tajuk 01: Pari-pari
jika wujud si pari-pari
kemalasan kita makin menjadi-jadi
kerana kita akan sekadar goyang kaki
sambil arahkan si pari-pari
untuk dapatkan itu dan ini.
tajuk 02: Realiti
tak mudah memahami realiti
meski tak sekompleks fantasi
yang hakikatnya
lebih mudah dimengerti.
tajuk 03: Jujur
jujur
walaupun pahit
adalah ubat
buat luka
yang digores
oleh tajamnya
bohong
yang manis.
1.kemudahan di hujung jari dan teknologi menjadikan manusia semakin malas untuk menggunakan fizikal.
ReplyDelete2.penerimaan dari pemahaman realiti.
3.jujur itu sebaiknya daripada berpura.biarpun ia pahait tapi cuma seketika.