December 15, 2014

Politik kini

Politik kini

Malaysia yang maju sudah tidak sama seperti dahulu
berpadu sama menuju ke alaf baru
tapi itu cuma dahulu
kerana yang ada kini hanya sandiwara manusia
yang disangka tuhan
rupanya babi di jalanan. 
sekian.



www.tips-fb.com

November 18, 2014

Jadikan Aku Burung

jadikan aku burung


Jadikan Aku Burung

Jadikan aku burung
Pasti aku terbang jauh
Rentas semua tanah datar
Rentas semua laut terhampar
Carikan sebuah destinasi
Terhindar dari duniawi
Persoalan...
Bisakah?
Mampukah?
Wujudkah?

www.tips-fb.com

November 08, 2014

Alam menjerit




Tangan yang membina ini
adalah juga tangan yang memusnah.
           Bina tamadunmu manusia!
           Runtuhkan pasakku!
           Hitamkan langitku!

Idea yang inovatif ini
adalah juga idea yang hiba.
          Ciptaanmu maju manusia,
          Hutanku luka!
         Sungai dan isinya derita!

www.tips-fb.com

November 05, 2014

Pendosa.


Kita manusia yang tak pernah lari daripada melakukan kesalahan. Dan untuk tiap kali kau sedar akan kesilapan yang telah kau lakukan itu, itu adalah pertanda bahawa Tuhan masih peduli sama kau. Tuhan masih beri peluang untuk perbetulkan silap itu.

hanya bila kita melakukan kesilapan. kita sesal akan segalanya. dan hanya dengan membuat perkara yang terlarang kita faham erti kembali pada Tuhan.

kita manusia sedaya upaya untuk mengelak. kalau iman hanya pasang surut. nafsu pasti tewaskan jua. tapi ingat bila kita sedar akan silap itu . jangan fikir panjang. jangan rasa segan. minta pada Tuhan agar masih beri kemaafan dan cuba elak elak daripada terjebak lagi.

kerna kita pendosa. www.tips-fb.com

November 02, 2014

MANAKAH TEMPATKU KELAK

MANAKAH TEMPATKU KELAK

Manakah Tempatku Kelak

mata cuma mampu berkelip
lidah cuma mampu ucapkan namamu
tiada lagi kudrat tulang empat kerat
manakah tempatku kelak
adakah dikelilingi bidadari indah
atau bersama azab yang sangat pedih

Manakah tempatku dan kamu kelak??? www.tips-fb.com

October 27, 2014

No 47 Saddening

As i was examining her, it became clear. Her sad eyes, her sad body, her sad life.

When i left the bathroom i kept on thinking about her. She had totally fucked up. And it was really sad that i cant do anything to help her.

That sad girl in the mirror.
www.tips-fb.com

October 20, 2014

Rare




While other girls share
About their nails and their hair
And what they should wear


That independent girl is rare
She just does not care.




www.tips-fb.com

September 30, 2014

Kawan Seribu Wajah

Kawan Seribu Wajah

topeng ciptaan manusia
terkadang berwajah jahat
namun di balik topeng itu
tersimpan seribu kebaikan

terkadang berwajah baik
namun di sebalik topeng itu
tersimpan seribu kejahatan

terkadang berwajah biasa
di sebalik topeng sama raut
cuma satu wajah
jujur...

mana satu kamu wahai kawan?
www.tips-fb.com

September 27, 2014

Ada nilai yang semakin dimamah kemajuan.

...Kelmarin, Adinda pakai baju yang sejarang-jarangnya, lengannya dan pakaian itu yang dibawa di tengah ramai. Kekanda percaya bahawa yang demikian bukan kehendak Hayati yang sejati, Hayati yang terturut kepada kehendak perempuan zaman kini. Mereka katakan itulah kemajuan,padahal kemajuan jauh daripada itu. Apakah tujuan kemajuan itu kepada perubahan pakaian sampai begitu, Hayati?

Hayati, kehidupanku! Pakailah pakaianmu yang asli kembali,lekatkan pakaian dusunmu. Maaflah Hayati, bahawa Hayati sangat cantik dan kecantikannya itu bukannya dibantu pakaian, tetapi ciptaan sejak dilahirkan.

Halaman 79
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Buya Hamka.1908-1981 www.tips-fb.com

cinta itu buta!


Kalau nilai cinta itu dilihat pada rupa.
mesti aku tak pernah memilikinya. 

tapi kerana cinta itu buta.
lalu si dia memilih aku seadanya.
bukan kerana dia tak mampu melihat dengan mata.
cuma hatinya melihat aku siapa.... 
www.tips-fb.com

September 19, 2014

Solusi tiada.

Mahu salahkan siapa
jika langit semakin keruh warnanya?
jika matahari kian malap sinarnya?
jika hutan semakin nipis?
dan jika laut semakin tersumbat dan mati hidupannya?
mahu salahkan siapa?

Kembang kempis hidung kita
melaung:
Kita sayang Malaysia!
Kita merdeka!
Kita bebas!

Sayangkah kita dengan Malaysia
jika sampah masih kita buang di sungai, laut dan bakau?
Bebaskah kita
jika kita masih mengurung Malaysia dengan tepu asap pencemaran?
Merdekakah kita jika hutan masih kita jajah dan teroka?

Sedih.
Sedih melihat bumi tua ini.
Sayangnya saja di mulut-mulut.



Fazikapuspa,
Kuantan.












www.tips-fb.com

August 29, 2014

Angau



aku mahu

nafasmu 
menjadi sedut nyawaku

baumu
menjadi wangi tubuhku

suaramu
menjadi lagu tidurku




www.tips-fb.com

August 22, 2014

Baumu


Rugi rasanya jika berpeluh
Pabila baumu terlekat di tubuh






www.tips-fb.com

August 05, 2014

Di Celah-celah Awan




Di celah-celah awan
Kau lihat aku dari kayangan
Sambil senyum di sisi Tuhan






www.tips-fb.com

July 24, 2014

Rosak

Kamu seperti gula-gula Di tangan seorang Patung yang rosak Seperti saya



www.tips-fb.com

July 16, 2014

Heart



Heart sank deep


Deeper than your condolences.



www.tips-fb.com

July 07, 2014

Yang Lalu

Ada hal dalam hidup ini yang kalau dikenang,
Memberi bahagia,
Tersenyum dan riang,
Hati senang.

Namun...

Ada juga hal dalam hidup ini yang kalau
dikenang,
Membawa duka.
Menangis dan derita.
Hati sengsara.

Seperti masa silam yang takkan terulang,
Atau kenangan lalu yang hanya tersimpan sendu.

 
...terdiam aku beku tanpamu, dimanakah letak hatimu?
 
 

www.tips-fb.com

June 20, 2014

Tiada Tuhan yang disembah,

Siapa kita?
Manusia-manusia ahli dunia hari ini,
dan ribuan tahun yang sudah lalu.

Manusia-manusia yang hidup selepas Muhammad, manusia agung yang menerima wahyu menyebar agama terakhir dari TuhanNya Yang Satu.

Manusia-manusia itu berbeza warna kulit, berbagi bangsa, berbagi agama, berbagi tanah, terbagi segalanya.

Kristian, Hindu, Buddha, Yahudi, Muslim.
Atau lambang-lambang mereka, 
semua.

Terjajah oleh suatu kuasa, 
bukan Tuhan berbagai agama.
bukan warna berbagai bangsa.
bukan kuasa senjata negara.
bukan siapa-siapa.

Cuma helai-helai kertas bercetak nombor, tuhan sembahan manusia-manusia penganut Agama Ekonomi

www.tips-fb.com

June 19, 2014

si tumit tinggi

jalannya megah,
jasadnya mengah.

pasaknya giur,
permatanya gugur.

matanya manis,
diamnya menangis. www.tips-fb.com

March 25, 2014

Kata-kata Manis



"Kau macam madu, 
manis yang mengubati.
Dia macam gula,
manis memberi mati."




www.tips-fb.com

March 09, 2014

Jagoan Terbang




Jika sang jagoan harus terbang
Lepaskannya pergi dengan tenang



www.tips-fb.com

February 06, 2014

T.R.U.S.T!


Bila kepercayaan diberi.
telah dirabakkan.
hati terluka.
jiwa berduka.

dan lebih parah.
si dia yang diberi kepercayaan.
akan sukar untuk mendapat nilai berharga itu lagi.

Mati!


www.tips-fb.com

February 03, 2014

.::Dendam::.

Inikah dendam
bila semua yang ingin kulihat
adalah deritamu.

Inikah dendam
bila semua yang ingin kudengar
adalah tangisanmu.

Inikah dendam
bila semua yang ingin kuucapkan
adalah it serves you right!

Karma.
www.tips-fb.com

How Can I?




how can I love you
whilst hating myself is all I do?



www.tips-fb.com

January 11, 2014


<3

A story to me means a plot where there is some surprise. 
Because that is how life is - full of surprises 



www.tips-fb.com