September 30, 2013

Yang Tinggal



Yang ada cuma sekeping batu
Berdiri dan tertulis namamu.




www.tips-fb.com

September 26, 2013

Damn it!



Aku bengang,
pada diri sendiri yang tak pernah lelah mencintai kau,
sedangkan cinta aku hanya di pijak, dipermainkan dan dibiarkan..

Aku marah,
pada hati ini yang tak pernah cuba untuk buang kau dari dalam ,
sedangkan hati ini dirabak, di hancur dan di tusuk tanpa belas kasihan.

Aku yang bodoh,
tak pernah sedar sebenarnya aku bukan dicintai, 
cuma di jadikan permainan bila perlu.
bila tak perlu di tolak tepi..
apa nasib diri.
aku cuma mahu rasa erti dicintai.
jujur aku luahkan rasa.
setia aku janji pada dia,
tapi...........
ini balasan aku dapat.

Tuhan,
kirimkan aku kekasih yang baik hati.
yang mencintai aku lebih dari aku mencintai dia...



www.tips-fb.com

September 19, 2013

Kerana Aku Ini Qasy Yang Merindukan Senyumanmu.

Aku mendengar malam berbisik kepadaku
Mana perginya senyuman manisnya
Ingin aku melihatnya kembali terlakar di wajahnya
Rasakan cinta yang pernah memenuhi hatinya itu kerna
Aku tidak menemukan sebarang kebutuhan untuk melupakan senyuman manis itu

Selamat malam kekasih,
Yakinlah kamu agar mampu bermimpi seperti aku,
Apabila siang tidak lagi hadir dan yang tinggal cuma malam
Ketika itu aku akan terus menunggu kamu untuk muncul
Intai aku dari balik langsir tingkap yang sentiasa menantikan kehadiran kamu
Rasakan cinta yang ingin aku sampaikan kepada kamu
Ingin aku biarkan senyuman manis milik kamu kekal di situ dan ingatlah;
Namaku Qasy yang memuja senyuman manismu berbanding bulan yang indah.
www.tips-fb.com

September 18, 2013

Rabak!


Terima kasih kerana merabakkan hati ini lagi..

Padahal Ku pilih kamu jadi ......


Cinta terakhir!

www.tips-fb.com

September 12, 2013

Dasar Hati

Dan kau berusaha untuk menyelam
Jauh hingga ke dasar hati aku
Akhirnya nanti kau akan tahu
Yang dasar hatinya
Kering dan berdebu
Dan akan kau berjumpa
Dengan seorang lelaki usia separuh abad
Berdiri sambil ditemani tongkat
Dan berkata perlahan kepada kau
"Dasar hati ini kering dan berdebu bukan kerana aku sunyi, tapi kerana aku suka begini. Hiburkan aku jika mahukan taman bunga di dasar hati."

www.tips-fb.com

September 09, 2013

Pesan Akhir



"Aku pergi sekejap saja
Usah mengalir si air mata."
Itu pesan terakhir dia
Sebelum hilang buat selamanya. 






www.tips-fb.com

September 08, 2013

Bunga Bali



Di atas tangga Pura Beji 
Ada gadis berbatik Bali
Terselit di telinganya frangipani




www.tips-fb.com

September 03, 2013

awareness...


Kini aku kenal siapa kawan ,
siapa lawan .
Kini aku kenal siapa sahabat,
siapa musuh.
Kini aku kenal siapa patut disayang,
siapa perlu di buang ..
Kini aku kenal siapa yang terpenting,
dan siapa yang tak perlu langsung ada dalam hidup ini...

Kesedaran ini bikin aku bangkit dan terus berjalan mencapai cita-cita yang di mimpi....


www.tips-fb.com