Showing posts with label Hati Jahanam- EJ. Show all posts
Showing posts with label Hati Jahanam- EJ. Show all posts

October 28, 2016

Di Sebalik Kita



Kita punya cinta
Kita punya hubungan kasih yang teguh
Padu dengan cinta
Padat dengan  sayang
Lalu membentuk KITA yang penuh dengan lava cinta



Di sebalik kita
Ada hidup yang sempit
Perjalanan hari-hari yang serba tiada
Lompang sana
Lopong pula di sini



Tak mengapa
Jika dunia hari ini kasih sayang itu perlukan DUIT
Kau perlu tahu
KITA sedang bahagia
walau kita tidak dipilih Tuhan
Untuk bersenang dengan wang


 
www.tips-fb.com

July 18, 2013

Beri Aku Peluang



Aku bukan penjenayah
Punya dosa dengan Allah dan sesama manusia
Dosa silamku semua puncanya kerana CINTA
cinta pada kekasih
cinta pada dunia
jadinya aku alpa
seolah gembira membuat dosa




Aku bukan pembunuh
Punya dosa yang secara hududnya perlu dihukum bunuh
Dosa silamku puncanya kerana DEGIL
degil menutup aurat 
degil menjaga adab
degil menerima nasihat
jadinya aku jauh melayang
bersama amalan harian yang ditelan kumpulan dosa



Cinta itu mendekatkan aku kepada segala bentuk maksiat
Degil itu merapatkan aku dengan segala kealpaan tentang aurat


Alhamdulillah
Allah dengar doa ibu
Allah makbulkan doa keluarga



Walau bukan kesenangan hidup yang Allah bentangkan
Dia halalkan apa yang haram
Agar aku bisa mengambil peluang
Keluar dari segala yang haram
Dan mula mengorak langkah membina hidup yang tenang



Setiap manusia punya sejarah sendiri
tentang kisah silam yang kadangnya cantik kadangnya mendung hitam gelap gelita



Abah
Ramadhan kali ini
aku dapat rasa kau dekat
mungkin kerana sudah tidak ada habuan dosa aku kirimkan buat abah di sana
kerana tanggungjawabmu sudah berpindah
kepada sang suami yang harapnya hingga ke syurga



Maaf Abah.
bagi aku peluang.




untuk berubah.
www.tips-fb.com

July 05, 2013

Bukan Pilihan




Sejak dulu dan bila bila mungkin
diri selalu bukan pilihan



sejak dulu dan bila bila mungkin
diri tak pernah ke depan sebagai kebanggaan



walau mungkin kejayaan pelajaran dah dikecapi
kerjaya yang selesa dah dimiliki
kehidupan yang serba sederhana dan bahagia dah digenggami


masih
kau masih bukan pilihan dan kebanggaan


sejak dulu dan bila bila mungkin
diri perlu rempuh pelbagai onak kehidupan 
perlu bina benteng sabar
mesti panaskan semangat dalam diri saban masa
kerana diri bukan pilihan
bukan kebanggaan
bukan yang sentiasa didahulukan
oleh sesiapa
dan kepada sesiapa



Jadi anak
akan ibu jadikan kamu keutamaan
kebanggaan
pilihan yang teratas
dalam setiap nafas ibu ini



kerana menjadi bukan pilihan itu sakit
dan ibu tak mahu kau sekalipun merasakannya



www.tips-fb.com

March 01, 2013

Lupa Diri




Aku sudah lupa diri. 
Lupa untuk hidup sendiri, kekok untuk tidur lena tanpa kamu disisi. 


Dan pagi paling indah buat aku yg lupa diri ini
 adalah pagi-pagi dimana kau disebelah yg masih terbuai mimpi indah barangkali. 


I Love you Suami. 
Sungguh.
www.tips-fb.com

January 14, 2013

Bahasa Jiwa #44






aku ini manusianya biasa-biasa sahaja
biasa dari segi harta
biasa dari pandangan zahirnya
juga biasa-biasa sahaja dari segi perlaku diri utamanya



jadinya ya
sambutlah aku dengan segala biasa-biasa ini
agar aku mampu menjadi pelengkap kesempurnaan hidup
yang dah Tuhan nampakkan kepada aku
ke atas semuanya tentang kamu.



iya. 
kamu.



suamiku.












www.tips-fb.com

July 18, 2012

Bahasa Jiwa #41






sesuatu yang masih aku rapuh
adalah untuk melihat 
setiap senyuman dari barisan gigi cantik
milik kamu di hari bahagia



aku masih rapuh.



"Selamat Pengantin Baru, Idola"








www.tips-fb.com

December 11, 2011

Kadang-kadang.




kadang-kadang
rindu itu datang.



rasa itu
biarkan sahaja terbang lalu menyapa sebentar
mungkin ada pesanan
mungkin juga sedikit gambaran peringatan



www.tips-fb.com

November 15, 2011

gelapnya dia kau tahu ?

kata mereka,
"kau ni rock lah"
"kau ni sempoi macam joyah"
"macam mana nak jadi takde perasaan macam kau ?"

eh,kalau engaku-engkau semua ini tahu bagaimana gelap dan rapuhnya ditambah pula dengan luka-luka yang masih bernanah dan parut yang tak akan pernah hilang dalam hati ini.tak mungkin kau akan senang-senang "puji" aku sebegitu.

www.tips-fb.com

October 03, 2011

Penghargaan Sebuah Persahabatan


NOTA: sekadar berkongsi puisi hadiah dari teman jiwa sahabat hati.


hodohnya dunia ciptaan

kecamuknya seluruh perasaan

sakitnya tiap tekanan

bodohnya buat keputusan

parahnya atas tindakan

laluinya, aku tak kisah

tempuhinya, aku tak gundah

hadapinya, aku tak endah

terimanya, aku tak resah

menyesalnya, aku tak pernah

satu sahaja yang payah

bila aku tersangat lelah

DIA TIADA TUNJUKKAN ARAH.

aku perlukan DIA

DIA penenang jiwa

DIA punya kata-kata

buat aku terpana

rasionalnya

hidup untuk siapa

sendiri atau mereka.

DIA sahabat JIWA


(ty.cbo, 2011)




NOTA KAKI: bahasa jiwa beliau karyanya indah belaka. harap SSS sudi invite beliau meriahkan keluarga kecil kita ;)


p/s: terima kasih awak untuk penghargaan yang terlalu tinggi ini.





www.tips-fb.com

Kenapa Tak Sama?





tak sama yang KITA rasa
kerana tiada KEJUJURAN di tengah-tengah kita








www.tips-fb.com

October 01, 2011

Kita Yang Baru





KELUKAAN kadangnya
merupakan pembantu terbaek dalam menjadikan kita yang baru,
www.tips-fb.com

September 12, 2011

terdesak

dan bila kau terdesak,
aku pula menolak,
kau mula menemplak.

ahh.sama semuanya !
www.tips-fb.com

June 30, 2011

Jalan Pintas






nak bahagia jangan amek jalan pintas sangat.
tindas. redah. belasah. pijak. cantas.
kau tu hati manusia. fikir secara manusia.
hidup manusia ni ada KARMA.
bahagia macam tu tak pernah lama.













www.tips-fb.com

June 14, 2011

lalang

Ketika aku dalam perjalanan pergi,
Engkau hilang entah kemana,
Kini ketika aku dalam perjalanan pulang,
Engkau datang entah dari mana,
Memang lalang bikin semak,
Selalu jadi penyusah dalam perjalanan aku.

www.tips-fb.com

May 22, 2011

Semak Yang Selesa




jiwa aku abstrak
pelbagai
semak yang selesa



tamak kadang kalanya
mahu menguasai segala sayang yang ada



www.tips-fb.com

May 20, 2011

Mr. A

Keperibadian Mr.A cukup buat aku tertarik.
Juga cukup syarat menjadi Encik Charming aku.
Tapi,

aku.BENCI.lelaki.
www.tips-fb.com

May 17, 2011

keluhan





aku terlalu banyak mengelamun
hingga terlupa rentak keyboard yang perlu ditarikan jemari
bagi menghasilkan susunan ayat pewakil sang hati




Bahasa Jiwa,
EJ

May,2011

www.tips-fb.com

February 24, 2011

amirasyakirin

amirasyakirin!

aku ingatkan diri aku sendiri,

mengapa aku perlu cemburu?

kenapa aku mesti cemburu?

dia bukan siapa-siapa!

bukan SIAPA-SIAPA!

dan

TIDAK AKAN MENJADI SIAPA-SIAPA!











*really want to turn off my heart right now. www.tips-fb.com

February 02, 2011

REMINDER TERHEBAT



jangan pernah marah kepada LUKA
jangan pernah benci kepada DUKA
jangan pernah menyumpah seranah kepada KECEWA


mereka semua adalah REMINDER terhebat
yang bisa ingatkan kau
tentang apa itu hidup
tentang di mana titik kehidupan yang sedang kau berdiri
tentang realiti
tentang untuk terus sabar menempuh


ya
tentang REALITI kehidupan


kerana sudah lumrah kita ini manusia
LUPA DIRI bila gembira


hakikat
fakta
tak perlu juih mulut tidak mengIYA apa yang aku kata


seperti peribahasa
terciptanya ia melalui masa
pengalaman dan pengajaran yang dikutip si tua-tua dahulu kala
untuk pedoman generasi turun temurun kita


bukan melayu sahaja mudah lupa
seperti ayat melayu mana aku malas nak taip namanya
"melayu mudah lupa"
persetankan!!
ia memang lumrah manusia!
bukan melayu sahaja


*sakit duka derita kecewa terluka yang kau rasa ini juga pinjaman rasa daripadaNya. datang menyerap ke pori-pori darah kau dengan izinNya juga. bersyukur. jangan mengeluh. percaya. ada sesuatu yang nak diingatkan Tuhan kepada kau. peringatan tentang kehidupan.


bye!


www.tips-fb.com

January 12, 2011

PETI SEJUK






jadilah PETI SEJUK,sejukkan benda yg panas.
jangan jadi MICROWAVE, panaskan benda yang sejuk, hanguskan benda yang dah panas.
www.tips-fb.com