Showing posts with label Rapuan Seorang Manusia Bernama Lu'luah.. Show all posts
Showing posts with label Rapuan Seorang Manusia Bernama Lu'luah.. Show all posts

June 25, 2012

Tulisan

Menulis bukan sebarang tulisan
Disoal di Sana
Atas landasan apakah penulisan
Kerana menegakkan titah Allah
atau
Demi kertas-kertas not tertulis angka.

Allah.
Tetapkan hati ini dalam menulis
Bakat dipinjam-Mu
Bukan dipersia
Demi berkongsi
Demi memberi
Termampu diri.

Seandai esok diri pergi,
Ada harta kemudian hari
Menghulur jariah buat diri. www.tips-fb.com

August 02, 2011

Kunanti Hadirmu...

Hari ini aku nantikan,
kau akan datang lagi,
Seronoknya berkobar di jiwa,
Tidak terlafaz lisanku kelu,

Namun,
Mampukah aku menghadapi,
Bahana dunia di hadapan,
Manatap kemusnahan,
Saban hari terentang pada penglihatan.

Ramadan,
Marhaban ya Ramadan,
Semoga tahun ini,
Membawa 1001 kerahmatan,
Sebuah keampunan,
Segunung keinsafan.

Selamat datang Ramadan,
Terbuka lagi pintu rezeki,
Terbuka luas jannah Ilahi,
Terkunci rapat neraka nan ngeri,
Ku harap,
Ramadan ini madrasah terbaik buatku,
Mendidik jiwa rabbani.

Datanglah duhai Ramadan,
Semoga terisi amal dan bakti,
Semoga membawa seribu erti,
Hayatilah dengan qalb suci,
Entah ada entahkan tiada,
Ramadan buat kita di lain kali.

3 Oktober 2005 www.tips-fb.com

June 01, 2011

pelangi hidup


warnakan hidup,
Biar seindah pelangi,
Bukan hanya hitam putih.

Selajur warna,
Memberi senyum,
Biar sedang duka.

Pelangi tidak hanya muncul,
usai hujan.
Bayangkan dalam minda,
PELANGI.

Maka,
muncullah ia.

Pelangi,
Warnailah hidupku.

CERIA.

Lu'luah Nur Jamilah
www.tips-fb.com

November 24, 2010

JIWANG?

Apa itu jiwang?
Yang dikata mat bunga,
minah jiwang karat,
Ayat sentiasa punya bunga.

Salahkah kalau seorang itu menjadi jiwang,
Membina ayat, menyusun kata,
Kerana keindahan bahasa juga terletak pada susun bicara,
Kalau sekiranya dia bicara penuh skema,
Dikata budak DBP,
Adakah salah?

Bagi aku,
Tidak wajar melabelkan sesiapa minat atau mat jiwang,
Kerana kehalusan bahasa kadang membuatkan aku terdiam,
Kagum pada bicara yang diatur,
Kata yang di susun,
Madah yang dilafaz.

08-10-2010
2200
Qamar Cinta 1-1
www.tips-fb.com

November 22, 2010

ANGKA.

Kamu pandang pada angka,
Nampak angka berjuta sahaja kamu kata ia banyak,
Jika hanya satu ada,
Itu sedikit cuma.

Amalan yang dihitung di alam sana
Bukan seperti angka yang kita nampak dengan mata.
Allah hitung bukan dengan angka,
Namun ikhlaskah kita laksana.
Sedikit ikhlas, pahala besar.
Banyak menayang, semua melayang. www.tips-fb.com

November 20, 2010

ERTI PEDULI.

Pedulikah itu yang kamu kata,
Dibiar teman sebelah aurat terbuka,
Melihat jejaka gantang bercelana,
 memandang wajah bukan milik kita.

Sedang dunia makin tua,
Kian sampai hujungnya,
Mana kita penghuninya?
Masih lena.

Sembelih kini,
Bukan setakat lembu, kerbau dan binatang empat kaki,
Laki, Bini, Ayah, Ibu jadi mangsa,
Di mana kemanusiaan?
Kebinatangan merajai.

Inikah tanda peduli?
Melihat tanpa rasa di hati.

20-11-2010
Mahang, Kedah.

adakah kita peduli nasib diri dan bangsa sendiri? atau sibuk melayan hiburan sana hari???
www.tips-fb.com