa aku ke atas sana
Bawa aku ya.
Jauhkan aku dari dunia
Jauhkan aku dari mereka
Jauhkan aku dari semua.
March 24, 2012
March 22, 2012
Ego
Tetap kau berasa angkuh,
Melihat mereka yang kalah,
Dalam pertarungan ego yang tak sudah,
Rebah ke lantai; melutut,
Hanya tinggal sedikit nafas,
Menunggu serangan terakhir daripada kau yang menang.
Dan bila kemenangan tercipta,
Ego kau mula menggila,
Jiwa kau kini kosong,
Dikuasai rasa angkuh dan sombong,
Tanpa harus kau merasa,
Kau dan mereka sama; tiada beza.
Dan bila jiwa kosong tiada lagi warna,
Kau rasakan ego bukan kemenangan sejati,
Ia hanya rasa yang membunuh,
Menikam, menyucuk,
Membelah, menyiat,
Setiap inci susuk tubuh mu,
Dan kau masih berjiwa kosong,
Tiada rasa;
Kosong.
Dan kau kini,
Melihat mereka yang kalah,
Sayup kelihatan,
mereka itu,
Kau.
March 20, 2012
March 19, 2012
Plastik
Kau renung aku,
Tajam mata kau menikam ke jantung aku,
Debar, resah semua menjadi satu,
Kenapa begitu?
Apa dosa aku?
Apa salah aku?
Kau benci aku?
Meluat atau tak suka melihat aku?
Aku cuma meluah apa aku rasa.
Tentang cinta yang terbina sekian lama.
Aku cuma ingin kau sedar,
Betapa bermakna kau dalam hidup aku.
Tapi kenapa ini yang aku terima?
Jeligan sinis penuh rasa jelek
Hina sangat ke aku ini?
Oh, kau pasti malu memiliki seseorang seperti itu
Tidak cantik seperti yang selalu kau kejar
Tidak molek seperti yang selalu kau damba
Pasti kau menyesal kini kerana mengenali aku
Gadis tak sedar diri tak tahu malu
Mengejar-ngejar cinta kau
Pasti itu yang kau rasakan?
Kecantikan itu terletak bukan pada susuk
Kecantikan letak pada hati
Pada pekerti
Pada hati budi
Pada tutur bicara menyenangkan hati
Aku tahu aku cuma gadis jelek
Yang cuba memenangi hati kau
Yang cuba memikat semahu aku
Yang akhirnya aku sedar aku tewas
Tewas dengan kehendak dan naluri kau sendiri
Sayang,
Aku bangga dengan siapa aku
Persetan dengan kata hina keji kau
Kerana setidak-tidaknya
Aku tidak memperbodohkan diri aku
Demi meraih cinta plastik kau.
- jadi diri kita. persetan kata dia. kalau dia benar mahu kita, seadanya dia menerima. Hey, hati besar kita cuma untuk yang tahu menghargai kita. Kan? :) -
March 16, 2012
KENAPA?
Kenapa kekasih ku bukan seperti kau?
Yang memahami setiap detik sibukku
Membawa aku terbang melayang
Tatkala beban menghempap aku
Masalah menyekat udaraku
Memberi aku ruang untuk bernafas
Kenapa bukan saja kau menjadi kekasihku?
Biar setiap langkahku menjadi mudah
Hidup goyah menjadi lancar
Tanpa ada cemburu yang membuta
Si sangsi yang menjadi raja
Agar setiap derap kakiku senang melangkah
Kenapa kau bukan kekasihku?
Sentiasa memangku ku saat aku lemah
Membisikkan kata semangat ketika mata terpejam
Merasukkan jiwaku kembali bertenaga
Tetap disana saat aku pergi seketika
Hanya sedetik demi senyuman kau nanti
Dan kau mahu tahu kenapa aku bukan kekasih kau?
Kerana kau sedang menjalani apa yang tertulis
Diberi peluang mengenal insani duniawi
Membuka perasaan menghargai jiwa
Agar kau celik tentang kehidupan pinjaman
Supaya tuamu tidak diakhiri dengan penyesalan.
March 11, 2012
Berhenti
Saat aku berhenti menghubungimu
Berhenti mencintaimu
Berhenti mengingatimu
Ialah saat aku pergi menemui Tuhanku.
March 06, 2012
no 33 plastik
baca blog Fynn Jamal dan Wany Ardy dah terus boleh mengarang puisi. sedangkan orang lain boleh bergerak tanpa rujukan.
Sembelit
Penantian itu
kadang-kadang
seperti sembelit.
Diteran-teran,
dierang-erang,
ditunggu-tunggu,
tapi akhirnya
hasilnya cuma seketul tahi,
yang berdarahnya bunga dubur sendiri.
ish ish ish.
pedih tak?
kadang-kadang
seperti sembelit.
Diteran-teran,
dierang-erang,
ditunggu-tunggu,
tapi akhirnya
hasilnya cuma seketul tahi,
yang berdarahnya bunga dubur sendiri.
ish ish ish.
pedih tak?
March 03, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)