April 29, 2012

hijau


Hari ini hari tiga belas,
mengira kuntum bunga
dalam jiwa.

Senyumnnya dari hati,
terpancar di mata,
terdengar hingga ke telinga.

Shhh, masih hijau katanya.
www.tips-fb.com

Kotak Hitam


Oh ya, sebelum terlupa biar aku cerita
Itu hati aku yang kau jumpa
Yang terdampar lemas di tepi pantai
Aku pernah simpan di dalam kotak kecil,
Kerana ketika itu aku berasa yang hati aku mengecil
Lalu aku buangkan ke lautan luas
Pilihan ditangan kau
Mahu jaga ia dengan elok
Atau mungkin kau campakkan semula ke laut sana
www.tips-fb.com

April 28, 2012

Sebahagian Daripada Penemuan yang Meleburkan Kekusutan

Peluh.

Dia melagu sayup rubaiyat sang perkasa puitis Iran. Dan dalam hujan tangis dia terus berlari-lari di atas padang merah raya, membara, padang anganannya - memohon kepada Tuhan Esa. Tawakalnya kepada Tuhan berdesak-desak. Dia mahu tauhidnya sempurna. Tinggi. Tak tercicir.

Kemudian, dia terjatuh di hujung padang panas itu. Seusai jatuh, dalam nafas yang abar, dia memutuskan bahawa dialah jelmaan Mowlavi Rumi. Dia sudah hilang penglihatan akhir dan dia sudah alpa. 

Dalam, perlahan, dia berfikir-fikir, bahawa adakah segalanya daripada kesalahan manusia? Dia angkat tangan gigil, dan berdoa dengan penuh sangat - supaya Tuhan membuka semula hatinya yang jauh bergelimpangan.

"Andai sahaja aku menekuni tasawuf." Itu kata terakhirnya sebelum dia beransur siuman.


2011.
www.tips-fb.com

April 27, 2012

Pahit dan pedih katanya.

Aku cinta kau,
Sayangnya, kau cinta dia
dan dia tak cintakan kau;
juga kau tak cintakan aku

ini satu kenyataan
yang pedih untuk ditelan.


Nampaknya, kau pandai bermain,
Tapi, sepertinya kau kalah dalam permainan kau sendiri,
Nah, sejambak bunga mawar putih bertompok darah,
Tanda ucapan "Tahniah" daripada aku.
www.tips-fb.com

April 26, 2012

no 34 untitled

i was sipping the oolong tea i ordered approximately 6 minutes ago when i saw a really beautiful woman walked in the cafe. she was very pretty, wearing a lacey pastel pink dress, with a brown oxford shoes. her hair was slightly brownish, long and straight. she has that dolly typed of face. she carried along some thick books on her arms and she was alone, i assumed since she was, alone. 

i pretended that her beauty doesn't affect my focus towards my tea so i quickly sipped the tea back as if i was not looking at her since the first step she made in front of the door. but i know she knew i was looking at her. i think it was clearly written on my forehead that i was actually not looking. i was observing. she carved a warm smile to me and she went towards the table next to mine. she sat on the chair behind me and i absolutely lost a part of my senses to her sweet vanilla fragrance.

this woman really got me thinking: what is her name? what typed of perfume does she wears? is she originally has that straight hair? and questions kept listing. i added one tiny cube of sugar into my tea and i stirred it real slow. i heard the sound of her flipping the pages of one of those thick books and sometimes i heard her giggled. and then her cellphone rang.

i stirred my tea.

"hello?" 

her voice was so gentle.

"iya ini Ananda"

oh so she is an Indo, i told myself.

"iya. jadi wedding dressnya udah siap? ok saya ke sana. mungkin dalam 30 menit saya tiba lagian saya di Ampang ni sekalian mahu jemput fiancee saya. ok daa". and she hung up the call.

she packed her books and her things. she walked quickly passed me towards the door. she stepped out of the cafe and slowly her figure vanished from my sight.

i stopped stirring. her sweet smell still lingers.
www.tips-fb.com

Membacamu

mengenali katamu
membaca suara hatiku
resah,
duka,
semua kisah.
Teladan pencari.

pertemuan lewat tulisan,
nikmat tidak terzahirkan
Dan aku tenggelam.
Kembali ingatan.

lu'luah nur jamilah
www.tips-fb.com

Mocha or Latte?

Menikmati secawan kopi denganmu
Mampu membuat jantungku berdegup laju
Setiap hirupan kopi ini
Menambahkan rasa yang ada dalam hati
Tanpa gula dan krimer
Dengan adanya senyuman manis itu
Cukup bagiku

Lalu, aku bertanya lagi,
"Would you like to have a cup of coffee with me?" www.tips-fb.com

Cemburu Si Masa.

Dan jika kamu rasa
Masa mula cemburukan kamu
Mungkin kamu patut cuba
Hargai masa yang ada
Walau ia hanya satu milisaat
Kerana ia mungkin mampu
Mengubah naik dan jatuh hidup kamu. www.tips-fb.com

April 24, 2012

Terkunci

Bukan tidak melepaskan
Tapi tiada kuncinya
Jadi kau terkunci di minda
Dan kau hanya mampu berlari
Dari minda turun ke hati
Dua tempat ini sahaja

Lalu, jawab persoalanku
Bagaimana hendak aku melupakan? www.tips-fb.com

But, wait.

Tapi sebelum kamu pergi
Izinkan aku
Untuk sekali ini
Memberi pelukan terhangat aku
Dan mungkin ini yang pertama dan terakhir
Dari aku untuk kamu www.tips-fb.com

April 23, 2012

malang tak pernah mahu pergi


terduduk,termanggung,termenung lagi aku sendirian,
kenang malang yang tak pernah mahu pergi dari aku,
aku tak kuat,aku dah tak mampu lagi,
diperlakukan sebegini,
kejap,
siapa yang mampu ?
tidak sampai berapa ketika patah lagi hati yang sudah sedia rapuh ini?
luka lama belum sembuh,tambah luka baru,
hati yang masih suci tak sama dengan sudah ada 1 parut,
dan hati yang dah berparut-parut macam aku ni lagi tak sama dengan 1 parut kau tu !
manusia mana yang tak lari dari berbuat kesilapan?
bagi tahu aku ?
manusia mana yang sempurna ?
cukup kejam kau hukum aku,
kau seksa aku dengan perbuatan kau,
permainkan aku,gelakkan aku.
memperlekehkan kasih sayang aku ni.
kejap.
berapa banyak kali lagi aku kena diperbodohkan ?
berapa banyak akali lagi aku kena dipermainkan ?
nanti.
aku tak pernah nampak sinar bahagia itu.
cahaya itu bukan untak aku.
hidup aku gelap.hitam.
patah balik.
gunakan aku cukup-cukup,
perlekehkan aku,
hina aku sejijik mana kau mahu,
mainkan hati aku sepuas-puasnya,
sementara aku masih ada,
sementar aku belum pergi,
ya sayang.
sementara aku masih ada.

diri aku ini aku anggap boneka kau saja.
tak layak untuk aku merasa bahagia bukan ? :')



www.tips-fb.com

Alone



Here I am.
Watching
The rain.
 
Here I am.
Alone.
Again.
 

www.tips-fb.com

April 22, 2012

Halimunan

Berdiri tegak disana,
Itu bukan aku,
Aku masih terbang melayang,
Menembusi dinding,
Tidak terpijak tanah ini.

Itu bukan aku,
Mungkin cuma bayang yang kelihatan,
Buat kamu keliru,
Seperti itu susuknya aku,
Tidak, bukan aku disitu.

Ditembusi cahaya terang,
Tidak terhidu dek hidungmu,
Tak terlihat dek matamu,
Tak terdengar dek telingamu,
Aku, disini yang masih melihatmu,
Halimunan dan kekal begitu. www.tips-fb.com

April 21, 2012

PERKEBUN DUNIA

Katanya,
cinta adalah bunga
yang perlu dijaga
disiram tiap hari
diberi sinar mentari
lalu tanahnya dibaja.

Katanya,
andai ianya tetap mati
jangan salahkan mentari
jangan tuduh air jernih
jangan hukum baja diberi.

Kerana katanya,
cinta itu seperti kehidupan
hukum alam akan mematikannya
bukannya manusia maha kuasa
yang kononnya mencintai hingga mati
bertepuk tangan selagi masih mekar

Hei kamu,
pasti kepalamu akan tunduk
pabila bungamu layu sebelum tibanya
kerana cinta itu milik Dia
dan kamu hanyalah perkebun dunia.

www.tips-fb.com

Dosa dan Pahala?

Jika dosa yang dilakukan,
Mampu membuat kau tertunduk ke bumi,
Melihat tanah, taubat,
Berbanding pahala yang kau terima,
Yang membuat kau mendongak ke langit,
Mencium awan, bongkak,
Lebih baik kau berdosa,
Dan bertaubat,
Daripada bongkak tak bertempat.

www.tips-fb.com

Algebra

Dan seperti berbicara dengan cermin,
Bertanya tentang diri sendiri,
Kemungkinan yang tiada henti,
Persoalan yang dicipta sendiri,
Tentang apa yang akan terjadi,
Selepas itu dan selepas ini,
Seperti rumus algebra,
Nampak mudah untuk diselesaikan,
Memakan masa tapi pasti,
Akan jumpa jawapannya nanti. www.tips-fb.com

April 20, 2012

Takkan Ku Pergi

Kasih,
Usah menangis,
Sapulah air mata mu,
Di sini aku berdiri,
Melihatmu, Menjagamu,
Takkan ku pergi.

Kasih,
Usah takut,
Pegang tanganku ini,
Biarkan apa sahaja berlaku,
Di sini aku ada,
Memegangmu, Memelukmu,
Takkan ku pergi.

Biarkan sahaja aku,
Melihatmu, Menjagamu,
Memegangmu, Memelukmu,
Kasih,
Biarkan lah,
Di sini aku ada,
Dan berdiri,
Untukmu.
www.tips-fb.com

April 19, 2012

Jiwa

Hai Hati,
Ini aku, Jiwa.
Jangan biar kosong ruang itu,
Isikan ia,
Cinta, sayang, rindu, kasih, gembira,
Walau pun bukan dari Jiwa ini,
Biarlah dari Jiwa lain,
Agar Hati,
Akan terus tersenyum,
Itu,
Bahagia buat aku,
Jiwa.
www.tips-fb.com

Hati

Hai hati,
Kenapa bersedih?
Jangan risau, aku ada.

Hai hati,
Kenapa mengeluh?
Jangan risau, aku ada.

Hai hati,
Ke mana kamu pergi?
Pulanglah, aku ada.

Hai hati,
Janganlah mati,
Ingatlah, aku ada.

Hai hati,
Senyumlah sedikit,
Bahagiakan aku,
Bahagiakan dirimu.

Ingat lagi pesan ku dahulu, wahai hati?
"Hati. Sila hati-hati dan jaga diri.".
www.tips-fb.com

Kamu, Dengar

Dengar,
Dengarkan jeritku,
Hayati teriakanku,
Amati bisikanku,
Nikmati suaraku,
Kejujuran yang tidak tercemar,
Keikhlasan yang tidak tercela,
Ketulusan yang tidak terfitnah,
Kamu, dengar.

Terima kasih,
Dari aku kepada kamu,
Untuk memori,
Untuk sesuatu yang dahulu,
Kita ada. 
www.tips-fb.com

April 18, 2012

Sejak Bila

Entah sejak bila,
Kamu berada di dalam hati,
Memenuhi setiap sudut,
Setiap ruang yang ada,
Entah sejak bila,
Aku,
Sayang,
Kamu.

Masih,
Sumpah aku masih rasa yang sama.
Izinkan aku, ya? www.tips-fb.com

Sorry



Sorry I'm not that pretty
Sorry I'm this dirty

www.tips-fb.com

Graviti

Graviti,
Daya yang tidak mungkin boleh dilawan,
Tidak jika kamu di sini,
Batu ketiga dari matahari,
Yang dilambung ke atas,
Pasti jatuh ke bawah,
Tapi, aku mohon,
Jangan biarkan dirimu jatuh ke bawah,
Jangan biarkan dirimu terbang di atas,
Bijak imbangi dirimu,
Dan kejayaan pasti dimiliki.
www.tips-fb.com

Jangan

Jangan fikir jika tidak mahu bercakap,
Jangan cakap jika tidak mahu mendengar,
Jangan dengar jika tidak mahu respons,
Jangan cuba jika tidak mahu risiko,
Jangan lawan jika tidak mahu sakit,
Tolong,
Jangan.

Jangan ya?
Tidak baik, kawan.
www.tips-fb.com

Pemain Gitar Sumbang.

Berdiri di bawah mentari,
Keringat membasahi tubuh,
Di sini aku melihat,
Satu dan satu dan satu lagi,
Homosapiens tersenyum,
Dan bumi terus berputar,
Bukan di sini, mungkin di sana,
Dan aku mula berjalan,
Dengan gitar di belakang,
Mencari penonton yang lain.
Yang ada sudah pergi,
Yang lain datang pula,
Aku gembira dapat lihat mereka tersenyum.
www.tips-fb.com

April 17, 2012

Ingin Sekali

Kalau diberi peluang,
Aku mahu putar masa ikut suka hatiku,
Dan kembali ke masa yang aku mahu,
Masa aku gembira tanpa duka.

Tapi,
Perkataan "Kalau" tidak masuk akal,
Tak diterima hati.

Jadi,
Aku harap Tuhan dengar,
Permintaan hati ini.
www.tips-fb.com

April 16, 2012

Tersekat

Hey,
Kenapa bersedih?
Hilang punca untuk gembira,
Atau kegembiraan itu menyedihkan kau?
Aku nampak tawa dalam tangisan.

Kenapa jiwa,
Kenapa begitu?
Jangan jiwa,
Berubah yang baru.

Aku tersekat
Antara kiri dan kanan,
Aku ditengah,
Terbiar.
www.tips-fb.com

Sekali Lagi.

Sekali lagi,
Malam ini,
Kau melintas di garisan minda ku,
Sekali lagi. www.tips-fb.com

Jumpa Lagi



Cinta, 
Jika pantas pergiku dijemputNya
Jangan pernah sedih dan putus asa.
Kita jumpa lagi di syurga, ya?



www.tips-fb.com

April 13, 2012

Mimpi

Datang lah dikau di setiap malamku
Hadirkan dirimu dalam mimpi-mimpiku
Kerna disana sahaja aku bisa mencintaimu
Dan biarkan mimpi malamku penuh dengan cinta untukmu www.tips-fb.com

April 12, 2012

Time Flies



You used to be a happy man.
Tell me love,
Did I make you cry?

www.tips-fb.com

Monolog Dalaman

Terjaga dari tidur
Lena yang panjang.

Hanya ada sebatang rokok lagi
Sebatang lagi untuk aku penuhi ruang dalaman aku
Dengan campuran bahan kimia yang hebat rasanya bila diadun menjadi satu
Tambah pula dengan perasaan indah termenung melihat tingkap
Cahaya matahari memancar terus ke mata aku
Menumbuk-numbuk mata aku pinta aku jaga dari tidur

Ah, kacau lah
Syaitan celaka mana yang berbisik di telinga
Lepaskan aku, bebaskan aku,
Jangan tarik aku bersama-sama lemas dengan kau
Biar aku karam sendiri dengan masalah aku
Biarkan aku sendiri

Tuhan,
Tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk aku
Aku kehilangan kompas pemberianmu dahulu.

www.tips-fb.com

April 11, 2012

Hati Ini

Separuh hatiku berisi cinta
Separuhnya lagi diisi rindu
Apakah salah aku mencinta
Apakah dosa aku merindu
Tidak mahu hati dipenuhi nafsu
Telinga aku tutup; rapat,
Tidak mahu kudengar bisikan syaitan
Dengan izin-Nya yang berkuasa
Menanam rasa cinta dan rindu
Hanya dia yang mampu mencabutnya
Jika bukan hatinya untuk diciumku
Aku kekal begini
Sehingga hilang rasa di hati
Separuh hati cinta
Separuh hati rindu.
www.tips-fb.com

Mimpi

Teruskan kau bermimpi
Kekalkan semangat yang terang itu
Jangan mudah menyerah
Mimpikan setinggi langit
Mimpikan sebesar alam
Dan ingatlah
Bukan seberapa besar mimpi kamu yang penting
Tapi seberapa besar semangat kamu untuk mimpi besar kamu itu. www.tips-fb.com

April 10, 2012

Tamat

Melihat langit di petang ini,
Duduk di puncak bukit,
Diam dan mendengar.

Di sebalik senyuman di wajah,
Aku sembunyikan air mata yang bertakung di mata,
Begini rasanya diasingkan,
Apakah dia sedar yang aku melihat gerak-gerinya,
Mungkin tiada lagi rasa itu di sana,
Mengapa masih aku simpan rasa ini di sini,
Aku keliru.

Sudahlah,
Perjalanan ini sudah tamat,
Dan aku tamatkannya sendirian,
Setelah bermula berduaan,
Aku tamat kan semula,
Di tempat kita bermula,
Tapi, percayalah,
Setiap waktu kita bersama,
Jujur aku sangat nikmati. www.tips-fb.com

Pergi



dan jika kamu pergi, maka jiwa ini pun mati.

www.tips-fb.com

April 09, 2012

Nota Musik Sumbang


Kisahnya tragis,
Lelaki cinta perempuan,
Perempuan cinta lelaki,
Melayang tidak menjejak tanah,
Dek kuat rasa sayang,
Berlegar di ruang angkasa,
Berkongsi nafas yang sama,
Cinta, kuat.

Di saat itu
Jika ada perkataan lebih indah daripada indah,
Itu lah keadaannya sekarang,
Pencinta paling setia,
Berkongsi suka dan duka,
Cinta, kuat.

Jumpa dan berpisah,
Kadang-kala ini terjadi,
Lelaki juga tidak terkecuali,
Berpisah untuk sekian kali,
Yang terbang di udara kembali ke bawah,
Menjejak tanah daratan kontang,
Dipaku kaki di sana,
Biar pegun berdiri tidak bergerak,
Cinta, kuat.

Rasa di dalam hati,
Di luah melalui lagu,
Gitar bertali longgar,
Suara serak basah,
Dengan hati yang penuh rasa hampa,
Tercipta lah nota musik sumbang,
Dari Lelaki untuk perempuan.
Cinta, kuat. www.tips-fb.com

April 08, 2012

Awan Putih








Wahai awan putih nun di sana
Sudi tidak bawa aku ke atas,

Biar aku jauh dari dunianya manusia,
Biar aku jauh dari dusta dan tipu daya mereka,
Biar aku sendiri di sana,
Setidak-tidaknya hati aku terpelihara terjaga,
Berikan aku sedikit ruang untuk aku berdiam,
Jiwa aku tidak tertanggung lagi bebanannya,

Di dunia aku seorang gadis kolot yang percaya namanya cinta,
Aku percaya yang hati setiap manusia sama seperti aku,
Namun sebaliknya, jiwa aku penuh cinta,
Dan jiwanya mereka cuma penuh dusta dan nista,
Tidak tahu menjaga dan menghargai jiwa mereka yang menyinta

Wahai awan putih
Kau sudi kan menjaga aku
Memelihara aku sebaiknya
Aku yakin kau tidak sekejam mereka
Aku tidak perlu teman atau sahabat
Jika hanya menikam aku dari belakang

Wahai awan putih
Temani aku ya dan

Tolong bawa aku ke atas sana
Bawa aku ya.

Jauhkan aku dari dunia
Jauhkan aku dari mereka
Jauhkan aku dari semua.
 

Tolong bawa aku ke atas sana
Bawa aku ya.
www.tips-fb.com

Lepaskan


Aku pernah kau bilang cinta.
Aku juga pernah kau bilang sayang.
Namun aku juga yang kau curang.

Hebat cinta kamu sayang.
Hebat.
Terpesona aku dibuai olehnya.

Kau aku lepaskan dari rongga hati
Cukup aku, kau khianti.

Dengar sini ;

Kau tak layak aku cintai
Kerna kau
Bukan lagi bidadari aku nanti.

Ptuih!


www.tips-fb.com

Love



it is funny how LOVE changes us
we are angels when we fall in love
but turn to devil when falling out of it.

www.tips-fb.com

Apa rasanya?

Dia bertanya pada ku
Aku dengar;

Apa rasanya bila aku dan dia jumpa jodoh masing-masing nanti?

Apa rasanya bila ada orang lain yang bacakan puisi disetiap malamnya, yang dulunya aku sampaikan?

Apa rasanya bila ada orang lain yang mainkan lagu untuknya disetiap paginya, yang dulunya aku lakukan?

Apa rasanya bila lihat dia tersenyum, tapi bukan aku yang menjadi puncanya?

Apa rasanya nanti bila dapat tahu semua ini?
Dia bertanya.

Aku jawab,
Kau gembira jika dia gembira?
Kalau ya, biarlah dia.

Ah, dia itu aku.
Aku bercakap dihadapan cermin,
Dan aku rasa
Kau boleh tolak aku dari tingkat tertinggi,
Dan biar rasa itu tinggal rahsia
Selamanya www.tips-fb.com

Jatuh tidak terbangun

Tidak
Aku tidak mohon kalian percaya
Tidak minta kalian mendengar
Cuma aku harap
Biarkan aku begini
Terikat, terjerat;
Tidak bergerak
Walau semilimeter pun
Dari tanah aku jatuh
Kerana ini bukan jatuh
Mungkin tersungkur. www.tips-fb.com

April 07, 2012

Dan Ini Kata Putusnya

Dah diucap apa di rasa,
Melalui aksara dan suara
Dikongsi semua rasa
Dua jiwa, satu jadinya.

Apa kan daya,
Aku cuma manusia biasa,
Takdir bukan lawanku,
Bukan kehendak aku
Aku terpaksa melepaskan
Aku berjalan sendirian
Tangan tidak terpimpinkan lagi

Dan ini kata putusnya
Kawan, cinta, kawan semula. www.tips-fb.com

Kekasihku

Aku berjalan sendirian
Tangan tidak terpimpinkan
Memandang ke hadapan
Tidak dilihat kiri kanannya
Hanya telinga terdengar
Seruan syaitan tersenyum lebar
Melihat aku

Fikiran menjadi tidak keruan
Ternyata iman kini bergoyang
Yang baik kian hilang
Yang jahat ligat berkuasa
Bertempiaran lari aku yang baik
Kini aku bersatu dengan nafsu
Kekasihku jasad berjiwa syaitan

Kini aku hanya
Jasad kosong tidak berpenghuni
Yang hanya menjadi hamba
Kekasihku yang berjiwa syaitan
Dan aku sayang kekasihku
Tamat kisah aku yang baik
Yang baik sudah mati.
Tinggallah aku
Jasad yang kosong. www.tips-fb.com

Berdiri

Dan aku masih tertanya
Kenapa aku masih di sini
Setelah semua ini terjadi

Aku,
Berdiri melihat kamu,
Dan berdarah. www.tips-fb.com

April 06, 2012

Lohong



Lubang kosong itu kau biar lohong,

Kau sumbat dengan cinta plastik dia,
Kau pura kau bahagia walhal kau derita,
Kau jaja kau sayang dia seluasnya dunia.


Kau kata kau tak mampu hidup andai tiada dia,
Kau bilang kau bakal mati kalau hilangnya dia.


Kau tahu ;


Dia buat kau terjerat.
Dia buat kau melarat.
Dia bukan cahaya kau cari.
Tapi 1 mimpi ngeri yang pernah kau layari.


Bangun,
Dengar ini :


Dia adalah 1 buku yang kau dah habis baca,
Dan bakal kau simpan dalam perpustakaan hati,
Pergi rak baru, cari buku baru,
Study! 







www.tips-fb.com

April 05, 2012

Kerinduan

desir angin menyapa daun,
dan cengkerik hutan berlagu...
Di kiri kanan sebuah rumah kecil sunyi,
dan...
Aku sebenarnya rindukan kesunyian... www.tips-fb.com

You



You are a part of me
The part that contains love

www.tips-fb.com

April 03, 2012

My Heart



It is amazing how my shattered heart still can love
Or maybe, just maybe
You glued them pieces together again
And put a soul in it.

Who knows.

www.tips-fb.com

April 01, 2012

Aku, malu

Mengenali seseorang seperti itu,
Di landasan kereta api,
Dan ketika itu aku seperti dimalukan,
Oleh rasa dalam hati,
Yang aku cipta sendiri.

Dia itu manis,
Dia itu rupawan,
Dia itu anggun,
Dia itu sempurna,
Aku;
Hanya mampu melihat tidak berkata.

Aku mahu menegur,
Tapi aku malu untuk bersuara,
Penuh rasa di setiapnya aku,
Malu katakan yang aku suka,
Hey, pandang lah sini,
Aku berdiri di sini.

Lihat lah aku tersenyum,
Senyum ku manis,
Dengar lah aku menyanyi,
Suara ku merdu,
Fahami lah tuturan ku,
Hati ku jujur,
Aku;
Malu.

Pandang lah aku,
Aku yang lama menunggu,
Aku ini petah,
Tapi di depan mu,
--gagap
--gemuruh
--kosong
--malu
Lihat lah ke arah sini.

Apa mampu aku lakukan,
Aku sudah terjatuh,
Aku jadinya satu;
Malu www.tips-fb.com