August 09, 2012

Dan Bukan Seperti Kamu, Aku Menunggu Untuk Sebuah Jawapan Yang Tak Pasti


Dan mungkin aku terlupa untuk bertanya
Apa yang sering ku berfikir
Kurangnya di mana untuk aku mencintai
Atau mungkin imaginasi aku terlalu tinggi
Hinggakan untuk mencintai mu di dalam imaginasiku
Kelayakan itu tiada untuk aku

etiap malam aku ke mari
Hanya untuk menunggumu, dan menunggu lagi
Untuk mengambil perhatian kamu
Cukup sekadar tahu aku ada
Dan bukan halimunan pada dunia
Sekurang-kurangnya tidak pada duniamu

Tapi sayang, semuanya hanya mimpi
Mimpi untuk memberi cinta suci pada mu
Untuk kekalkan senyuman itu disitu
Dan barangkali aku tidak akan pernah
Walau jauh di sudut paling dalam hati aku
Aku akan sentiasa ada disini
Tidak pernah putus menunggumu

Dan disaat kau palingkan pandanganmu
Kedengaran bunyi kaca jatuh
Berselerakan di atas lantai
Oh aku silap
Bukan kaca
Tetapi,
--- hati aku.

www.tips-fb.com

August 08, 2012

no 37 700 tahun



bulan ini bulan hantu . orang bilang roh orang yang sudah mati akan pulang ke rumah . aku tidak pasti kebenarannya jadi aku berjalan seorang diri ke terowong aku dan dia . tempat di mana tempat kami sering bertemu . tempat kami pertama kali bertemu . tempat kami pertama kali bersentuhan bibir . tempat kami mengumpul kebencian orang . tempat aku tidak mampu melindungi dia dan tempat dia hilang satu satu nya nyawa .

aku dengar ada orang panggil nama aku .

"wan"

aku toleh belakang . aku nampak ada satu sosok tubuh perempuan yang aku mungkin pernah lihat . tapi sosok tubuh itu jauh . wajah perempuan itu tidak jelas .

"wan"

suara itu berulang sekali lagi . aku pasti itu suara nya jadi aku pandang tepat pada satu kawasan di wajah perempuan itu . semakin lama wajah nya semakin kelihatan . dia semakin dekat dengan aku . aku kenal wajah ini . mata ini . hidung ini . bibir ini . wajah ini wajah dia .

"ananda?"

aku suara kan kerunsingan aku . dan wajah itu mengukir senyuman . senyuman yang telah lama aku nanti nanti kan untuk aku lihat kembali . senyuman yang paling manis dalam dunia . senyuman  yang menemani kala aku di maki ayah , kala aku tidak dihirau emak . senyuman yang memberi aku sokongan paling kuat untuk teruskan hidup yang macam tahi .

"wan,ini aku.ingat?"
"ya,aku ingat. tak pernah aku lupa. kau, aku rindu"

dan dia tersenyum .

"kau pulang betul betul kali ini?"

dia masih lagi tersenyum . dan dia terus hilang . seperti lalang ditiup angin . terbang dan entah kemana . aku terus berdiri tegak di situ . kaku . menunggu jawapan yang aku sendiri enggak pasti jawapannya .

bulan ini bulan hantu . orang bilang roh orang yang sudah mati akan pulang ke rumah . 

- Extasiey, 25 Jun 2010
www.tips-fb.com

menunggu II

sakit
menanti dalam seksaan
pusing
kau tetap fikir pasal dia
bila mau move on?

ini bukan cerita tentang kesetiaan.
ini tentang kebodohan.
ini tentang kelukaan.
yang terdalam.

monolog:
bodoh?
memang.
sakit?
memang.
rasa celaka?
tak.
sebab?
aku suka dia.
hati aku untuk dia.
jangan jadik bodoh lah bangang!


p/s:
bila meletakkan hati pada orang yang salah, memang beginilah ceritanya. www.tips-fb.com

August 07, 2012

w a r k a h


bagaimana hendak ku luahkan
baris kata daripada perasaan
setelah kau menutup kenyataan
setelah kau menidak kemungkinan
aku di sini?
terkedu kebingungan.
kisah dulu yang pernah kau lakar
tapi aku tiada dalam lakon layar
lantang kau ungkap dalam sedar
aku mendengar sambil menyangkar
untuk apa?
mengelak dari dilanggar.
namun semua yang ternyata
tidak lagi kau rasa
kerana takut; kau kambus semua
percayalah kata pujangga
isilah dengan daya pada semua hendakmu
dan akhirnya, baru diserah kepadaNya.
mengapa?
kerana cinta. selamanya.









jangan berhenti usaha, kelak dijawab olehNya~




www.tips-fb.com

August 05, 2012

Sembuh



Biar aku sapu madu
Di luka jiwamu
Yang aku hiris dulu

www.tips-fb.com

August 04, 2012

menunggu.

berapa lama untuk seseorang tu menunggu untuk terus dianggap dia sedang menunggu? www.tips-fb.com

August 03, 2012

Kerana Dia Lebih Gembira Menari Di Dalam Hujan Lebat


Dan titisan air hujan menitis ke cermin
Memecahkan kesunyian pagi itu
Percikannya sesekali terjatuh ke riba ku
Di kala aku berteleku di tingkap bilik
Melihat dia di hadapan rumah ku
Gadis berskirt putih krim
Sedang menari sendirian
Di dalam hujan lebat

Dia kelihatan sangat gembira
Dia tersenyum puas sambil menari
Senyuman itu kekal bercahaya
Di dalam suram hujan
Adakah dia menari kerana gembira
Atau mungkin dia menari untuk menghilangkan kesedihannya

Dan akhirnya dia keletihan
Menari di dalam hujan
Dan aku terlihat dia mengesat air matanya
Lalu aku berfikir
Ada kah ini air hujan
Atau air mata mu yang naik ke awan dan turun membasahi diri mu
Dan kamu menari di atas kesedihan mu itu?

www.tips-fb.com

August 01, 2012

Kerana Bulan Tidak Pernah Meninggalkan Langit Di Waktu Malam


Dan aku terlihat
Sepasang sayap putih
Terbang ke daratan ini
Mendekati gadis yang menangis dalam doanya
Dan memeluk jiwa  yang membeku
Kesejukan

Dan aku terdengar
Esakan perlahan;
---suara rindu
Memenuhi setiap ruangan yang berudara
Dan menarik aku untuk bersama
Berkongsi tangisan bersamanya
Hilangkan sedunya malam ini

Dan aku terpandang
Di sudut paling hujung sebelah sana
Sepasang sayap putih
Sedang tersenyum melihat aku
Dan dia langsung terbang ke atas semula
Bersama doa si gadis berjiwa ais
Membiarkan aku memeluk jiwa

Dan dikala malam yang sepi ini
Aku terdengar sedu si gadis berjiwa ais;
---Terima kasih, wahai jiwa yang tenang.


Aku tersenyum dan melihatnya
Lalu berkata lah aku;
---Tuhan sedang menanti doa-doamu. Teruskan tersenyum.
www.tips-fb.com