August 17, 2013

Till Then




Rest in peace my darling man.
See you again in heaven then. 




www.tips-fb.com

Menulis Tentang Kamu

Aku mahu menulis tentang kau,
Tentang kita berdua,
Bercinta kongsi hati, jiwa,
Selalu.

Mari cinta dampingi aku
Yang masih setia di sini
Menanti kamu untuk didakap, kemas
Lepaskan semua lelahmu
Menangislah di bahuku
Hapuskan air matamu, sayang.

Ingin sekali aku selami raut wajahmu
Mencari kata-kata yang bersembunyi di balik senyummu
Setiap perasaan yang ada di balik renunganmu
Biarkan semuanya pergi
Di bawa monsun di hati mu sendiri

Dan ingatlah sayang,
Di saat semua resahmu hilang,
Yang tinggal kini hanya hatimu yang kosong,
Datanglah ke dakapan ku,
Biar ku isi dengan cinta dari surga untukmu.
www.tips-fb.com

August 07, 2013

Ucapan

Dingin malam hangat berbahang,
sunyi pecah.

Bukan raya tiada meriam dan bauan kadbaid,
dan tahun ini malang sekali,
adat budaya itu dihalang televisyen dengan gambar jari-jemari berbalut,
malang, anak-anak baru tidak lagi kenal kadbaid cap nenas.


Selamat hari raya Aidilfitri, maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa. :) www.tips-fb.com

July 24, 2013

Orang Ketiga



Aku mencintai dia 
Bukan untuk merampas kebahagiaanmu
Tapi kerana aku telah menemui kebahagiaanku.



www.tips-fb.com

July 23, 2013

Ulang Tahun!


Setiap Tahun kita,
pasti ada yang menanti detik berumur baru,
dan ada yang tak peduli tentang umurnya,
sampai bila ditanya,
dia sendiri lupa umurnya..

Pernah kalian fikir,
kenapa tiap kali ulang tahun,
bukan satu kelahiran semula?
tapi hanya penambahan umur yang makin lama makin meningkat angkanya.

Bila kelahiran semula,
pasti seronok bukan,
terhapus segala dosa,
terpadam segala duka lara,

tapi....

Tuhan Maha Bijaksana,
dia mahu kita hargai usia kita,
muda sebelum Tua ..
dan Hidup sebelum Mati..
kalau kalian mengalah dan mengeluh setiap waktu usia meningkat,
tanpa ada usaha untuk berubah lebih baik.
memang kalian layak di tanam dengan tanpa rasa bersalah.
ambil peluang ulang tahun ini.
untuk muhasabah diri,
kenal diri,
dan buat perubahan yang lebih positif.

Selamat berulang tahun dengan umur yang baru :)




www.tips-fb.com

July 18, 2013

Beri Aku Peluang



Aku bukan penjenayah
Punya dosa dengan Allah dan sesama manusia
Dosa silamku semua puncanya kerana CINTA
cinta pada kekasih
cinta pada dunia
jadinya aku alpa
seolah gembira membuat dosa




Aku bukan pembunuh
Punya dosa yang secara hududnya perlu dihukum bunuh
Dosa silamku puncanya kerana DEGIL
degil menutup aurat 
degil menjaga adab
degil menerima nasihat
jadinya aku jauh melayang
bersama amalan harian yang ditelan kumpulan dosa



Cinta itu mendekatkan aku kepada segala bentuk maksiat
Degil itu merapatkan aku dengan segala kealpaan tentang aurat


Alhamdulillah
Allah dengar doa ibu
Allah makbulkan doa keluarga



Walau bukan kesenangan hidup yang Allah bentangkan
Dia halalkan apa yang haram
Agar aku bisa mengambil peluang
Keluar dari segala yang haram
Dan mula mengorak langkah membina hidup yang tenang



Setiap manusia punya sejarah sendiri
tentang kisah silam yang kadangnya cantik kadangnya mendung hitam gelap gelita



Abah
Ramadhan kali ini
aku dapat rasa kau dekat
mungkin kerana sudah tidak ada habuan dosa aku kirimkan buat abah di sana
kerana tanggungjawabmu sudah berpindah
kepada sang suami yang harapnya hingga ke syurga



Maaf Abah.
bagi aku peluang.




untuk berubah.
www.tips-fb.com

July 17, 2013

Nyaman



Semalam bersama nyamannya Kuala Lumpur,
aku bungkus rindu aku untuk kau
bersama puisi semalam yang lucunya
hanya kita berdua saja yang faham.




www.tips-fb.com

July 15, 2013

Kerana Dia Tidak Pernah Kenal Erti Cinta

Dan aku terpandang
Seorang gadis kecil
Yang sedang duduk memeluk kakinya
Sambil mengesat air matanya yang mengalir deras
Dia yang menangis dalam doanya
Pinta agar hilangkan kesedihan dalam hidupnya
Dan hadirkan kegembiraan
Mungkin dalam bentuk cinta
Kerana sejak kecil dia tidak pernah diajar
Apa itu cinta?

Dan aku terdengar
Esakan perlahan,
--- Jangan bergaduh lagi
Bergema di setiap sudut bilik
Si lelaki dewasa sibuk menulis laporan kerja
Si wanita dewasa sibuk berdandan untuk keluar bersuka-ria
Dan gadis kecil masih kekal di sudut bilik
Memandang hiba lelaki dan wanita pertama dalam hidupnya

Pintu biliknya diketuk
Ada satu susuk putih bercahaya
Punya kepak yang lebar
Dia menghulurkan tangan ke arah gadis kecil
Berbisik lembut ke telinganya
--- Tuhan sudah mendengar doa-doamu. Mari aku teman kamu pergi jalan-jalan

Dan dengan itu
Gadis kecil tidak lagi bersedih
Senyuman manis terukir di wajahnya
Yang mana dihujung senyumannya
Tercipta satu lesung pipi yang dalam
Hasil ciuman susuk putih itu
Yang dipanggil
--- Cinta.
www.tips-fb.com