November 02, 2010

dan bila hujan di sini

dan bila musim hangat kembali kelmarin,
aku lihat kau tersenyum..
hati aku kembali hangat
sehangat alam.

dan semalam,
saat kau pergi
lupus terus senyumku
dibawa angin sejuk monsun.

dan bila,
musim dingin kita kembali
kita masih sama.

.
.
.

dan bila kau kata kau cinta,
aku bahagia. www.tips-fb.com

5

lima jam,
dan masa terus berjalan.

lima jam,
nafasku bakal terhenti.

lima jam,
tidak ada istilah tunggu.

lima jam,
tidak kenal erti ketakutan.

lima jam,
ketenangan bagai si buta mencari jalan keluar.

lima jam,
penentu hidupku akan datang.

duniaku kini,
terpisah antara lima jam bermula dari sekarang.

p/s: Allah bantulah aku. 
www.tips-fb.com

dan...

dan...
Stanza itu pun bertari
bukan dengan pena
bukan atas kertas

dan...
Stanza itu pun bertari
liar...

dan...
Stanza itu pun bertari
ikut melodi kita
dengan lagu-lagu gila
dengan puitis-puitis selamba

dan...
Stanza itu pun bertari
atas pentas seni
dengan cerita sendiri...

:)

p/s:Salam perkenalan. Posting pertama dari saya orang baru disini.. :) www.tips-fb.com

November 01, 2010

Arjuna Hati

aku yang salah
tidak kenalimu lebih mendalam
tidak cuba tawan hatimu dengan cinta
tidak takluki seluruh jiwa ragamu selayaknya


aku yang salah
tidak mahu dengar kata
hanya ikut kepala sendiri saja
tidak mahu dengar nasihat kau Sang Pencinta
aku degil 


lalu kau pergi menjauh
cari ketenangan hatimu sendiri
dan biarkan aku di sini 
termanggu sepi


kelmarin kau kembali


aku seperti dipetir
jantung aku berhenti berdegup
mataku terpaku
nafasku celaru


:)


terima kasih sayang kerana wujudkan
peluang kedua buatku


aku yang khilaf ini sudah sedar


aku janji aku ubah yang buruk ku pada baik
kerna aku tahu ia demi masa depan kita


sungguh
aku cinta kamu!


mula hari ni saya kene belajar
ucap I Love You atleast sekali sehari
ucap I Miss You juga atleast sekali
ucap...dan itu yang paling sukar dilakukan


www.tips-fb.com

orkid ungu

pagi tadi
bangun tidur
terus aku tersenyum.


orkid ungu
kau indah
kau berbeza.


kau bukan ros
yang wangiannya menjadi pujaan
bahkan kau tiada bau
yang ada hanya wangian ketenangan.


entri cepat dan pantas buat kepuasan diri sendiri.
p/s: orkid ungu itu bunga yang betul dan memang wujud di atas
meja belajarku :) cantik.
siapa suka orkid?angkat kening kiri :D
www.tips-fb.com

Generalnya,.

salah dunia,
kau nampak luar dalamnya.
kau tuding jari sini sana.
umpama pisau tajam menghunus hati-hati tidak berdosa.

salah sendiri,
kau simpan sembunyi sampai mati.
biar kau sentiasa nampak suci.
pathetic.

ini kenyataan general dalam dunia hari ini.
dan,aku pon tak terkecuali. www.tips-fb.com

SEMPIT

Minggu yang baru bermula
dan malam yang masih muda
tapi di tangan ini,
rokok terakhir www.tips-fb.com

i n g i n m u


ku atur dalam senarai ini semua
dari yang satu sampai akhirnya
walau kau bermanja dek sengaja
ataupun kau pinta dengan mahu
kudrat dan peluang nan terbuka
tetap pun ku cuba tunaikan itu
kerna kasih padu yang memaksa
dan cinta satu yang merela, sayang.




ku kan tetap cuba selagi punya masa

www.tips-fb.com