February 27, 2013

Egg Human!

Tumblr_lqpoet3fnj1qd482to1_400_large


Kita semua luar saja nampak kuat,
tapi dalam diri kau yang nilai sendiri,
bila ada yang melukai,
kau senyum,
namun di dalam kau pecah , ranap, musnah,
hanya mampu bertahan sebelum luaran kau retak,
dan akhirnya kau pilih untuk rebah dan menyerah.


www.tips-fb.com

You

You.

Remembering you;
Even though it hurts me but it gives me bliss.
Cause’ people said that remembering the people u love makes u feel happy.

Thinking of you;
Denying the fact that I tried to ignore you in my mind is a failure
You linger.

You are happiness, but you are sadness too.
You wound my heart, you cure it, and you wound it again.

You are some mixtures of chocolate.
There’s sweetness, there’s bitterness;
my one type favorite of chocolate.

by : Wawa
www.tips-fb.com

Ini hanya bahasa hati

kau katakan tiap langkahmu untuk aku, kau katakan tiap hembus nafasmu
juga untuk aku.
tapi yakinkah kau dengan semua katamu bila setiap dugaan yang hadir
seakan mematahkah semangat dan butir bicara.
pernah kau katakan aku bagai bidadari yang hadir memberi sinar.
dan bila malam menjelma, aku tetap menyinari segenap ruang dan kehidupan mu.
Pernah juga kau tuturkan bicara hanya aku ini yang kau mahu.
cuma aku yang kau perlukan untuk bermanja dan berkongsi cerita juga masalah.

Namun aku alpa,
lupa bahawa kau juga cuma insan biasa yang fikiran dan perasaannya
boleh berubah sekelip mata.
Lemas dalam khayalan bahawa hanya aku pemberi semangat.
Lupa bahawa nun disana terlalu ramai insan yang jauh lebih segala
galanya dari aku.

Insan, jangan terlalu taksub.
jangan juga terlalu berjanji dan menunjuk.
Jangan nanti hatimu hancur tidak berkeping.
Punah.

Dan bila semuanya berubah.
pada siapa harus disalahkan?
pada kata yang pernah dulu kau ucap?
pada aku yang mungkin terlalu bodoh kerana hanya cuma mendengar dan mengiakan
atau pada takdir yang menentukan ?
jangan.
kerana semuanya berlaku bersebab.


by : #Cikkainie www.tips-fb.com

Untitled




Di sini dingin dan kering.
Aku kebas dibekukan.
Aku gelap dibutakan.
Aku  sunyi dipekakkan.
Izinkan aku keluar?
 – Hati

by : Nora Amina
www.tips-fb.com

February 24, 2013

.::Buat Kamu::.

Dari lirik senyummu
sudah kutahu hatimu jujur
dari bait tuturmu
sudah kupercaya
engkaulah di hatiku.

Buat kamu
bicaraku mungkin mengundang dukamu
lirikan mataku mungkin membunuh jiwamu
namun
inginku nukilkan padamu
betapa kau teristimewa.

Buat kamu
bukan janji yang kupinta
bukan manis katamu yang kudambakan
cukuplah kau di sini
menemaniku di saat hujan mulai rintik
sehinggalah nyawa bercerai tubuh.

InsyaAllah :')
www.tips-fb.com

.::Terima Kasih::.


Terima kasih
sahabat setia hujung nyawa
:)
<3 www.tips-fb.com

February 23, 2013

Rayu




Cinta Beta janganlah pergi.
Hilangnya Tuan tiada ganti.






www.tips-fb.com

February 21, 2013


ini penjara hinggap
imaginasi khayalan bukan pemilik hati yang kekal.

kata orang,
patah tumbuh hilang berganti.
tapi kalau dah patah sampai kau terpuruk terperosok ke dasar;
apa lagi yang nak tumbuh kalau perasaan sudah mati?

penjara hinggap,
duduk satu sudut, cuba lagi bersembunyi disebalik bayang-bayang.

ya, sedih dan kecewa dapat kau sorok.
diri sendiri ini?

hah, bayang-bayang terus ketawakan kau!

www.tips-fb.com

February 20, 2013

Lengkap

Kau dapat apa yang kau nak
dan aku cuma dapat apa yang aku perlu
Sebab apa yang kau nak itu aku
Yang aku perlu itu cuma kau.
Lengkap.

www.tips-fb.com

February 13, 2013

Hurt II



I hurt you, didn't I?
I hurt you and I don't know why. 
 
 
 
www.tips-fb.com

February 11, 2013

#AreYouReady? Be My Valentine.


mungkin ini mimpi terindah kita
dari sang buaya menjadi kucing
kucing yang paling jinak seantero dunia.

ini analogi.
analogi yang aku cipta sendiri.

aku cuba cari kesempurnaan
Tuhan janji kesempurnaan ada untuk hambaNya.

bukan berangan menjadi sesetia Muhammad
bukan mahu jadi seperti sesempurna kasih Adam
aku manusia, manusia penuh dosa.

malam ini aku mahu bertanya,
"are you ready? be my Valentine."

heh.



www.tips-fb.com

February 10, 2013

Sendiri



Ramai kenalan dan teman
Tapi bila sedih kau sendirian



www.tips-fb.com

February 06, 2013

Gagal


Sengaja kumatikan lampu
biar tak terlihat bayangmu
di setiap penjuru bilikku

Biarkan aku peluk sunyi dalam 

malam yang menggebu
dan cuba untuk tidak memikirkan mu
yang jauh beribu batu

Sia-sia. Ya, aku tahu.






www.tips-fb.com

February 05, 2013

Cari



Untuk cari kamu aku buka peta
Siap letak kompas 
Tapi hampa tak jumpa
Dan cinta tak balas.


 
 
 
www.tips-fb.com

no 43 makan


"makan ajalah sakit yang ni", untuk kali yang dia sudah hilang kiraan, katanya dengan harapan method tradisionalnya ini akan berkesan untuk sogok diri sendiri, lagi.

dia tarik selimut pelan-pelan selubung batang badannya, dan acah konon seperti dalam drama Melayu --- yang patah hati itu tidur sendiri, menyeka air mata sendiri, dan sendiri-sendiri. kuat mana dia cuba alirkan air mata, pada hujungnya dia sedar air matanya sudah kering.
www.tips-fb.com

February 02, 2013

Perkara Pertama



Jika kita ketemu,
pertama yang aku mahu
ialah mengucup bibirmu.



www.tips-fb.com