January 05, 2011

s t a n z a


sikap tak adil kalang semua memang ada
lebih lagi kalau mereka yang membina

senanglah nak pijak kepala
senanglah nak jatuh menghina
barislah semua yang baik di depan
yang buruk kau susun cantik pelan
tambah sikit bisik mengipas di cuping
biar nampak seakan-akan berpusing

susah kalau mata berguna
tapi hati di dalam membuta.









untuk terasa~

www.tips-fb.com

January 04, 2011

cara aku.

campak itu,
buang semuanya,
itu cara aku.
jangan kau nak persoalkan.!
bukan kerna aku membenci,
bukan kerna aku menjauhi,
hanya kerna itu cara aku.


kau tak suka ?

aku peduli apa ??! www.tips-fb.com

.::Takut::.

Kalau mahu
bisa kutembak
walau aku hanya punya satu peluru
kupasti kau tak mampu mengelak.


Kau terlalu ralit
hingga kau lupa
aku di sini.


Tiap kau memandang
aku hanya mampu menoleh jauh
bukan kerana terpana
hanya kerana satu perkataan
takut.


Aku takut 
andai tidak bisa melihat 
sirna dari matamu
kerna aku yakin ia sudah luput. www.tips-fb.com

Lari

"Lari!! Lari, sayang!!"

Dan aku;
berlari sekencang-kencangnya.

Persis Antelop menyelamatkan nyawa,
dari terkaman Raja Rimba di savannah.

"Lari!! Lari, sayang!!" www.tips-fb.com

. . . .

Kadangkala aku ini bodoh juga,
Pergi berdoa pada yang ESA,
Agar dilupuskan segala ingatan,
Terhapus semua keperitan,
Hilang semua kesedihan,


dan


apabila bangun di pagi hari,
semuanya ceria,
kerna tiada 1 pun ingatan tentang kamu
yang ada didalam kotak fikiranku.
alhamdulilah. :)





*kabut menulis. www.tips-fb.com

sampah

Buangkan saja semua itu,
Buat apa disimpan lagi?
Bukan boleh dibawa mati. !
Jika disimpan dalam hati,
Sampai tersemat dalam diri,
Boleh sampai membunuh diri.



*hati mati www.tips-fb.com

no.

No,he's NOT.you are no different.that was the biggest mistake in my life.i am mention YOU not HIM.seriously. www.tips-fb.com

Sedia!

Dunia,
aku sudah sedia.

Bentangkan cabaranmu,
aku siap untuk menangis dan ketawa.

Darah yang kau rasakan muda
sebenarnya perlahan-lahan menjadi dewasa.

Bukan beluncas menjadi rerama
tapi aku masih mampu terbang juga!

Percayalah dunia,
aku berkobar dan semangatku membakar.

Aku kini memecut
bukan lagi menghinjut.

Dunia,
aku,sesungguhnya
sudah sedia.


www.tips-fb.com