March 11, 2013

D a h a n


kenapa kita menyinta?
kenapa kita sanggup terluka?
bagaimana?

bila saat itu tiba; di mana
kita hanya mahu segelintir dari mereka
dapat memahami; menerima diri ini
baik dan buruk budi pekerti

sambil lena kita dibuai rasa itu
mula teras hati ini menonjolkan rindu
untuk melihat kasih itu bahagia
dan mendengar ketawa dia
kita meneliti setiap gerak-geri
tutur bicara dan dingin sanubari

tetapi;
pabila kau dihina dek sengaja menduga
kan tiba hakim luna yang meletak garis senja
di mana ada sikap jujur mu tak dapat diterima
dan ia ditukar kepada lakonan hebat peserta;
dunia.







baru kau rasa kau menyinta kerana apa~



www.tips-fb.com

1 comment:

bukankosong said...

ramai yg tau cinta itu amat memeritkan bila terluka

tetapi ramai mau ambil risikonya

kerna belaiannya amat luar biasa