Pages

September 25, 2010

.::Hakikat Seorang Aku::.

Sendiri aku berteman sepi
yang sentiasa ada di sisi kananku.


Bukan aku terlalu berlembut
cuma itu adalah aku
tidak suka orang terluka
kerana aku punya memori itu.


Aku bukan siapa-siapa
untuk peroleh apa-apa
walau hanya sisa yang membasi.


Aku sang kelabu
yang pudar warnanya
tiada seri katamu.


Pingin juga aku menjadi sang bulan
walau hakikatnya tidaklah cantik
tapi cahayanya menutup kekurangan.

2 comments:

  1. kau faham. kau tahu. kau pandai menilai manusia. aku fikir bulan itu yang mahu jadi seperti kau.
    :)

    ReplyDelete
  2. untunglah andai begitu..haha

    tak semua yan aku faham
    tak semua yang aku tahu
    kita semua sama
    kita semua tak sempurna
    :)

    ReplyDelete