December 24, 2013
Hujan (2)
Di mana hujan tumpah
Di situ ada indah
December 17, 2013
Halaman Rusuk Kiri.
Rusuk kiri yang kau cari
Takkan ada pengganti.
Kau kata,
Yang dulu-dulu tu implant sementara.
Tak sesuai.
Jadi,
Yang sesuai tu nak jumpa dekat mana?
Yang sedang-sedang. Yang muat-muat dengan hati kita.
Kota Kinabalu.
Disember 2013.
December 08, 2013
BitterHeart !
Hendak di luah .
takut hati rabak menerima jawapan.
Hendak di pendam.
Sakit menahan rasa yang tidak dilepaskan.
Jadi aku pilih.
untuk buangkan segala rasa jauh-jauh.
dan hidup tanpa hati dan perasaan lagi!
December 07, 2013
Di Mana?
Di mana kan kucari ganti
Serupa denganmu?
Terlalu sepi di hati
Selepas kau berlalu.
November 11, 2013
Asylum
Hey buddy
How can they cure me
When they themselves are crazy?
November 09, 2013
Cuba teka ....
Kita kawan.
tapi sekarang stranger.
cuba teka.
salah siapa?
Dia.
aku .
atau takdir yang telah tetapkannya?
October 30, 2013
Jangan...
INI CERITA UNTUK KITA
Kita bercerita,
Kita bersengketa,
Kita habis kata,
Kita curah ikut nista.
Mana hilang arah kompas?
Mana peta di tangan tak lepas?
Mana tuju mula nak menang?
Takkan dah lupa air mata kau linang?
Hebat cinta dengan suara,
Indah kasih dengan bicara,
Cantik laku tiada tara,
Cantik lagi kalau seri mutiara.
Mahu perjuang sebuah istana,
Mula gadai tanah terbina.
Jangan.
Jangan kau tunduk pujuk sayu,
Nanti bunga boleh layu,
Nanti tangkai tertanggal dari kayu,
Nanti yang bundar boleh jadi kuyu.
Jangan tewas.
Pegang tiang menjulang tinggi,
Biar kibar bawah panji,
Ini cinta bukan janji,
Pasak terpasung biarkan mati.
Kita masih begini.
Cinta ini bukan ilusi.
Khuzrin Kamarudin
Star Park
30102013
October 12, 2013
Cinta
Cinta
Kata yang penuh dengan kuasa
Penuh dengan warna
Mempersona
Cinta
Hadir dalam pelbagai rasa;
Dendam
Kasih
Rindu
Cemburu
Suka
Duka
Benci
Sabar
Dan entah apa lagi yang boleh kau kaitkan dengan cinta
Yang duka diluka cinta
Yang sakit dipanah cinta
Yang giat memburu cinta dan semuanya...
Ah, manusia sememangnya penuh dengan rasa cinta.
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)