April 05, 2011

tandus


‘Adakah perlu masa itu kita bilang silam
Untuk mereka yang pergi
Itu pastilah kata akhir hidup di dunia.
Untuk kita si hidup menunggu mati
Kisah yang belum tentu cinta ini
Terseksa rasanya’
 
 
www.tips-fb.com

untuk kau-

kata kau sudah lama bersahabat dan berteman dengannya,
jadi memang sudah sampai masanya,
yang busuk dan buruk semunya nampak nyata,
jadi sampai satu ketika kau mahu meminggir,memulau dan menghindarinya?
aku bukan mahu membangangkan apa yang kau buat,apa yang kau kata,


manusia tetap manusia,
itu semua celaka !dusta belaka! www.tips-fb.com

inidiarindusiasia

tidak aku fikir itu lucu
wahai kamu yang ditepi bucu rindu
yang akan menikam nikam aku
dengan duri rindu palsumu.

jauh beribu batu
aku sematkan rindu
tanpa tuju
untuk kamu yang tidak wujud.

sendu.

tuhan, maafkan aku,
direlung rindu
tanpa restumu.. www.tips-fb.com

April 03, 2011

untitled. (:

awak tu awak,
saya tu saya,
sayang tu makrifat,
makrifat tu ghaib,
sayang tu ghaib,
sayang ada tapi ghaib,
boleh nampak walau ghaib,
tak boleh peluk sebab ghaib,
peluk guna mata hati,
mata hati je boleh nampak benda ghaib~~


*awak (:,terima kasih.
www.tips-fb.com

u n t i t l e d


berikan aku pena untuk aku cerita
semua kisah bersama bermulanya kita

walau berhabis dakwat
walau di endah penat
kisah itu tak akan tamat
kisah itu tak akan tersekat
lontarlah keji kepada ku
campaklah cela kepada ku
tak akan ku berhenti menjaga indah itu
tetap ia satu

tetapi
telah sampai masa konklusi
bila kau mengambil pena tadi
aku mati
berjalan sendiri seakan sunyi
ditemani suram yang bermimpi

tersadung aku dengan longgokkan manis
yang kau renyuk setelah aku menulis
diharap tangan menyambut kembali berdiri
namun aku terduduk mengenang kita sepi
ada yang melihat bayang ku tegak sendiri
gagah bersahaja dengan hati seakan besi

sebalik itu
aku masih terdiam bisu
duduk mengerang sayu

terpalit semua basahan dakwat cerita
yang masih baru dicoret di kertas cinta
kotorlah aku berhitam bahagia
jijik dipandang sebelah mata
kalung derita dipacak di dada
menjadi bukti aku pereka cela

tabik hormat di angkat tinggi kepada mu
tanda terima kasih untuk nafas terakhir ku














terbiar berkesan ditinggal dengan pilihan~

www.tips-fb.com

m e m o i r


ada cerita tentang aku dan dia
dan kita bersama saat dulu kala
ada cerita tentang masa yang indah
saat kita berduka saat kita tertawa

waktu terasa semakin berlalu
tinggalkan cerita tentang kita
akan tiada lagi kini tawamu
untuk hapus semua sepi di hati

teringat di saat kita ketawa bersama
ceritakan semua tetang kita














by, "Peterpan - Semua Tentang Kita"

www.tips-fb.com

April 02, 2011

jangan tarik aku balik ke bumi!

setiap hari aku pandang langit. 
dan setiap kali aku pandang langit aku nampak dia. 
aku lihat dia senyum. aku terpesona.
kerana langit itu indah dengan kehadirannya. 
tiba-tiba dia hulurkan tangannya, hulurannya aku sambut. 
kemudian aku dia bawa ke sana. 
aku teruja, 
aku dapat lihat langit yang indah itu dari dekat, 
bersama dia sebagai teman. 
kami berpandangan. saling berbalas senyuman. 
aku mahu berada di sana lebih lama 
agar aku sentiasa menatap langit indah bersama dia. www.tips-fb.com

April 01, 2011

Harap Sang Pendosa

Duhai Tuhan.

Mata hina yang di dunianya celaka,
di akhirat jangan kau jadikan buta.

Biar
rindu melihat wajahMu
di hujung nanti
bersudah cinta.





Please,Allah. www.tips-fb.com