March 12, 2011

Cukuplah!

hari ini kau membabikan aku
kau celakakan aku
kau rasa kau hebat kau terbaik
kau rasa kau MULIA 
hingga aku kau anggap HINA


setidak-tidaknya
aku pernah membahagiakan kau
hingga buat kau lupa pada sakit kau


setidak-tidaknya
aku pernah bagi kau harapan dan sinar 
untuk kau lawan kesakitan tu


sekarang


aku tak nak tahu hidup mati kau lagi
aku tak nak tahu apa saja tentang kau


cukup-cukuplah kau lempar semua rasa sakit itu pada aku 
cukuplah!


* semoga TUHAN ampunkan kau dan berikan hidayat pada kau. sememangnya kau MIMPI NGERI aku! *



www.tips-fb.com

March 11, 2011

sakit itu nikmat

bila bala datang sikit,
kau asyik mengeluh,
"apalah dosa aku sampai jadi macam ni?"
tapi,
bukan sepatutnya kau cakap macam ni ke ?
"banyak sangat dosa aku buat,tu bala tak henti-henti datang"
ataupun,
kau yang memang dah lupa?
bahawa sakit itu nikmat,
sakit itu pahala,
sakit itu penghapus dosa?





*sama-sama la kita bertaubat . www.tips-fb.com

March 10, 2011

tengok betul-betul

Jangan tengok macam mana kau sakitkan aku,
Tengok macam mana aku sakit.
seronok bukan ? www.tips-fb.com

March 09, 2011

The Pearl.

There was a little girl
She often sat by the river
Watching the sun between her fingers
Wondering if she could get there by summer.


She cried
She wept
She mourn
Why did everything went so wrong?
Would it be better if I just be gone?


But she couldn't.


Fear not my dear,
For things'll be better
As soon as you dry up your tear.


Gather all your
Frustrations and disappointments,
Shames and blames,
Angers and fears,
Trap them under your thick skin
Then wait till they become a thing.


A pearl.


That little girl grows older
She sits by the same flowing river
Falls upon her knees
With a smile painted nicely.


She whispers to the wind,
No more a grumbler would I be
Cause I have found that pearl inside of me.



"Pearls are formed inside the shell of certain mollusks as a defense mechanism against a potentially threatening irritant such as a parasite inside its shell, or an attack from outside, injuring the mantle tissue. The mollusk creates a pearl sac to seal off the irritation."

-Wikipedia
www.tips-fb.com

March 07, 2011

complete package

aku ni memang tak secantik dia,
memang sangat pasti tak se "HOT" dia,
tapi,
aku ada maruah,
takkan aku nak pergi balik,
dekat oarng yang dah ludah aku?
kalau aku buat macam tu,
dah la dengan muka aku yang tak cantik ni,
nampak sangat aku perempuan murahan,
-COMPLETE SET-
kau apa tahu ? www.tips-fb.com

March 04, 2011

Debu Kotor

Alam mula berpusing seperti gasing tanah mencucuk,
Seiring pusingnya bila sang semangat menusuk,
Bukan isim yang ganas  merasuk,
Tapi sang zarah yang terus membusuk,


Mulalah dia meracau menyengih senyum,
Mulalah dia benda hangit wangi yang dicium,
Mulalah dia geraknya huyung,
Mulalah dia jalannya ditiup beliung,


Gara-gara si debu kotor itu,
Banyak noda berlaku tanpa malu.


Tercetak dalam dada naskah,

Tersiar di kotak imej bercahaya,
Terbicara dari bunyi peti bersuara,
Berlegar luas di talian ilusi maya,

Kisah nyawa segar dihurung sampah,
Asalnya dari dua insan beradu resah,
Yang satu tak mengaku dialah ayah,
Yang satu malu terkandung haramnya darah.

Cerita si anak dibaham serakah,
Si cucu dibuas oleh atuk lintah,
Si pagar yang galak memamah padi,
Hilang percaya pada darah sendiri,

Tragedi berdarah lagi menambah ngeri,
Nyawa persis sampah tak bernilai lagi,
Hitam belulang dijilat bara kayu berapi,
Si anak di rumah bersendu hati.

Jadi seram bila duduk koloni sendiri,
Debu itu jadi pentas syaitan menari,
Jadi kuasa menggerak nadi insani,
Bertukar hitam dari warna merah hati.

Bangsa kian hancur,
Negara kian lebur,
Sang penghidup bermeditasi perlu bertempur,
Berperang habisan dengan sang debu kotor.....
www.tips-fb.com

March 02, 2011

kilan

nanti!
jangan gelarnya pelupa.

keping keping risau sang bonda dikumpul
lalu dibikinnya manuskrip.
diulang bacanya,
sebak. www.tips-fb.com

March 01, 2011

Permata Buatan Alam

Ambar mimpi,
            silau menguning,
                 mungkin tak secantik;
                         zamrud hijau,
                             berlian putih,
           atau delima merah.

Namun;
        dalam mimpi,
              yang memperlahan masa,
                  ia melarut bersama abadi,
       sebuah indah berbeza.

Sama seperti;
     impian kita,
         untuk kekal bersama.

Ambar mimpi;
             bukan cuma fosil,
                 ia pengakuan alam,
           atas Kuasa Yang Menganugerah Segala Kecantikan. www.tips-fb.com