March 30, 2013

Tiada Tajuk




bukan aku mahu derhaka.
cuma mahu dianggap manusia.


www.tips-fb.com

March 29, 2013

Sorry ...


Maafkan aku , 
Maafkan aku , 
Maafkan aku .. 
AKu tahu kata maaf itu tak memberi makna lagi bagimu , 
cuma itu saja yang mampu aku buat untuk pulihkan keadaan kita ,
kerna masa telah berlalu , 
hati telah terluka , 
jiwa telah lara . 
maafkan aku , 
maafkan aku , 
maafkan aku , 
Sesungguhnya maaf darimu ku pinta , 
kerna ku tak mahu itu penyebab aku , 
di campak ke neraka . 
maafkan aku , 
maafkan aku ... 
kerana ini maaf yang ku pinta tulus dari hati ini....

Tumblr_mkcb202nzq1rmw3tho1_500_large www.tips-fb.com

March 26, 2013

Assasination of Lauren Ripley



Curl up in bed and pull your blanket
Let the hitman uses his bullet



www.tips-fb.com

March 20, 2013

Just give me a reason!



Love Like Jesus ★

Berjalan sendirian di khalayak ramai,
tetiba mata tertarik pada satu pandangan,
masih asing,
masih stranger,
namun kenapa hati pantas berdebar saat dia menghampiri,
apakah rasa ini?
dan kenapa pandangan matanya menusuk hati seketika,
mungkin benar kata falsafah ' dari mata terus ke hati'
jadi aku diamkan diri,
dan sepantasnya berlalu pergi membawa hati,
kerana aku takut ianya dicuri,
aku sudah putus asa sama rasa ini,
yang aku tahu akhirnya menyakitkan hati.



www.tips-fb.com

March 13, 2013

satu pecah dua.

Seperti algebra ada pecahannya,
Sama hatiku pecahannya kepada dua,
Satu aku simpan untuk bernafas dalam alam semesta,
Satu aku beri kau kerna kau sahaja aku percaya.



by : Him
www.tips-fb.com

March 12, 2013

Nikmat Dunia!


577877_271755236291357_2111613982_n_large



Sumbatlah apa kau suka,
Rasalah apa kau mahu,
Telan selagi mampu.
Ini nikmat yang perlu di hadap atas dunia ini,
biar apa mereka kata,
biar apa akan berlaku.
Janji dirimu puas,
perutmu kenyang,
hatimu senang.

www.tips-fb.com

March 11, 2013

D a h a n


kenapa kita menyinta?
kenapa kita sanggup terluka?
bagaimana?

bila saat itu tiba; di mana
kita hanya mahu segelintir dari mereka
dapat memahami; menerima diri ini
baik dan buruk budi pekerti

sambil lena kita dibuai rasa itu
mula teras hati ini menonjolkan rindu
untuk melihat kasih itu bahagia
dan mendengar ketawa dia
kita meneliti setiap gerak-geri
tutur bicara dan dingin sanubari

tetapi;
pabila kau dihina dek sengaja menduga
kan tiba hakim luna yang meletak garis senja
di mana ada sikap jujur mu tak dapat diterima
dan ia ditukar kepada lakonan hebat peserta;
dunia.







baru kau rasa kau menyinta kerana apa~



www.tips-fb.com

Jangan



Jangan bertangis kerna rindu
Bila aku tiada di sisimu
Buat menyapu air mata itu.






www.tips-fb.com

March 07, 2013

j i n g g a

terus kau di situ
kenapa?
bukan kerana cinta, sayang, kasih, rindu; sebagainya
dan bukan kerana dia

biasa dengar bisikan suara pada sunyi; malam mu?
yang menangis di dalam
yang merintih di dalam
suara itu yang membenarkan kau menunggu
menghangatkan suram
memujuk yang terpendam
dan suara itu yang sentiasa ada bersama mu.

suara halus itu kedengaran
pabila kau jauh dari kenyataan
pabila kau rindukan pelukan
suara itu memberi harapan

sudah; balutlah luka yang berdarah
berdirilah pada tempat yang kau tempah
suara itu sentiasa jujur meneman
dan memberikan semua keputusan









harapan itu bermula dengan hanya keikhlasan~




www.tips-fb.com

Sepi




Ada seorang perempuan yang bersedih,
Duduk di pinggir tasik sambil memeluk hatinya ; yang berdarah.
Menangis tersedu-sedu teringat kisah lalu.
Hatinya sakit - tak terperi. 
Jiwanya hampa - tak terkira.

Dulu,
Setiap hari dia menunggu lelaki itu datang dan raih hatinya,
Lalu di bawa dekat dekat hati miliknya - menyatu.

Tapi,
Lelaki itu pergi dan tinggalkan parut berdarah tak henti.

Pergi dan terus menyepi. 

www.tips-fb.com

B i c a r a


bukan aku menunggu kau memberi
bukan aku menunggu kau berkongsi
dan bukan itu.

aku masih di sini
kerana kasih masih milikmu
kerana rindu masih padamu
bukan tidak mahu pergi

hati ini telah mati;
untuk selain daripada kamu
sekarang tunjuk ke mana patut ku tuju?







aku masih di sini kerana hati; isi~


www.tips-fb.com

March 06, 2013

Tak Cukup Puas?




Mengapa dinanti pada yang tak pasti?
Mengapa dirayu pada yang tak mahu?

Kalau sudah dia tak mahu memberi,
pergi.

Kalau sudah dia tak mahu berkongsi,
pergi.

Kalau sudah memang dia tak mahu memberi dan berkongsi,
kenapa masih menunggu?

Tak cukup puas hati itu dilumatkan?
www.tips-fb.com

March 05, 2013

.::Cemuhan::.

Jangan kerana cemuhan kita
Dia tutup pintu pertolonganNya
Dia tarik setiap nikmat yang diberiNya.

Lebih baik berdiam
berdoa
usaha apa yang mampu.

Zip mulutmu dari mencemuh
ikat jemarinya dari mencemuh.

p/s: Keep praying for them, for us, for everyone. www.tips-fb.com

Oh Malaysia ...




Negaraku , 
Tanah Tumpahnya darahku , 
Ku berharap suatu masa , 
Ku mampu berjasa padamu , 
Walau hanya sekecil zarah ... 




p/s: Jangan kita hanya pandai berkata-kata, tapi tidak sedar apa yang telah disumbangkan pada negara daripada mereka yg telah berjuang disana..
www.tips-fb.com

March 03, 2013

Emergency!




Yes I would defend my country! 
And I will fight even if the bullet shot through my body! 

This spirit won't die!
This country cannot cry! 

 


www.tips-fb.com

March 02, 2013

Pertanyaan

Hari ini saya bangun lewat lagi. Matahari sudah mula menjegil ke arah bumi. Cahayanya seakan-akan membakar kulit aku perlahan-lahan. Kamu pasti bangunnya awal pagi, bukan? Tak mengapa. Seperti biasa saya tidak berada di dalam fasa jatuh cinta. Tapi kamu pasti tahu kalau saya bohong. Ya, kamu kan pandai membaca mata dan tahu jika saya berbohong atau tidak. Mari lihat ke dalam mata saya dan beritahu awak nampak cinta atau tidak? Begini sahaja, sebenarnya saya sudah letih untukjatuh cinta. Saya hanya ingin ... istirahat. Istirahat dari jatuh cinta. Tapi kalau lah saya boleh halang diri saya daripada jatuh cinta, mungkin saya tidak akan rasa yang saya letih.

Ya, seperti itulah saya. Saya ingin istirahat untukjatuh cinta dengan kamu. Istirahat yang simple. Salah satu istirahat yang saya impikan adalah untuk memakai sepasang pajama rona merah padam atau mungkin kotak-kotak coklat. Meletakkan kepala perlahan-lahan di atas bantal empuk yang diisi kekabu dan katil spring bersaiz ratu hanya untuk saya. Berselimut separas dagu dengan kipas dibiarkan berputar di atas kepala dengan kelajuan maksimum. Tertidur dengan sendirinya. Tenang. Tanpa perlu memikirkan apa khabar kamu di sana, sudah tidur atau belum.Tanpa mengharap untuk bertemu di dalam mimpi dan bercinta di sana kerana tiada kesempatan di alam nyata. Atau mungkin memikirkan tentang masa depan kita untuk duduk di beranda rumah kita yang menghadap pantai sambil menikmati secawan teh strawberi yang akan saya bancuh untuk kamu. Tidak.

Tapi, bukankah tadi saya kata mahu beristirahat? Mengapa saya terus-terusan membayangkan tentang saya, tentang kamu, tentang kita? Mungkin kerana selama ini saya tidak pernah istirahat. Yang saya ini cinta. Dan cinta saya ada lagi untuk kamu. Kamu akan tahu ketika kita bertemu mengobrol bersama lagi. Dan kamu lihat ke mata saya.

Lihat ke mata saya. Selami mata hitam saya ini, dan terus ucapkan kepada saya. Apakah saya berbohong atau tidak? Kamu kan pandai membaca hati melalui mata empunya hati itu.

p.s: Ke mana perginya dia yang aku kenal 4 tahun dulu?

www.tips-fb.com

March 01, 2013

Erk !




p/s :

Sayang ,
kalau mahu cium aku tuh,
kasi wangi dulu mulut itu.
jangan buat aku muntah tak sengaja depan kamu......
www.tips-fb.com

Lupa Diri




Aku sudah lupa diri. 
Lupa untuk hidup sendiri, kekok untuk tidur lena tanpa kamu disisi. 


Dan pagi paling indah buat aku yg lupa diri ini
 adalah pagi-pagi dimana kau disebelah yg masih terbuai mimpi indah barangkali. 


I Love you Suami. 
Sungguh.
www.tips-fb.com