April 26, 2013

KEJAM ?



Si Gadis :

" Oh Tuhan , untuk kali ini saja aku mengharapkan kau memakbulkan hasrat ku . Mungkin daripada ini aku akan faham erti bersyukur .. Aku mahu si dia jadi milik aku walau hanya untuk seketika , Tolong Tuhan aku mahu dia ... " 


Si lelaki :

" Oh Tuhan , Aku bersyukur dengan segala apa yang kau beri. Cuma untuk kali ini, aku mohon jangan pernah dekatkan si dia pada ku . Tolong Tuhan aku tak mahu dia ...." 



Surah al-Baqarah ayat 216 : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". 



p/s : ada Akal dan cuba cari Iman fikir dengan tenang ... 





www.tips-fb.com

April 24, 2013

Matari

Ketika matari naik tinggi
Kita masih punya masalah yang berbaki
Moga matari mampu menghapus sepi
dengan sinar perciknya yang tak bisa ditandingi



www.tips-fb.com

April 22, 2013

Setangkai Bunga

Di dadaku ada bunga
yang layu dan enggan mati
mungkin kerana akarnya
sudah jauh mencengkam hati.


(Ya Allah, lama betul tak post di sini.)
aktif menulis di tidakbest.blogspot.com
www.tips-fb.com

April 18, 2013

Satu.Lima.Tiga. (153)

Satu.Lima.Tiga.

ini melayu, jangan goyang.
ini melayu, jangan gegar.

melayu gentel telor.
melayu tepuk tangan.
melayu menang sorak.
melayu gadai maruah.
melayu jaja fitnah.

satu.lima.tiga.
jaga melayu.
junjung melayu.
kuasa melayu.

satu.lima.tiga.
siapa kena jaga? siapa kena pelihara?
siapa dia anti? siapa dia suka?
siapa selesa? siapa menderita?
siapa kaya? siapa papa kedana?

satu.lima.tiga.
takkan melayu hilang di dunia.

cina india,
takdak sapa nak jaga?
ini lah adilnya satu.lima.tiga.
"lu langsi, lu mati;" katanya. www.tips-fb.com

April 16, 2013

365 Palsu


Aku kirimkan,
Puluhan,
Ratusan,
Ribuan,
Jutaan,
Terima kasih.

Terima kasih kepada
Puluhan,
Ratusan,
Ribuan,
Jutaan
Penipuan.

Penipuan untuk,
Puluhan,
Ratusan,
Ribuan,
Jutaan,
Perjanjian yang hanyir dek kepalsuan
:)
www.tips-fb.com

April 13, 2013

Perempuan




Perempuan,
Suci atau hina,
Punya mimpi yang sama.
Hak yang serupa.



www.tips-fb.com

April 12, 2013

Tapi bagaimana ?


Bila cinta pertama telah di raih,
bertahun lama membaja kasih .
sampai kau lupa ,
jodoh itu di tangan Tuhan .

Bila takdir menentukkan segalanya ,
kau tak dapat terima hakikat,
kau rasa ini kejam dan tidak adil .
hingga kau lupa ,
kuasa itu semua pada Tuhan ,
Dia Maha Mengetahui .

Jadi sekarang ,
kau gila bayang ,
tak mampu lupakan si dia ,
sampai aku rasa buntu bagaimana mahu sedarkan kau ?

Ini jodoh bodoh !
Senang di bilang susah di faham,
bila manusia lebihkan cinta manusia .

www.tips-fb.com

April 09, 2013

tunggak

kecelekaan semalam
adalah kegembiraan hari ini yang tertunggak
kegembiraan hari ini
merupakan kecelakaan esok yang tengah menunggu
jadi mari,
rai apa yang kau perlu
bukan apa yang kau mahu






*selamat kembali diri sendiri.
www.tips-fb.com

April 08, 2013

diri sendiri





mulut aku lohong rahsia paling dalam
mata aku kaya dengan air mata
www.tips-fb.com

April 07, 2013

#SalamPutrajaya13

sampai masanya
bila tiba hari kemenangan.
anak muda,
tempat kita bukan lagi di jalanan.

anak anak muda aristokrat
biarkan mereka bergembira di pesta belia.

anak muda,
tanam dalam jiwa
pangkat dan jawatan bukan matlamat.

suara kita, generasi kita.
kita kutip semula
anak-anak gelandangan dari pelosok kota.
suara kemenangan kita gemakan takbir "allahuakbar"

ingat, satu masa dulu
kita berkelana.
kita terinspirasi dari lembah kehinaan.
dari ketidakadilan pemimpin sialan.

aku?
akan duduk disini.
memerhati cebisan-cebisan spirit zaman pengajian.
biar tidak dikutip, aku akan sentiasa tersenyum melihat kemenangan kalian!

#SalamPutrajaya13 www.tips-fb.com

April 04, 2013

Pertemuan singkat.


Bertentang mata hanya untuk 30 saat sahaja,
bikin getaran di jiwa,
dan senyuman dari kamu bikin terbit rasa suka,
moga-moga pertemuan seterusnya ,
aku sudah berada di gengaman tangan kamu .

Jujurnya aku sudah jatuh cinta pandang pertama .

Tumblr_mkqjsvg2yp1s9ir6ao2_500_large www.tips-fb.com

April 03, 2013

Mata



mengapa matamu
sering layu?
apakah qolbu
sentiasa pilu?





www.tips-fb.com

April 02, 2013

perlu sendiri

Kau perlu sendiri
Kau pelru berdikari
Kau perlu. Perlu
Kau ingat tangan yang menghulur tu
Akan terus menghulur ?
Terus terusan menghulur sampai kau mati ?
Jangan mimpi
Jangan pernah nak bermimpi
Silap hari
Bila kau sudah mampu mahu berdiri
Ditolaknya kau ketepi
Kau jatuh lagi
Salah siapa lagi
Kalau bukan diri sendiri?
www.tips-fb.com