February 27, 2013

Ini hanya bahasa hati

kau katakan tiap langkahmu untuk aku, kau katakan tiap hembus nafasmu
juga untuk aku.
tapi yakinkah kau dengan semua katamu bila setiap dugaan yang hadir
seakan mematahkah semangat dan butir bicara.
pernah kau katakan aku bagai bidadari yang hadir memberi sinar.
dan bila malam menjelma, aku tetap menyinari segenap ruang dan kehidupan mu.
Pernah juga kau tuturkan bicara hanya aku ini yang kau mahu.
cuma aku yang kau perlukan untuk bermanja dan berkongsi cerita juga masalah.

Namun aku alpa,
lupa bahawa kau juga cuma insan biasa yang fikiran dan perasaannya
boleh berubah sekelip mata.
Lemas dalam khayalan bahawa hanya aku pemberi semangat.
Lupa bahawa nun disana terlalu ramai insan yang jauh lebih segala
galanya dari aku.

Insan, jangan terlalu taksub.
jangan juga terlalu berjanji dan menunjuk.
Jangan nanti hatimu hancur tidak berkeping.
Punah.

Dan bila semuanya berubah.
pada siapa harus disalahkan?
pada kata yang pernah dulu kau ucap?
pada aku yang mungkin terlalu bodoh kerana hanya cuma mendengar dan mengiakan
atau pada takdir yang menentukan ?
jangan.
kerana semuanya berlaku bersebab.


by : #Cikkainie www.tips-fb.com

2 comments:

diode s said...

masih ramai yang terlupa
tiap satunya sebab musabab kejadian,
berhikmah.

cikkainie said...

thanks. teruja bila ada yang membaca.