May 29, 2013

Titik !


Harapanku moga ini titik permulaan yang baru dalam menempuh waktu yang mendatang , namun sangkaan aku silap titik ini tetap pegun dan terus bikin jiwa bertambah kosong hingga fikiran semakin serabut .. 

Aku sudah tewas sekarang! kalau aku ada pilihan untuk mati dan dihidupkan semula dalam tubuh yang berbeza maka tak perlu aku kenal manusia-manusia begitu . Tapi , titik aku tak boleh melawan takdir . Kalau aku buat , aku adalah manusia yang bodoh lagi tak reti bersyukur . 

Makanya titik ini aku harus sedar bahawa kesilapan itu tak mampu di ubah tapi di pelajari dan mengaku dengan diri sendiri bahawa itu kesilapan ianya lumrah alam yang tak akan lari dari seorang manusia . 

Dan pada titik ini aku harus terus melangkah dalam dunia Tuhan ini biarkan pandangan manusia yang penting pandangan aku pada Tuhan . Biarlah aku tak raih bahagia Dunia moga Akhirat sana aku jadi manusia yang paling bahagia . 

Titik . Amin . www.tips-fb.com

No comments: