November 18, 2014

Jadikan Aku Burung

jadikan aku burung


Jadikan Aku Burung

Jadikan aku burung
Pasti aku terbang jauh
Rentas semua tanah datar
Rentas semua laut terhampar
Carikan sebuah destinasi
Terhindar dari duniawi
Persoalan...
Bisakah?
Mampukah?
Wujudkah?

www.tips-fb.com

November 08, 2014

Alam menjerit




Tangan yang membina ini
adalah juga tangan yang memusnah.
           Bina tamadunmu manusia!
           Runtuhkan pasakku!
           Hitamkan langitku!

Idea yang inovatif ini
adalah juga idea yang hiba.
          Ciptaanmu maju manusia,
          Hutanku luka!
         Sungai dan isinya derita!

www.tips-fb.com

November 05, 2014

Pendosa.


Kita manusia yang tak pernah lari daripada melakukan kesalahan. Dan untuk tiap kali kau sedar akan kesilapan yang telah kau lakukan itu, itu adalah pertanda bahawa Tuhan masih peduli sama kau. Tuhan masih beri peluang untuk perbetulkan silap itu.

hanya bila kita melakukan kesilapan. kita sesal akan segalanya. dan hanya dengan membuat perkara yang terlarang kita faham erti kembali pada Tuhan.

kita manusia sedaya upaya untuk mengelak. kalau iman hanya pasang surut. nafsu pasti tewaskan jua. tapi ingat bila kita sedar akan silap itu . jangan fikir panjang. jangan rasa segan. minta pada Tuhan agar masih beri kemaafan dan cuba elak elak daripada terjebak lagi.

kerna kita pendosa. www.tips-fb.com

November 02, 2014

MANAKAH TEMPATKU KELAK

MANAKAH TEMPATKU KELAK

Manakah Tempatku Kelak

mata cuma mampu berkelip
lidah cuma mampu ucapkan namamu
tiada lagi kudrat tulang empat kerat
manakah tempatku kelak
adakah dikelilingi bidadari indah
atau bersama azab yang sangat pedih

Manakah tempatku dan kamu kelak??? www.tips-fb.com