Dan kau berusaha untuk menyelam
Jauh hingga ke dasar hati aku
Akhirnya nanti kau akan tahu
Yang dasar hatinya
Kering dan berdebu
Dan akan kau berjumpa
Dengan seorang lelaki usia separuh abad
Berdiri sambil ditemani tongkat
Dan berkata perlahan kepada kau
"Dasar hati ini kering dan berdebu bukan kerana aku sunyi, tapi kerana aku suka begini. Hiburkan aku jika mahukan taman bunga di dasar hati."
No comments:
Post a Comment