October 23, 2010

Kenapa Bekas Cinta?



lagak kau muncul
membawa pelbagai harapan lagi
bahasa jiwa yang manis
susunan kata-kata penuh pelemah hati
airmata
sedu sedih
tapuk-tapuk cerita kurang gembira



ya.
kau kurang gembira



tapi kenapa bekas cinta??
kenapa masih ditakuk lama
cara yang sama
antonasi yang disusun serupa
kenapa?



kau perlu tahu
hati aku dicakar dicalar dipijak diguris di-blend hingga lumat renyuk hancur
tiada lagi bekas jahitan kelihatan



KERANA
aku sudah tak perlukan sebarang jahitan
yang jarumnya
adalah cinta milik kau



tukar style sayang
aku muak!
ia basi




www.tips-fb.com

October 22, 2010

Fantasi Lebih Realiti.






Aku lebih suka begini

hidup dalam mimpi.
terasa lebih banyak isi walau cuma fantasi

dari hidup menghadap realiti
yang lokek dengan inti tanpa definisi.












www.tips-fb.com

Pening


kadang kala orang yang kita sayang suka buat permintaan yang tidak-tidak. contoh, 

"tinggalkan saya sendirian sektika."

atau

"saya perlu waktu berseorangan."

sepertinya mereka saja yang punya masalah dan kita tidak. sering terfikir apa gunanya wujudnya kita di sisi kalau semua nak simpan sendiri.

hmm~ mungkin dalam dunia ni aku je fikir sebegini. tapi bagi aku, kalau sudah berpacaran, segala harus dikongsi bersama bukan sendirian sebab itu akan lebih membebankan. bukankah fungsi berpasangan agar hidup ini lebih mudah.

Two is better than one right?

susah susah~ betul tak aku sorang je fikir seperti ni? 
www.tips-fb.com

Aku Berserah

Kita melangkah penuh yakin, 

bagai tahu semua yang perlu dikerjakan. 


Kemudian kita usahakan untuk ;

genggam sesuatu yang kita damba. 


tapi di akhirnya, 

kita perlu sedar ; 

Tuhan itu Maha Pengikat Takdir.

www.tips-fb.com

Malam Jumaat

Pesan sang guru,
Jangan malam itu,
Kau harus kuat ilmu,
Baru kau mampu,
Menjadi kuasa baru,
Mewaris pusaka ibu...

Terang bulan menggamit suasana,
Lekuk keris kau semat bangga,
Asap wangi itu mahu turut serta,
Dalam pesta yang sunyi dan gelita,
Tapi sang iblis ketawa gembira,
Melihat waris adam jauh sesatnya...

Mantera berbelit jadi lagu,
Peluh dingin mengalir laju,
Semangat baru mula diseru,
Bergetar badan dah ada nyawa baru...

Malam ini kau mengamal pusaka puaka ilmu,
Tapi harusnya,
Malam ini kau lagukan kalam pencipta alam,
Tapi kau apa tahu?
Baca Al-Quran pun cuma nak halau hantu........

---malam jumaat tak semestinya "ehem-ehem" kan? hahahhaaa....---- www.tips-fb.com

Bukan susah nak jujur





Bukan susah pun kalau kita nak jujur pada diri sendiri dan juga orang lain.
Kita hanya perlu jadi diri sendiri.
Juz like that je..

Tak perlu nak hipokrit dan berlagak baik di hadapan orang lain dan mengharap yang kita jadi baik di hadapan orang ramai.

Dan yang paling penting, jujur lah bila kita dah suka dan mungkin dah timbul perasaan sayang pada seseorang tu. Jangan lah nak simpan lama-lama. Percayalah, perasaan itu amatlah tidak seronok dan mungkin menyakitkan buat segelintir orang yang mungkin pernah rasa kan itu.

Bila dia dah pergi, tak ada depan mata kita baru kita nak kata,

"Sebenarnya orang sangat sayang kan kamu... betul, sangat-sangat..."

Well, mungkin masa tu semua tu dah tak berguna lagi. Mungkin masa tu dia dah jumpa orang yang lebih jujur dari kamu dan dia dah berjaya mengambil hati orang yang kamu sayang itu.

Atau pun mungkin anda terlambat mengenali dia, kerna ada lagiorang yang lebih awal berlaku jujur dengan dia dan ucapkan perkataan yang kamu nak ucap pada dia..

Jadi sebelum terlambat, pergilah pada dia yang anda sayang, cinta atau apa sahaja dan berlaku jujur lah pada dia. Bukan susah bukan..hanya perlu pergi dihadapan dia dan katakan,

"Hai, Assalammualaikum. Sebenarnya saya dah lama orang dah lama suka kat kamu. Dan orang rasa perasaan suka tu dah menjadi sayang... orang tak nak lah just pendam je perasaan ni kan. So, orang nak kata lah yang orang sebenarnya suka kat kamu bila first time orang nampak kamu senyum..."

Senang kan... Tidak kira lah apa yang berlaku lepas tu..tapi yang pasti kamu dah berlaku jujur dan berani cakap macam tu kan. Tidak rugi apa-apa pun...

Bukan susah nak jujur kan?? =)
www.tips-fb.com

October 21, 2010

s i s i


setiap kata yang menyakiti
ku susun indah menjadi mimpi
agar ku tenang dampingi mu
dan aku lupa semua itu
cuma aku dan kau bersama.

www.tips-fb.com

October 20, 2010

M.I.A

gagal mengesan koordinat perasaan kamu.
terputus,hilang oleh jerebu tebal.
yang ada pada radar,
hanya cahaya percaya
yang berkedip lemah.
tunggu masa untuk mati.


kata kunci hari kelima aku tanpa kamu,
.sedih. www.tips-fb.com