February 08, 2011

sila cermin diri anda!

aku tak suruh pun
kau tenung cermin lama-lama
dengan mata kasar kau.
aku nak kau lihat diri kau
dengan mata hati kau.
kau teliti apa yang lebih,
kau kaji apa kurang,
semuanya!

kalau kau ada sesuatu yang istimewa
berbanggalah, tapi jangan takbur ya!
tapi kalau kau punya kecacatan
jangan kau rasa teruk pula.
kau jadikan ia cabaran
untuk majukan diri kau
supaya kau dapat baiki diri
untuk jadi lebih baik. www.tips-fb.com

b o n e k a


aku dah letak kau
tempat yang paling tinggi
tempat yang paling istimewa
dalam hati aku, dengan harapan satu

agar aku boleh berpaling
agar aku boleh dipeluk
bila masa aku jatuh, dan tiada daya utuh
untuk bangun

tapi sekarang
tempat itu kosong
tempat itu sunyi
tiada siapa menghuni
dinding sandaran, semakin hilang ditelan
kaku aku berdiri












salah aku bila peluang itu tiada~

www.tips-fb.com

February 06, 2011

PUNGGUK DAN KAMU

bodoh si pungguk, rindukan bulan
bodoh kamu, rindukan perawan
akal si pungguk, tiada makna
akal kamu, tiada diguna
pandai sipungguk, tepati masa
pandai kamu, terlepas sentiasa
pungguk dan kamu, sama sahaja
tiada akal... www.tips-fb.com

February 05, 2011

Q u o t e 9

jika kau cinta, tetapkan kau cinta
tak mungkin kau lepas apa yang kau cinta
atau sebaliknya.






.
www.tips-fb.com

February 04, 2011

Soal-Bicara Solusi Jiwa Dan Suara

Jiwa kita;
adalah kekotoran yang menjelikkan.

Suara kita;
adalah jeritan dosa yang memekakkan.

Syukur;
ada suci yang bisa membasuh jiwa dan lagu yang menenggelam suara.
www.tips-fb.com

February 03, 2011

d o k e t


berhenti masa ;
bila aku menulis di udara
angin sebagai kertas utama
jari sebagai perantara minda
seakan padat isi yang ada
walau tiada pandangan mata
hanya aku yang faham segala
dan kau takkan mampu kata
ya, diam kau tidak berbahasa

berjalan masa ;
akan ku karang semua rasa
agar hati kau mendapat cerita
yang aku sebenarnya nyata
bukan khayalan mainan saja
yang bodoh ditolak sini sana
aku juga sama manusia biasa












hati kecil aku mahu padam semua~

www.tips-fb.com

Red Hot Chili Peppers - Dani California (Video)


okayy. this is how much i miss this song. :)
www.tips-fb.com

berdegil hidup

perlakukan aku semahumu;
ludahkan jasad aku,
tujahkan akal aku,
bakarkan hati aku,
tetap aku hidup
kerana aku masih mahu kamu.

matikan aku,
namun rasa ini berdegil hidup.

jika kau membakar,
abunya akan berterbang.
jika kau menjerut,
gantungnya aku membekas.
jika kau menikam,
senyumku akan kau ingat.

sungguh
belum masanya mati. www.tips-fb.com