May 31, 2013

Mustahil





Ada satu perkara
mustahil sama rata:
CINTA



www.tips-fb.com

May 29, 2013

Titik !


Harapanku moga ini titik permulaan yang baru dalam menempuh waktu yang mendatang , namun sangkaan aku silap titik ini tetap pegun dan terus bikin jiwa bertambah kosong hingga fikiran semakin serabut .. 

Aku sudah tewas sekarang! kalau aku ada pilihan untuk mati dan dihidupkan semula dalam tubuh yang berbeza maka tak perlu aku kenal manusia-manusia begitu . Tapi , titik aku tak boleh melawan takdir . Kalau aku buat , aku adalah manusia yang bodoh lagi tak reti bersyukur . 

Makanya titik ini aku harus sedar bahawa kesilapan itu tak mampu di ubah tapi di pelajari dan mengaku dengan diri sendiri bahawa itu kesilapan ianya lumrah alam yang tak akan lari dari seorang manusia . 

Dan pada titik ini aku harus terus melangkah dalam dunia Tuhan ini biarkan pandangan manusia yang penting pandangan aku pada Tuhan . Biarlah aku tak raih bahagia Dunia moga Akhirat sana aku jadi manusia yang paling bahagia . 

Titik . Amin . www.tips-fb.com

May 26, 2013

Hilang




kau semakin hilang,
kau bawa semua ilham.
lalu tinggal aku seorang,
air mata aku pendam.



www.tips-fb.com

May 22, 2013

Tidur


Tidak perlu kamu buka matamu
Tidak perlu kamu bangun dari tidurmu
Tidak perlu kamu keluar dari mimpimu
Biarkan aku di sini sahaja
Di sisi mu setiap malam
Melihat kamu tersenyum
Kerana hanya ketika kamu tidur
Dapat aku lihat senyuman paling manis
Milik kamu, selamanya.

Dan aku berharap
Senyuman itu masih kekal di situ
Saat matamu terbuka, tidurmu terjaga
Dan aku akan kekal berada di sisi.
www.tips-fb.com

May 19, 2013

Dan Malam Pun Menjadi Indah


Tiada yang sempurna,
Selagi hati kamu tidak pernah berkata cukup,
Jangan dibiarkan hatimu membeku,
Mungkin kamu boleh cuba biarkan ia mencair,
Dengan menerima cinta hangat dari aku,

Kamu mahu cuba?
Mari kita bersama cairkan hati mu itu.
www.tips-fb.com

May 15, 2013

Apa Guna?


Apa guna punya kehidupan tapi kau cepat mengaku kalah ?

Apa guna punya cinta tapi kau tak pernah belajar untuk setia ?

Apa guna punya keluarga tapi kau langsung tak pernah peduli akan mereka ?

Apa guna punya kawan tapi kau sering rasa kesepian ?

Apa guna punya bahagia tapi kau tak pernah merasainya ?

Apa guna punya harta tapi kau gadaikan pada yang salah ?

Apa guna punya impian tapi kau tak pernah berusaha untuk mencapainya ?

Apa guna punya akal tapi kau tak pernah ambil masa untuk menggunakannya ?

Apa guna punya segalanya tapi kau tak pernah rasa kesyukuran ?

Tak guna nak kata apa . Semuanya letak pada diri kau juga. Engkau yang rasa sesuatu perkara itu berguna atau tidak . Jadi daripada kau rasa segala dalam hidup ini sesuatu yang tak berguna baik kau tenang dan bertindak bijak fikirkan segalanya pada sudut yang berguna.



www.tips-fb.com

May 14, 2013

Lullabies

Sebelum kamu pergi malam ini
Tunaikan satu permintaan hati
Sing me to sleep, I'll see you in my dream
Waiting to say, "I miss you. I'm so sorry."

www.tips-fb.com

May 06, 2013

Pasca Perang



Kami pun rakyat juga,
Itu kau sudah lupa.

Buat yang gelabah,
Dulu kata kepada Tuhan kau serah.

Bila sudah kalah
Kenapa masih marah-marah?

Kenapa tidak gembira
Sebagai rakyat yang berjiwa negara?

Kemenangan cuma kuasa
Kekalahan ada tanggungjawab juga.

Telus, tipu, dosa, pahala,
Kau serah pada yang Esa.

Kerana kita cuma manusia.
.
.
.
.
.
Kerana kita cuma manusia.





www.tips-fb.com

May 05, 2013

Berserah ....







"Walau apapun keputusannya nanti , ,
itu sudah ditakdirkanNya. 
Kita semua hanya bisa merancang, 
bisa berusaha. 
Namun yang tetap berkuasa hanya Dia."

Walau apapun berlaku nanti, 
aku cuma harap kau dan aku tetap teman 
, bisa senyum, bisa bergurau. 
Walau sokongan kita berbeza.

Walau apapun berlaku nanti, 
moga masih ada nafas keamanan yang boleh ku hirup.
Itu saja aku harapkan Tuhan.





www.tips-fb.com

May 03, 2013

Untuk Lelaki Yang Aku Sayang



Sejauh mana kamu lari
sejauh itu aku pergi

Bukankan kita seorang;
engkau tubuh, aku bayang?


www.tips-fb.com

May 02, 2013

My Star



Like a star,
Adored from afar. 


www.tips-fb.com