Tiada mampu untuk diampunnya,
Ralit mereka,
Laku dan bicara mereka tak bermaksum jua,
Sejarah. Manusia pertama pernah tercela.
Kepada Allah taubat dikota.
Mereka bilang aku pendosa,
Sedang lintaskah mereka,
Bahawa manusia ada kilan rasa,
Terlalu rindu menjadi sebahagian sempurna,
Lalu dan lepas ditangis kesal,
Esok dan hadapan dituju cekal,
Walau yang cerah tak diupaya ramal,
Memaksa diri memandang Yang Akmal.
Sungguh. Maghfirah Allah pemujuk hamba,
Tiada mudah tabah dijaga,
Apatah iman pasang surutnya.
Baru semalam. Tiba hari ini. Mereka masih tetap bilang aku segenap pendosa.
No comments:
Post a Comment