Sengaja kumatikan lampu biar tak terlihat bayangmu di setiap penjuru bilikku
Biarkan aku peluk sunyi dalam malam yang menggebu dan cuba untuk tidak memikirkan mu yang jauh beribu batu
Sia-sia. Ya, aku tahu.
Fikiran aku penuh dengan simfoni rindu Dadaku sesak dengan abjad berbentuk nama kamu Aku cuma mahu tunggu waktu itu Bila agaknya aku akan berhenti tidur beralaskan lenganku Dan, Selesa tidur berbantalkan dadamu?
Wajah rupawan, Itu bukan aku Langkah lemah gemalai, Bukan cara ku Suara semerdu seruling, Bukan punya ku Bicara manis bak gula, Bukan sifat ku Mata cantik menawan, Bukan milik ku Hidung mancung, Jauh sekali beribu batu Tapi aku ada hati, hanya untuk kamu.
Bilang sahaja hanya ada aku dalam hati. Lalu, Akan ku dapatkan tali yang menghubungkan dua hati dan buat simpul mati. Duduk diam-diam di situ sampai waktu terhenti. Bisa?