November 07, 2010

.::Tunggu aku di sana::.

Aku tunggu balasan darimu
melalui warkah yang kau selalu titipkan
warkah elektronik kata kau
walau kutahu itu suatu yang mustahil.


Semalam aku ketawa
membaca setiap bait tulisanmu dahulu
tapi hari ini aku bisu
mengenangkan kau di sana
sebuah tempat yang kukira aman bagimu
dalam meraih sebuah sijil kebahagiaan abadi.


Aku masih ingat
saat aku dihempap meteor kesedihan
kau tetap di sisi aku
kau beri aku kekuatan
kau beri aku dorongan
kau pinjamkan telinga
hanya untuk mendengar bebelan perasaanku.


Kini
semua itu aku simpan utuh
dalam sebuah kotak
supaya tidak hilang ditelan arus.


Semoga kau aman di sana
itu doa aku.


Loosing someone is hard kan.
but to forget that someone even harder.
KEKUATAN,cepat datang.
www.tips-fb.com

aku cuma itu.

Tolong jangan salahkan aku,
Aku cuma percaya apa kau kata,
Aku cuma dengar apa yang dia dan mereka bualkan,
Aku cuma pembaca kepada kau,dia dan mereka tuliskan,
dan
Aku cuma pemerhati tentang apa kau,dia dan mereka lakukan.
Yess,
Aku cuma pendengar,pembaca dan pemerhati sahaja.
Ya,
Aku cuma itu.

*entah siapa yang pertama aku pun tak tahu?kau kata aku,aku dengar dia,dia kata mereka ?

*Tak perlu jelaskan apa-apa,
 Aku tak perlukannya,
 kerna,
 Aku cuma itu. www.tips-fb.com

November 06, 2010

d i m e n s i


masa berlalu, detik berpusu
rasa berliar, ortodoks cakar

selalu kau kata, sayang.

"setiap masa aku akan ada dengan kau."

ya, itu aku tahu. dan mungkin aku pasti
tapi ada pun satu lagi ruang kecil; kotak hati

tempat bertandang sepi bila tiada kau lagi
sebentar kau hilang kerana ruji duniawi
dan arah penunjuk ku hilang bersama seri
lebih pedih bila gelap cahaya menyelubungi

tiada lagi jejak kau di sini semenjak ku nanti
menjerit suara kecil bertanya perli

"adakah jalan kau sesat sang kekasih ?"

sahutan tiada sampai tepat ke cuping
bergetar melalui partikal udara kering

namun aku masih tegak gagah berdiri
menanti keras padu seperti besi mati
ada jua aku meminta mungkin melebihi
maaflah tiada syukur bertanam dalam ini

tapi di sana atas podium pemenang itu
pun tetap kau sang juara satu, sayang.






masih ku berjalan dengan senyum mu.

www.tips-fb.com

Pengampunan dari Insan.

.

Dan untuk setiap saat kau menyakiti aku dalam senyap itu,
aku maafkan.

Dan untuk saat kau mencari kekasih gelapmu itu, lantas melupakan aku.
Aku maafkan.

Dan untuk setiap penipuan sunat kau ucapkan dulu,
aku maafkan.

Dan untuk setiap air mata yang mengalir hanya kerna kamu,
aku maafkan.





Dan saat aku meminta untuk dilepaskan dari sangkar emas buatanmu,
aku minta dimaafkan.



Aku masih menghitung saat kebebasan itu. www.tips-fb.com

Jalang-jalang bertubuh montok

Liar.

Erotik.

Nakal.

Jalang-jalang bertubuh montok,
semalam kamu selingkuh keparat dahi licin pandu BMW 7series,
malam ini kamu nakal-nakal dengan jejaka hidung belang tunggang RXZ,
esok.?

Jalang tubuh montok, kamu nafsu! www.tips-fb.com

November 05, 2010

.::Bila kau berkata-kata::.

Aku hilang kata-kata
bila aku mahu menulis
ada saja yang menggangu benakku
bila aku mahu luahkan
ada saja yang membeku
bila aku mahu berhenti
ada saja yang ingin dilepaskan.

Aku tak pasti
kenapa kau bicara sedemikian
kau ego
kau tak mahu mengalah
tak mahu akui kesilapan.

Aku bukan siapa-siapa
tapi kau buat aku lelah
kau anggap aku musuh kau
kenapa?
hanya kerana aku memilih untuk berdiam?

Lega :)
www.tips-fb.com

Analogi antara Palestin-Israel dengan hati.

Kamu kelompok kecil,
yang datang memecah-belahkan,
yang mengharu-birukan,
yang merebutkan daerah kecil milik kami yg damai ini.

Kamu datang,
dengan semua machine-guns,
dengan semua kereta kebal,
dengan semua bom-bom buatan kapitalis,
dan kamu sedikit demi sedikit membunuh semua yg tidak berdosa,
semua yg tidak bersedia,
semua yang lemah.

Kamu angkuh.
kamu jahat.
kamu binatang,
dan,
kamu syaitan.

Megahlah kamu, bila semua kuasa besar berpusat perhatian pada kamu.
megahlah kamu, bila tanah milik kami menjadi milik kamu.
megahlah kamu, dapat menambat kami yg hina dina ini.
megahlah kamu, dapat memperkotak-katikkan maruah kami di pandangan jahat dunia.
megahlah kamu.
megahlah.

dan bila satu saat,
kami semua bersatu,
dan, waktu yang sama, zaman gelap kamu muncul kembali.
nantikanlah.

what goes around, comes around, dude. www.tips-fb.com

Perempuan : Pelengkap cerita atau pemain cinta?

Dua lelaki itu...
Rancak mendepa tangan...
Bercerita berhela nafas...
Menyingkap sejarah setiap satu...
Yang satu cerita geruh menimpa diri...
Yang satu cerita agung kasih sendir...

Lelaki satu :
Ku punya kasih...
Raut indah senyum tergoda...
Bicara lembut bikin hati cair dibara...
Menjalin kasih sekian lama...
Namun terbias belang sebenar,..
Sang kasih ku...
Pemain hebat di gelanggang cinta...
Menewaskan aku...
si pertatih mencari erti gembira...
Nilai setia jadi soalan...
Janji bersama kini dilayangkan...
Tinggal lah aku meratapi kubur..
Kubur berlalang semak belukar....

Lelaki dua :
Ku juga punya kasih...
Raut tak cantik senyumnya biasa...
Tidak menggoda tapi halus bahasa,..
Kerana dia...
Aku di ajak berlayar di lautan...
Membelah samudera kerap di badai..
Tapi aku dan dia cukup pasti...
Di perlabuhan nanti...
Bahagia melambai....
Dia bukan penghancur badan..
Tapi dia mencongak kerukunan...

Jangan diratap yg telah pergi...
Hargailah yang bersama hati...

---Apa kata?---
www.tips-fb.com