October 25, 2010

Salam Perjuangan...

Dalam perjalanan mencari konklusi,
Sebuah perjalanan penuh duri,
Kau harus berkolabrasi dengan hati,
Kau perlu kuat menentang provokasi...

Semusim berjalan penuh cerita,
Ada perang sudah disedia,
Jangan kau tewas.!!

Ini cuma sebuah aturan...
Aturan yang dicipta sengaja...

Jadilah kau armada,
Jadilah kau prajurit,
Jadilah kau kesatria,
Jadilah kau pahlawan,
Jadilah kau pendekar,

Berpencaklah penuh gaya,
Semoga kau menang dijulang gembira....=)

---Good luck untuk final kawan2......---
www.tips-fb.com

aku. cinta. diam. (crush)

aku tak sedar
tapi aku sudah cinta kau
dalam diam.

aku tak sepatutnya
tapi aku sudah cinta kau
dalam diam.

aku tersenyumkan
kerana aku sudah cinta kau
dalam diam.

aku tertanyakan
apa ada cinta kau
walau dalam diam?

aku berharapkan
seluruh pahit kau
aku berjaya diamkan.

aku berhasratkan
cinta ini
yang kau tunggu dalam diam.

aku tertenungkan kau;
cinta aku,
membuat aku terdiam dari amarah.

aku bersengih
membaca bait bait cinta kau(yang bukan untuk aku)
aku melaku diam dan senyum.

segalanya aku diamkan.

cintakan kau juga bukan sengaja.
aku menegur kau,
sekadar hanya semata.

tapi kau bikin aku harap kau aku punya.
dan aku terharapkan.
tapi aku terdiamkan.
kerana aku cinta kau.


*imaginasi mencari duduk* www.tips-fb.com

October 24, 2010

Hati

yang terbias,
kau kutip sambil memegang yang masih utuh.

belum pun cukup serpihan itu,
belum pun cukup untuk kau cantum,
kau jumpa lelah.

kau terlepaskan semua;
yang terbias,
yang masih utuh,
semua kau hempaskan.

hati tadi; satunya yang utuh,
jatuh, terlepaskan, tak terpegangkan,
di tanah, bergulingan.

serpih-serpih lain yang masih belum dicukupkan,
belum disempat jejaki tanah,
telah terbang dibawa angin;
terbang menjauh. www.tips-fb.com

Kunci

kunci pintu itu ketat
mangga dari dalam
kunci buang ke laut


jangan pernah buka
hingga selesai segalanya
jika tidak


kamu selamanya gagalis! www.tips-fb.com

Martini

hey hey segelas martini
bikin sama vermouth dan gin
letak sebiji zaitun lagi
beri sama si gadis Evelyn

hey hey segelas martini
hias dengan kulit lemon
ini duit daddy beri
tempah itu bilik Hilton

hey hey segelas martini
minum hanya lepas kerja
bukan niat cari bini
cuma untuk suka-suka www.tips-fb.com

i n d a h


mukanya sayu menunduk pilu,
dan dia berkata.

" sayang, maafkan aku
sebab tiada yang baik dalam diri ku untuk kau.
penuh limpah cela diri ku ini."


aku senyum dengan bahgia.

"tiada sempurna dalam manusia
cuma menerima yang boleh membeza
diri mereka sesama."


dia mahu menindas kata itu
namun celah ku pada nya.

"sayang, kalau semua itu sempurna
nescaya tiada indah dalam kata
tiada pujuk dalam rajuk
dan tak akan mungkin aku dengan mu."


raut wajah berubah keliru
dia bertanya maksud sebenar kata itu.

"apa pasti kau itu yang terjadi ? "


ku senyum lantas erat tangan nya ku genggam.

"tidak. kerna bukan kerja ku memastikan semua
cuma akal yang membaca
hidup kita di dunia cuma seketika
terima lah apa pun yang ada
sebelum sesal menimpa bila ia tiada."


terus laju dia dakap ku
ku sambut dengan ceria.

"aku juga tak mahu kau hilang
kerna kau perkara yang terindah yang pernah berlaku
tak mungkin aku lepas begitu
akan ku jaga kau indah seperti salju itu,sayang."



episod ini terus berjalan dalam masa.

www.tips-fb.com

miscom

diam diam
kau curi masuk sini
kunci dari dalam
dan enggan keluar lagi.

senyap senyap
aku curi keluar
aku tutup ketat ketat
dan enggan masuk lagi. www.tips-fb.com

October 23, 2010

Kemanusiaan Akhir Zaman

Rasa yang menyusup pejal dari belebas batin,
tiba-tiba menyelongkar hebat isi-isi dunia,
dari yang patah berkangkang ngeri pada saat jatuh,
seriaunya bertaut kukuh dalam getaran padu.

Ketakutan ; asas naluri makhluk lemah,
di atas satu kekuasaan ia menunduk malu,
buih-buih insaf yang rapuh bakal hancur,
terbebas sedikit-sedikit ke atmosfera dingin.

Manusia yang pernah lahir bogel dulu,
kini hidup bertelanjang dalam rakus ;
mengejar duniawi ilusi.
www.tips-fb.com