October 28, 2016

Di Sebalik Kita



Kita punya cinta
Kita punya hubungan kasih yang teguh
Padu dengan cinta
Padat dengan  sayang
Lalu membentuk KITA yang penuh dengan lava cinta



Di sebalik kita
Ada hidup yang sempit
Perjalanan hari-hari yang serba tiada
Lompang sana
Lopong pula di sini



Tak mengapa
Jika dunia hari ini kasih sayang itu perlukan DUIT
Kau perlu tahu
KITA sedang bahagia
walau kita tidak dipilih Tuhan
Untuk bersenang dengan wang


 
www.tips-fb.com

October 25, 2016

Khabarkan Pada Laut.

Khabarkan pada laut,
aku rindu;
rindu pada ombak yang menarik kaki;
yang bila aku jelirkan lidah;
ada angin masin menampar mukaku.

Lalu aku gelak;
ketawakan diri sendiri;
yang pada ombak hanya sebuah longgokan pasir
menunggu untuk dihempas dan larut.

Khabarkan pada laut,
aku jemu.
Jemu pada ulah yang memikat nyeri;
yang bila aku ubah;
bisanya merayap ke seluruh tubuhku.

Jika laut bertanya
khabarkan padanya
aku kimput.


www.tips-fb.com

May 03, 2016

Sekeping Surat Yang Tidak Pernah Selesai


Dalam surat-surat yang tidak pernah kau baca,
kutuliskan kedukaanku.

Supaya kelak kita bertemu
tidaklah tangisku berpanjangan.
Kerana melihatku tersenyum itu
Bagimu sebuah kegembiraan.

Supaya nanti di saat
bantal dan tempat tidurku
di sebelahmu
dingin
.....
....
...
. www.tips-fb.com

September 06, 2015

A Lover



I am broken
As I lie in pain,
My heart is taken
My soul, in vain.



www.tips-fb.com

August 17, 2015

Undefined Relationship!


Sudah berapa kali aku dah pesan  pada kau.

"Kau hanya di antara satu, bukan yang nombor satu"

Bila kau makin nampak realitinya kau sendiri yang sakit hati.
Bila mana yang dipilih bukan kau tapi si dia itu kau yang kena tanggung patahnya hati.

Aku juga bilang.

"Luahkan kalau suka, kalau dia tak mahu maka kau berlalu dan mulakan kehidupan baru"

Dan kau hanya mampu menjawab.

"Cinta itu tak mampu dipaksa, dan aku tak mampu tinggalkan dia, Jadi aku takut jika aku meluah dia menolak, Hubungan aku dan dia juga akan hancur dan hilang dek kerana rasa. Aku tak mahu hilang dia. Dan aku tak mahu ulang silap yang sama buat kali kedua. "


www.tips-fb.com

August 11, 2015

Putus





buang segala impian
dalam harapan
yang tidak tersampaikan





www.tips-fb.com

July 28, 2015

Katakanlah

Andai detik itu mampu terulang,
Takkan terwujudnya kenangan.

Andai mimpi itu satu yang nyata,
Takkan adanya bunga harapan. 

Andai segalanya selalu ada,
Pasti takkan terjadinya kelukaan.
www.tips-fb.com

July 27, 2015

Bangang

Di setiap hari lahir, tak pernah sekali kau lupa mengucapkan.
Pada setiap kalinya aku gembira, kau sering menjadi penyebabnya.

Kala air mata menitis jatuh ke pipi,
Tangan kasar kau tak pernah tidak menghapuskannya. 
Dan malam, bila aku sunyi,
Kau menjadi penghibur hati.

Namun...

Semenjak ada si dia itu,
Kau makin jauh dan pergi.
Ditanya kenapa, 
Kau kata dia lebih serasi.

Lalu aku ini apa?
Setiap kelakukan kau itu untuk apa?

Mungkin,
Aku di si gadis polos yang mencintai lelaki yang sebenarnya bebal dan tidak tahu menghargai.
Akau mungkin engkau lelaki paling bangang dalam dunia kerana pergi meninggalkan cinta takkan pernah kau dapati. www.tips-fb.com