September 30, 2014

Kawan Seribu Wajah

Kawan Seribu Wajah

topeng ciptaan manusia
terkadang berwajah jahat
namun di balik topeng itu
tersimpan seribu kebaikan

terkadang berwajah baik
namun di sebalik topeng itu
tersimpan seribu kejahatan

terkadang berwajah biasa
di sebalik topeng sama raut
cuma satu wajah
jujur...

mana satu kamu wahai kawan?
www.tips-fb.com

September 27, 2014

Ada nilai yang semakin dimamah kemajuan.

...Kelmarin, Adinda pakai baju yang sejarang-jarangnya, lengannya dan pakaian itu yang dibawa di tengah ramai. Kekanda percaya bahawa yang demikian bukan kehendak Hayati yang sejati, Hayati yang terturut kepada kehendak perempuan zaman kini. Mereka katakan itulah kemajuan,padahal kemajuan jauh daripada itu. Apakah tujuan kemajuan itu kepada perubahan pakaian sampai begitu, Hayati?

Hayati, kehidupanku! Pakailah pakaianmu yang asli kembali,lekatkan pakaian dusunmu. Maaflah Hayati, bahawa Hayati sangat cantik dan kecantikannya itu bukannya dibantu pakaian, tetapi ciptaan sejak dilahirkan.

Halaman 79
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Buya Hamka.1908-1981 www.tips-fb.com

cinta itu buta!


Kalau nilai cinta itu dilihat pada rupa.
mesti aku tak pernah memilikinya. 

tapi kerana cinta itu buta.
lalu si dia memilih aku seadanya.
bukan kerana dia tak mampu melihat dengan mata.
cuma hatinya melihat aku siapa.... 
www.tips-fb.com

September 19, 2014

Solusi tiada.

Mahu salahkan siapa
jika langit semakin keruh warnanya?
jika matahari kian malap sinarnya?
jika hutan semakin nipis?
dan jika laut semakin tersumbat dan mati hidupannya?
mahu salahkan siapa?

Kembang kempis hidung kita
melaung:
Kita sayang Malaysia!
Kita merdeka!
Kita bebas!

Sayangkah kita dengan Malaysia
jika sampah masih kita buang di sungai, laut dan bakau?
Bebaskah kita
jika kita masih mengurung Malaysia dengan tepu asap pencemaran?
Merdekakah kita jika hutan masih kita jajah dan teroka?

Sedih.
Sedih melihat bumi tua ini.
Sayangnya saja di mulut-mulut.



Fazikapuspa,
Kuantan.












www.tips-fb.com