October 31, 2012

no 40 semoga

nak tau apa impian jenis khurafat yang aku ada? wujudnya reincarnation. sebab kalau boleh, aku nak minta, dilahirkan semula kalau tak jadi manusia, aku nak jadi lelaki. 

i hope only by then i know how does it feels to hurt a girl -- her feelings, her emotions and such, would it feels good? would it satisfy the inner masochist demon? would that make me a better boy? or should i say, would that make me much more an egoist? 

semoga selepas itu, aku akan jadi lelaki yang lebih baik.
www.tips-fb.com

#14 : Sebab Aku Cinta

Aku mahu jadi pencuri,
Bukan sebab aku tak punya kerja
Bukan sebab aku nak jadi kaya
Tapi sebab aku cinta!

Aku mahu jadi pengkhianat,
Bukan sebab aku tak setia
Bukan sebab aku nak derhaka
Tapi sebab aku cinta!

Aku mahu jadi pembunuh,
Bukan sebab aku nak tambah dosa
Bukan sebab aku nak masuk neraka
Tapi sebab aku cinta!

Ya. Semua sebab cinta.
Cinta pada manusia.
Manusia itu dendam.
Dendam kena balas.

Aku mahu jadi pencuri hati kau
Kau potong hati aku--cantum

Aku mahu jadi pengkhianat hati kau
Kau pancung hati aku--buang

Aku mahu jadi pembunuh hati kau
Kau semadikan jasad aku
Hati ini kau hukum gantung saja

Biar sekejap cuma rasa cinta tapi cukup buat aku bahagia
Pergilah bersama derita yang lain
Aku nikmat disini
Terima kasih untuk rasa yang dipinjamkan

www.tips-fb.com

Sial!



Bila mana hati ini kau hancurkan
Dan kau pergi tanpa menoleh aku lagi
Kau telah aku bunuh bersama angan dan mimpi

Sesaat kau hadir dan membahagiakan
Dan sesaat juga kau perlu untuk mengecewakan

Bodoh aku kerana mempercayai
Bodoh aku juga kerana terlalu mengasihi

Matilah kau dengan segala janji manismu
Moga kuburmu tak bernisan bertanda
Moga jasadmu hancur dimamah waktu

Kalau ku tahu begini akhirnya
Tak aku serah jiwa untuk dicintai

Kalau ku tahu begini sakitnya
Tak aku tunduk dengan janji-janji

Sial!

www.tips-fb.com

October 27, 2012

October 23, 2012

#13 : Janda

"Aku bukan janda yang ditunggu olehmu tapi aku bakal janda jika ditinggal olehmu"

Sayang,
Baca sini ya -- http://dhatieku.blogspot.com/2012/10/catatan-100-untuk-dia_23.html www.tips-fb.com

October 19, 2012

pendamping ke Jannah Tuhan.

malam- kalau dia mampu luahkan
apa-apa yang terpendam
apa-apa yang tersimpan
betapa makna yang terdalam tentang kehidupan

maka, aku percayalah
disana lah kita berbicara
tentang hati, juga perasaan.

malam, kalau saat ini kita bicarakan
realis mahupun gagalis
kita mahukan kesempurnaan
baik tentang hati juga kehidupan.

duduklah sebentar
bicara kita bercerita sepanjang malam
dan, aku mahu kau rasakan
yang kau tak ditakdirkan sendirian.

hampiri hati aku sayang
biar kita berdampingan sehingga malam menghilang
untuk kita cari kesempurnaan kehidupan.


p/s:
separuh dari kehidupan telah aku temukan.
semoga kau dan aku berterusan berpimpin tangan menuju Jannah Tuhan. www.tips-fb.com

no 39 masih

sampai sekarang, aku masih tak jumpa jalan untuk lari dari masalah.

di hujung jalan cerita, apa yang buat aku sama ada ketawa, terfikir atau teruja, adalah kenyataan yang mana rupanya, aku, yang selalu cari jalan untuk lari dari masalah. cuma cara  yang berbeza-beza. sampai kesudah, tujuan aku hanya untuk lari. 

lari. dan hilang.
www.tips-fb.com

Dear Rain



Dear Rain,
Go easy with your wind.
It causes pain
To him.

:(

www.tips-fb.com

October 13, 2012

.::Tanyalah hati::.

Ada ketikanya
bila akal sukar membuat keputusan
tanyalah hati.

Lapangkan dadamu
pejamkan matamu
letakkan tangan kananmu di kiri dadamu.

Apa kau rasa?

Andai debar yang kau rasa
andai degupan jantungmu makin kencang
tandanya hatimu ingin menyatakan
"Inilah yang aku mahu."

Hati sukar menipu
walau akal sering menipu hati.

Titik. www.tips-fb.com

October 11, 2012

Sepi (IX).


I

Musim hujan yang 
lalu menyapaku lembut dan 
senang, ketika akhir aku 
menziarahi kamu 
sayang.

II

Dan aku masih 
berfikiran panjang 
merangkakan tiap- tiap
hari bergurau senda, sesekali
bertelingkah dan menyakat
kamu, selagi jika 
kita ada masa
bersama.

III

Persemadian kamu
masih bersih, dan lembab
sejuk oleh musim hujan
yang menyapaku
lagi tahun 
ini.

IV

Sayang, 
doaku untuk
kamu hingga bila- bila.


www.tips-fb.com

October 10, 2012

If You Fall


I'll catch you if you fall.
I love you,
after all.

www.tips-fb.com

October 08, 2012

Doanya Kepada Tuhan


Sebelum tidur di malam hari,
Dia berdoa kepada Tuhan,
"Tuhan, izinkan aku bercinta sekali lagi."
Sambil dia mendongak ke langit

Tuhan mendengar setiap perkataannya
Lalu Tuhan bertanya lembut kepadanya,
"Bagaimana aku mahu beri cinta sekali lagi untukmu,
jika hatimu masih setia pada cinta yang aku beri dahulu?"

www.tips-fb.com

October 07, 2012

#12 : Sayang

Sayang
Kalau aku tahu
Itu pertemuan kita pertama dan terakhir
Pasti sudah ku matikan waktu
Agar kita bersama akhirnya.

www.tips-fb.com

Infinity fantasy

"awak sini, saya mahu peluk. rindu"




ini cuma imaginasi,
fantasi
infiniti
sang pemimpi
yang kerap
berhalusinansi
dan yang pasti
ini bukan
realiti
mahupun literaliti.
www.tips-fb.com

Another Chapter




forget about our pain.
can we start it 
all over again?




www.tips-fb.com

Lelaki

Hai, lelaki
begitu besar nikmat cinta
mengapa yang dipilih
hanya di hujung daging sahaja?
www.tips-fb.com

October 06, 2012

#11 : Hati

Di rumah itu ada sebuah bilik.

Di bilik itu ada sebuah almari.

Pada almari itu adanya laci.

Pada laci itu adanya kotak.

Ya kotak.
Kotak kasut.
Tapi bukan alas kaki didalamnya.
Cuma hati yang terpijakkan.

*Kecewa* www.tips-fb.com

Kata-kata pensil kepada kertas

Kata-kata pensil kepada kertas

I

Biarlah kasihku tak berbalas
akan terus aku bicarakan padamu selagi mampu
tentang betapa indahnya kita, andai bersama

Tahukah, cinta kita kan merentas zaman
menjadi cinta para ulama, dan rindu para ilmuan
mulianya cinta kita menjadi kata-kata Tuhan

Kitalah yang melembutkan nurani insan
dan yang membasahkan matanya
kita jugalah yang membakar jiwa laskar
hingga tertembus rindunya pada surga

Kasihku yang putih, dakaplah aku dalam ribamu
biarlah kumesrai setiap helaianmu
dalam damai kasihku

Pun diammu tak menyahut
pasti tetap, dunia kukabarkan
cinta ini tak mungkin kulepaskan.  

II

Tanya kertas malu,
"Pernahkah kau berdusta padaku?"

Tangan yang menulis kaku, sedang mata pensil memandangku
tajam, meminta jawapan. 

Ah!
www.tips-fb.com

Sepi (V).

Yang
memberatkan
tentang pemergian 
itu adalah memori
yang terantai
padanya.




www.tips-fb.com

October 05, 2012

Adanya Aku

Baringlah di atas ribaan
Rebahlah di dalam pelukan
Betapa ingin tangan kasar ini
Menyeka setiap titis air mata itu
Agar yang tinggal hanya senyuman manis
Dan menghilangkan rasa sepi di hati

Lalu;
Terus-terusan
Ukirkan senyuman
Dan ingatlah
Pundakku sentiasa menanti
Di sini; sentiasa.

www.tips-fb.com

October 03, 2012

Him?

ada satu rasa
lain dari biasa
bila saling menyapa
apa lagi bila dia berbahasa
sampai satu masa
bagaikan seirama
hingga terpesona
tapi jauh sekali memuja

mungkin pernah sekali
tapi segera diketepi
mungkin juga pernah terdetik
tapi kesedaran diri menjentik
mungkin sudah dibuang
barangkali belum hilang
mungkin perlu aku berhenti
takut melarat nanti

ucapan dari bibir
perlu ditabir
agar tidak disalah tafsir
jadi ini yang terakhir. www.tips-fb.com

October 02, 2012

bertahanlah hati.


haru biru kacau bilau
yang dilihat juga silau
perasaan meracau-racau
saitan apakah yang mengacau

nerve nerve fikiran jadi kaku
sel sel otak juga beku
semua pun terkelu terkedu
sulit mengerti apa yang berlaku

aku harus pasang pendinding
cukup kuat untuk jadi benteng
agar aku teguh tidak terbanting
berkecai tulang remuk terpanting

tutup mata, padam lampu
jangan dilayan yang menitis
biarkan sahaja berkarat hati itu
simpan untuk yang tertulis.
www.tips-fb.com