September 27, 2010

Moksha

Tenang pagi dibias cahaya kejam
kelongsong peluru menjunam
jihad adam diuji ke jurang paling dalam
tangis sikecil dialun irama kejam

terbit mentari bermaksud satu hari lagi
berjuang menanti mati
berlari memburu kasih insani
SIAPA PENYELAMAT KAMI DISINI???


Di sudut lain...



Adam bermain dengan tongkat
gadis sendat buat kau ligat
cinta bersulam kasih maksiat
terbuka kalam tinta sirah maksiat...



www.tips-fb.com

Masa Depan

Hari semakin berlalu
pergi dengan laju
tanpa toleh kebelakang melihatku

Rakan-rakan selesa berjalan kehadapan
aku masih berlari di belakang keseorangan
mencuba untuk berjalan selesa dihadapan

Masih perkara ini bermain difikiran
antara muzik atau lukisan
yang mana satu jadi masa depan

Aku masih ingin melukis
tetapi lemah membuat walau satu garis
kerana aku lebih gemar menjadi gitaris

Apa mungkin semuanya masih kabur
namun aku tidak akan berundur
kerana aku tidak mahu menjadi mundur

Bonda sentiasa disisi
berada dibelakang kakanda menemani
berhadapan dengan ayahanda meluahkan isi hati

Aku masih ingin berada dilandasan ini
landasan seni yang aku minati
tetapi masih kurang pasti lukisan atau muzik yang aku mahiri

www.tips-fb.com

Kata Imam Syafie


ingin dikongsikan bersama ;

sebagai manusia biasa
aku juga sering terkembali ke masa lampau
terimbas segala yang tertinggal
walau hakikatnya
jasad dan nyawaku berada di sini
semoga aku diberi kekuatan untuk melalui
liku hidup yang menduga
dan hari mendatang
akan lebih baik dari hari yang dah berlalu

www.tips-fb.com

.::Seni::.

Orang tanya aku
apa itu seni?


Pendidikan seni?
Seni tari?
Seni silat Cekak Ustaz Hanafi?


A part of.


Tapi
aku jawab
seni itu perjuangan
seni bukan mudah
hanya yang menghargai 
bisa turun ke gelanggang itu
menjejak tanah seni.


Namun aku sedih
kenapa seni harus dipertaruhkan?
seni diperjudikan
seolah seni itu alat mainan.


Seni tak buat kau jadi kaya harta
seni buat kau jadi kaya budi. www.tips-fb.com

bulan


bulan itu berseri kerna adanya matahari


pernah suatu hari
kau katakan padaku
'kalau benar sayang padaku
hadiahkan aku bulan itu'
bagaimana harus aku hadiahkan kepadamu
bulan itu amat jauh dariku
bulan itu bukan di sini tempatnya
bulan itu nun jauh disana
lalu kau merajuk kepadaku
aku fikirkan cara untuk memujukmu
terlintas di benak fikiranku
bagaimana cara untuk memujukmu
lalu aku mencipta dongeng untuk menceritakan padamu
tentang bulan yang satu itu
aku katakan padamu
'bulan itu ada yang punya
sang arjuna yang meletakkannya di sana
kerana dia merasa
andai diri jauh dari kekasihnya mereka masih lagi melihat bulan yang sama'
ternyata kau mengiakannya
maafkan aku sayangku
kerna aku terpaksa menipu
www.tips-fb.com

Catatan Cerita Cinta

belakangan ini,
banyak tulisan cinta,
dijaja dicerita dijual.

ada cinta tulus,
ada cinta kudus,
ada cinta serius,
ada cinta fulus,
ada cinta rakus.

barangkali,
sebabnya mudah ;
cinta itu perasaan
paling berkuasa,
juga paling membinasa. www.tips-fb.com

Dia...

Bangkit dia pagi ini dengan botol Martell masih di tangan...
Bangun dengan kepala masih lagi sakit.... , terpisat-pisat mengenang dosa yang terpalit.
Luluh dengan noda lama..
Terkucil dalam dunia suram....
Bungkam...
Sendiri..
Sepi....

Tawa riang malam tadi tiada erti.
Pagi ini menangis lagi..
Apakah masih ada suatu hari lagi?
Apakah akan muncul insan memecah sepi..., untuk bawa dia pergi..
lari jauh-jauh dari dunia begini..?

Atau...
Masih adakah kekuatan untuk dia berlari sendiri?
Tinggalkan sendiri dunia semberono yang membuta-tuli
Memasang tekad mengubah isi hati..
mencintai yang harus dicintai.....?

Insyaallah.

Berubahlah......

Bangkit sendiri, kau takkan sepi lagi...
Yang diatas sana sentiasa memerhati.
Hayatilah kalam turun-temurun kita-kita ini....


...Salam...


dari jari jemari: karok
www.tips-fb.com

Pusara Tidak Bernisan...

Bila aku lalu jalan itu...
Tertancap ke pusara yang satu...
Tidak terpasak nisan atau batu...
Melodi lama datang bertalu...

Aku diapung cerita sendiri...
Undur ke belakang tabir disingkapi
Aku dan dia mengira pelangi...
Gelak tawa meneman tari...
Tanpa kira realiti...
Aku asyik di alam fantasi...
Tak pernah duga ujian Illahi...

Kini cerita itu dah bersemadi...
Dikubur ku kira berlalang tinggi...
Tapi kenapa rohnya datang lagi...
Datang menghantui...
Jadi igau mencela hati...

Tolong semadikan cerita ini dengan aman...
Akan ku abadikan sebuah kenangan...

--------gundah melanda lagi... arrrggghhh!!!---------
www.tips-fb.com