December 31, 2012
#EndOfWorld
December 29, 2012
Pilihan
Memang susah untuk memilih
Apa yang ada di depan mata
Jika ruang yang ada di dalam hati
Telah dipenuhi, tidak berbaki
December 26, 2012
December 25, 2012
Rahsia
Ini satu malam yang paling panjang
Di biarkan aku terus berdiri
Menanti tanpa pasti
Akan hadir atau tidak
Yang di tunggu sedari tadi
Dan di malam yang satu ini
Kabur lagi lensa mata aku
Dipenuhi cecair yang entah dari mana datangnya
Memenuhi ruangan mata aku ini
Nafas semakin perlahan
Ku pegang dadaku ; kosong
Wujud lubang besar di dadaku
Kemeja ku mula basah
Meresap darah yang meleleh keluar
Aku bersihkan lensa mataku
Dan aku melihat ada titis-titis darah di atas jalan
Ah, hati aku terjun keluar dari dada aku
Pergi meninggalkan aku
Mungkin dia sudah tidak tahan menunggu selama ini
Tapi aku tetap berdiri di sini
Sambil tangan memegang sekuntum mawar putih
Dan berharap dia datang malam ini
Kerana aku tidak pasti
Berapa lama lagi ku mampu bertahan
Tanpa hati
December 24, 2012
December 18, 2012
#Karma I
December 16, 2012
Mimpi
Semalam aku bermimpi lagi
Aku bacakan puisi cinta remaja
Perlahan-lahan ke telinganya
Dia hanya tersenyum mendengar
Setiap kata yang aku bisikkan
Dan aku terus memanjat langit
Ku ambil awan dan ku gulung-gulungkan pada kayu
Lalu aku berikan kepadanya
"Nah...gula kapas. Paling manis, untuk gadis yang manis seperti kamu."
Dia tersenyum sambil menikmati gula kapas
Dan mimpi itu buat aku rasa gembira
Kerana dia kelihatan gembira di dalamnya
December 15, 2012
December 13, 2012
.::Rindu Yang Tak Pudar::.
kau tak pernah jemu datang dalam mimpiku,
dan aku tidak jemu memandangmu.
Setiap kali itu,
pasti berjurai air mataku,
menahan kau dari pergi dari mimpi itu.
Puas aku persoalkan takdir ini,
hingga tenggelam aku dalam dunia ciptaanku.
Namun,
kehadiranmu saban mimpiku
buat aku tersedar,
dunia hanya sementara,
tiada apa yang harus dibanggakan,
dipertikaikan.
Takdir tak pernah kejam,
cuma kita yang kejam menilai takdir.
Walau kau tiada di sisi,
aku tahu kau ada di hati ini.
Semoga kau tenang di sana.
:') //Ibu, engkaulah ratu hatiku.
December 12, 2012
Picu
Berkali kali picu ditarik-lepas
Menghampiri sisi telinga.
Berkali kali picu ditarik-lepas
Melalui celahan jari.
Berkali kali picu ditarik-lepas
Melolosi helaian rambut.
Berkali kali picu ditarik-lepas
Oleh pemegang pistol
Yang pelurunya
Disumbat aku sendiri.
December 08, 2012
m a l a m
aku terlena di dalam sedar
beralun sayu mengisi getar
kerinduan bercambah namun bersangkar
semuanya; semakin pudar
tersekat pandangan berkabur kenyataan~