Pages

September 24, 2010

hujung jari.

dengan secawan kopi
dan kipas siling yang berbunyi
dan mata yang tidak mahu lelap
dan akal yang tergantung; antara nyata dan fiksi

cukup buat aku
untuk biar jari menari-nari
atas papan huruf ini
meluahkan segala isi hati
hanya dengan mengetuk-ngetuk
tanpa henti.

puas.

Abad ini.
perasaan dan jiwa mampu dimanipulasi
hanya dengan kuasa
dihujung jari

-sadis

:)


Terima kasih SSS kerana meerima saya sebagai ahli. Ini entry pertama saya disini, sepanjang bersama kalian, mohon tunjuk ajar yang paling jujur.

6 comments: