July 10, 2011

Tolong


Tuhan
tolong bawa lari hati aku jauhjauh
simpankan elokelok
nanti esok aku minta kembali ya

tolong ya

aku tak mahu hati aku sakit terluka lagi
itu saja
tolong ya 
sekali ini saja


www.tips-fb.com

July 09, 2011

Perit

Kotak minda terganggu,
kenangan silam, gelap dan kelam,
genggaman tangan semakin lemah,
saat rasa perit bergerak laju,
dari hati, terus ke seluruh badan.

sakit, sumpah sakit,
mungkin kau boleh rasa,
jika kau pernah rasa di tinggal, keseorangan.

www.tips-fb.com

Rikues





Tuhan,
tidurkan saya sekarang
dalam sebuah lena yang panjang
dan tiada kesudahan







www.tips-fb.com

lamunan rabak

kota senja
di penuhi burung sugul
melentur mimpi kelam
merobek takah nafas
ringkai debunga darah
retak randai belati
cerau jiwa

kebebasan di hujung tetak
dari kubur mata terkebil www.tips-fb.com

Perempuan, malu.

Malunya perempuan, sukar digambarkan,
mungkin kerana aku lelaki,
memahami perempuan tugas ku setiap hari.

Malunya dimata, dipejam matanya,
malunya diwajah, ditunduk kepalanya,
malunya pada suara, terdiam seribu bahasa,
bagaimana hendak bersuara,
aku bertanya.

Ditulis olehnya, aku membaca,
begini caranya dia bersuara,
ditulis semua apa dirasa,
mudah meluah, berkongsi semuanya.
www.tips-fb.com

July 08, 2011

Dimata mu.

Layunya aku, dimata mu,
kakunya aku, dimata mu,a
kerasnya aku, dimata mu,
kelunya aku, dimata mu,
egonya aku, dimata mu,
barannya aku, dimata mu,
dinginnya aku, dimata mu,
sabarnya aku, dimata mu,
tentang aku dimata mu.

Satu sahaja tentang mu,
dimata ku, kau hanya satu,
yang sempurna buat ku.
Terima kasih.
www.tips-fb.com

k r o n o l o g i

berhenti kau mencari
semua yang tersembunyi
di sebalik tabir irama
mungkin nanti kau jumpa
kecacatan
kekurangan
kecelaan
yang menjadi titik permulaan
kepada nisbah kesempurnaan













hati akan menjadi mata kenyataan~

www.tips-fb.com

July 07, 2011

Melankolia Himuro no Sekku







Dari Dewan Emas,
suara-suara feudal
masih kekal
bergemaan;
meniup semangat
wira-wira pahlawan
silam, yang kini
jadi rohul ronin
berkeliaran.

Walau bayang
Kusatsu-Shirane
setia
meneduh salju
di kaki bukit
hingga kini,
pekan kecil Gunma
tetap sunyi
tanpa Puteri Mononoke.

Bahkan harum
bunga Ezolindo;
tidak pernah lagi
menebar demikian
wangi.

Sejak kimono sutera
hilang
bersama
nafas si Perawan,
sang arjuna pencinta
lemas dalam
samudera hampa.
www.tips-fb.com