November 30, 2010

God loves us all.

when there's darkness surrounding,
when everyone were so far away,
when life turns out to be a total nightmare,
when it's almost easy yet it can't be done.

when world fools us and made us victims,
when life is a total fiction,
made us felt we're buried alive,
where earth swallows our screams,
"Save me!"

Insanely some believed God hates us,
Dear God, show me the way,
He let us feel our second heartbeat,
and let us find the strength of the world.

seize the day while you're still living,
make each of it a little piece of heaven,
for heaven shall arrive if we fought hard,
just as a gunslinger needed in a brutal war.




p/s: batubata poem aku. siapa yang boleh detect? :P www.tips-fb.com

Not So Long Time Ago

It wasn’t raining since yesterday,
but the children keep on living,
even the teachers can understand,
how old the books and the pencils are.

Oh yes, it’s not so long time ago,
since their parents bought it for ‘em,
they barely have enough food,
to feed their own mouth along,
with couple of old goat or cow.

Yet they still in the same classroom,
big enough to support twenty students,
the dusty chairs and crooked ceilings,
it’s a normal school day after all.
www.tips-fb.com

When


when you are waiting for someone
for the whole week
and when he's come back just for an hour
and you're not there 
......

when you're are always remember the sweets moment 
between you and him
and always pray for his happiness 
always ask to Allah to always blessing him
now and forever
and 
when he never know about it
and when he start to said you're not love him anymore
and when he start to saying the words that 
hurt you so much
and when
when....

you're sick enough with all this
but you're still want to go through with this situations

you are still 

SMILING 

cause he's you happiness

=)
www.tips-fb.com

t e r s i r a t

padu meniup layang-layang
di pegang ketat tarikan tali
semata melihat ia terbang
kerana indah tercipta di sini

usaha diri membina semua
dari rangka sampai pemacu
namun dek bahan yang cela
bersinggahan saja rasa itu
jangan kau maki hilangnya ia
terbang sendiri putusnya tali
sempurna indah itu tiada bala
cuma salah kau kepada diri

biarlah layang-layang lepas
begitu diri kan terus menyiksa
setiap indah walaupun kertas
namun sakit kan tunjuk cinta




terus terbang tiada tali menunggu masa mati ~
www.tips-fb.com

November 29, 2010

kesan kisah silam.

.

biar kasihku tebal.
biar sayangku menggunung.
biar cintaku dalam.
tetapi,
andai hatimu ku lukai berulang kali,
aku rela kau pergi.
dari terus disakiti,
oleh aku ini,
yang paranoid menghantui diri. www.tips-fb.com

u n g k a p a n


kalau aku beri kau cinta
dan tangan di hulur menerima
tapi terima mu itu bersalut ragu
soroklah jauh tangan kau
dan akan ku berpaling pergi
meninggalkan saja cebisan cinta
bawah di lantai saksi.

www.tips-fb.com

Masanya Kau Wahai HATI




DAN
tanpa sedar pengakhiran luka itu telah pon menemui titiknya
bila sudah diizinkan Tuhan
Karma itu berputar dan memilih aku untuk dianugerahkan pinjaman kebahagian




tanpa sedar aku menerima
tanpa ragunya aku menikmati
segunung kasih sayang yang dipinjamkan Tuhan untuk aku




ini masanya kau HATI
nikmati hargai tanpa kau perlu lupa untuk mensyukuri




sekali lagi
terima kasih TUHAN




www.tips-fb.com

I'm The Guy From The Sidewalk

I’m not a good speech giver,
but in case you forgot something ;
I can remind you immediately,
even when the clouds are too thick.

I’m not an excellent motivator,
but in case you got secrets to share ;
I could be a loyal listener,
even when all the trusts are shattered.

I’m not a passionate lover,
but if you’re dying to love someone ;
I’ll arrange a pretty typical dinner,
even when peanut butter are gone.

So I’ll just walked by,
passing through your little window,
throwing marble at your desk,
or even make you a sandwich.

Guess I’m not sweet enough, aye?
www.tips-fb.com

November 28, 2010

unforgiven

setelah kau putar belitkan apa yang aku cerita
dan kini kau kembali semula kepada aku
semata-mata untuk menggali kembali rahsia-rahsia
syaitan jenis apa kau ini
pernah kau robek-robek
pernah kau siat-siat
pernah juga kau makan daging aku
hampir tinggal tulang temulang
dan kini kau kembali untuk menyatukan jasadku semula

maaf aku takkan sama lagi seperti dulu
yang boleh kau pijak
yang boleh kau henyak www.tips-fb.com

November 26, 2010

Melankoli Sebuah Jiwa Yang Ketuaan

Sebatang pohon tua di tepi kali,
telah tumbang sejak lama dulu,
barangkali ditebang angin buas,
atau cuma dipanah halilintar panas.

Di atas batang pohon itu,
seorang tua berbaju lusuh,
memegang kail sambil bersiul dingin.

Tidak ramai yang tahu,
hatinya telah lama kering,
dan kini sekadar dibajai hampa ;
senyumnya tidak pernah bersinar.

Barangkali silamnya datang lagi,
dalam lamun yang menggetar rasa,
karmanya berbalik 360 darjah.
www.tips-fb.com

Pisau

dah lama aku pegang pisau ini

mak ingat aku mahu potong ikan
yang dia beli hujung minggu lalu
masak kicap tapi sebenarnya bukan
bukan itu yang ada dalam otak aku.

ayah ingat aku mahu hiris roti
yang aku bakar dalam ketuhar
tapi dia tak tahu apa dalam hati
yang buat hidup aku jadi sukar.

adik ingat aku mahu potong kertas
sebab gunting yang ada dah hilang
tapi selalu dia nampak aku cemas
dia fikir otak aku dah kurang

aku ingat aku mahu potong daging
yang lebih-lebih pada tubuh ini
orang kata aku hodoh tak ramping
buat aku berhenti dari kompeni

aku dah lama pegang pisau ini www.tips-fb.com

penipuan

mahu disimpankan dalam kotak,
ditutup rapat,
dikedap sendat.

terlalu rapuh untuk dibiar bersahaja,
harap tidak dijumpa,
tidak diteroka lagi.

tolong biar kotak itu diam di situ.
jangan disentuh, lagi. www.tips-fb.com

sidewinder

he crept in silence,
he moved along the dark,
slowly burying himself in the cold sand,
where the atmosphere fiercely blazed.

carefully waiting for her,
he patiently kept an eye on the world,
calculating the moment,
for a sudden strike of her death.

fangs buried in her flesh,
his venom moved in her veins,
veins that felt warm to his mouth
and to his eyes he showed pleasure.

she choked and gasped,
and was forced to inhale salty air,
inside her everything collapsed,
unable to support her no longer.

he took her in with joy,
satisfied with what he'd done to her,
as he watched her become powerless,
in his total control.

she was unable to recover,
she was destroyed,
teary eyes could no longer she bear,
her mouth closed and opened for more air.

a pain she felt in her heart,
she knew his poison worked from the start,
from the day she gave her murderer a gift,
a gift which was priceless beyond anything..

is a gift of love.




p/s: dah lama tak tulis poem.

www.tips-fb.com

November 25, 2010

Saling memakani

Aku tak kisah sangat
bila daging aku
dimamah-mamah
disiat-siat
sebab
aku pun ada
menikmati daging kamu
bila kamu tiada

jelas
kita bukan manusia sempurna :)

P/s: ini bukan cerita pasal daging korban minggu lepas
www.tips-fb.com

November 24, 2010

tanpa title

di corong-corong gelap lorong
aku duduk termanggu seorang
mataku terpaku melihat cahaya di seberang jalan sana
mampukah aku untuk ke sana
dan bersama-sama dengan mereka? www.tips-fb.com

memang

dunia
tempat
manusia-manusia
kejam
dan
aku
juga
berada
di dalamnya
terasa
terasing
dari
mereka-mereka
yang
gah
berkuasa www.tips-fb.com

JIWANG?

Apa itu jiwang?
Yang dikata mat bunga,
minah jiwang karat,
Ayat sentiasa punya bunga.

Salahkah kalau seorang itu menjadi jiwang,
Membina ayat, menyusun kata,
Kerana keindahan bahasa juga terletak pada susun bicara,
Kalau sekiranya dia bicara penuh skema,
Dikata budak DBP,
Adakah salah?

Bagi aku,
Tidak wajar melabelkan sesiapa minat atau mat jiwang,
Kerana kehalusan bahasa kadang membuatkan aku terdiam,
Kagum pada bicara yang diatur,
Kata yang di susun,
Madah yang dilafaz.

08-10-2010
2200
Qamar Cinta 1-1
www.tips-fb.com

November 23, 2010

semuanya tak kena

setiap perkara yang aku lakukan
pastinya ada yang mengata
payah nak puaskan hati semua orang
susah kalau orang selalu mencari kesalahan aku
walhal diri sendiri melakukan perkara yang sama
sepertimana yang aku lakukan

semua yang aku lakukan
pastinya menjadi sebutan
aku bukan kanak-kanak yang ingin menarik perhatian
aku sekadar melakukan apa yang aku rasa perlu
untuk menghiburkan hati aku
aku tidak menganggu hidup siapa-siapa
jadi biarkan aku bersendiri www.tips-fb.com

satu dalam seribu

untuk satu dalam seribu
aku pilih kamu
sedangkan aku sendiri tidak tahu
kenapa kau dan aku
bisa menjadi satu

mungkin kau di hadiahkan kepada aku
sebagai peneman kalbu www.tips-fb.com

Berkata

Semuanya begitu kabur
dan semua manusia begitu palsu
dan semua orang menjadi kosong
dan semuanya jadi kacau

dunia diduduki tanpa anda
Aku tidak boleh hidup sama sekali
seluruh dunia aku dikelilingi anda
Aku tersandung kemudian aku merangkak

Anda boleh menjadi seseorang untuk aku
Anda boleh berdusta dengan aku
Anda tahu bahawa aku akan melindungi anda
dari semua anasir durjana

Aku ingin tahu apa yang anda lakukan
bayangkan mana anda berada
ada lautan di antara kita
tapi itu tidak terlalu jauh

Bolehkah anda mengambil semua itu
Anda boleh mengambil semua itu
ya juga menggalakkan di wajahku
ini rasa sakit yang anda berikan kepada saya
Bolehkah anda mengambil semua itu
Anda boleh mengambil semua itu
ya itu juga mendorong wajahku

Semua orang berubah
tidak ada tersisa satu yang nyata
untuk membuat anda sendiri berakhir
dan biarkan aku tahu persis bagaimana perasaan anda
www.tips-fb.com

Kisah Hujan

semalam
waktu renyai hujan turun
kau dan aku
kita berdansa di dalam sana
sambil kau dakap aku erat
kau bilang yang kau rindu


senyum ku terukir 
kau juga bilang yang kau cemburu
kau tidak mahu aku dilihat orang
ya
aku faham apa rasamu
maaf ya kerna menerbitkan rasa keji itu


=)


semalam juga kau sedikit romantik
tidak seperti selalu


kalau masih kau ingat
pernah aku kata


kau memang tidak romantik seperti mereka
tapi bila kau romantik
aku juga bisa angau!


Sang Pencinta, aku cinta kamu!

mak! saya mahu kahwin dengannya! 
boleh tak?
=)
www.tips-fb.com

November 22, 2010

ANGKA.

Kamu pandang pada angka,
Nampak angka berjuta sahaja kamu kata ia banyak,
Jika hanya satu ada,
Itu sedikit cuma.

Amalan yang dihitung di alam sana
Bukan seperti angka yang kita nampak dengan mata.
Allah hitung bukan dengan angka,
Namun ikhlaskah kita laksana.
Sedikit ikhlas, pahala besar.
Banyak menayang, semua melayang. www.tips-fb.com

:)

Semoga kalian mendoakan kejayaan saya menempuhi perang ini. Aminn :) www.tips-fb.com

setiap yg mula,perlu ada akhirnya.

.

dan untuk setiap helaan nafas,
yang selalu ada kamu,
aku matikan.

dan untuk seluruh hati aku,
yang diisi oleh kamu,
aku kosongkan.

dan untuk memori fikiran,
yang penuh dengan kamu,
aku padamkan.

dan untuk segenap jiwa,
beribu dengan harapan,
aku kuburkan.

pergi dengan laju,
jangan menoleh aku lagi. www.tips-fb.com

Pejuang..

Penuh segak aku persiapkan diri...
Mengikat belikat memperkemas diri...
Berselimpang tegap persis pendekar sejati...
Mahu bertarung sampai aku mati...

Di gelanggang ini aku memasang kaki...
Bertarung demi sebuah nilai dalam sejati...
Mencari menang bukan kalah berkali...
Untuk sang cinta aku teruskan menari...
Seringkali aku berjuang menentang rindu...
Dalam memperindah sebuah hubungan ini...
Biar memercik darah sekalipun...
Jiwa aku takkan kalah dalam tangis..

Demi untuk mu...
Aku menangis...
Tapi hati aku...
Megah mengiyakan...

Kau kasihku.... www.tips-fb.com

November 21, 2010

tanpa

titipku pada sang bayu
mana hilang cintaku?
laungku pada senja
mana hilang kasihku?


rindu ku didakap, dipeluk, dimanja, dibelia, dicumbu mu~
rindu ku dimarah, diherdik, dijerit oleh mu~


kembalilah sayang
tanpamu aku rasa kosong
tanpamu aku rasa sepi
tanpamu


aku mati!


bila mana cinta memenuh di jiwa
semua serba tak kena
bila cinta yang penuh di jiwa itu hilang
lagi serba tak kena

:(

www.tips-fb.com

rasa

hush! diam.
depangkan telinga,
luaskan.

hush! diam.
sekatkan nafas,
perlahankan.

hush! diam.
kapitkan mata,
rapatkan.

rasa.

fitrah sedang bisik pada aku
dengan gemalai sayup suaranya,
"Tuhan ada. kukuhkan. ADA."




*untuk aku dan siapa siapa yang terkadang berkenapa pada Tuhan* www.tips-fb.com

j e n d e l a


mahu hanya kata ini punya sayap
boleh berkibas laju mencucuh angin
pun terus terbang dan terbang tinggi
biar ia hantar pesan diri di sini sendiri
yang rindu akan diri di sana sentiasa.

www.tips-fb.com

November 20, 2010

ERTI PEDULI.

Pedulikah itu yang kamu kata,
Dibiar teman sebelah aurat terbuka,
Melihat jejaka gantang bercelana,
 memandang wajah bukan milik kita.

Sedang dunia makin tua,
Kian sampai hujungnya,
Mana kita penghuninya?
Masih lena.

Sembelih kini,
Bukan setakat lembu, kerbau dan binatang empat kaki,
Laki, Bini, Ayah, Ibu jadi mangsa,
Di mana kemanusiaan?
Kebinatangan merajai.

Inikah tanda peduli?
Melihat tanpa rasa di hati.

20-11-2010
Mahang, Kedah.

adakah kita peduli nasib diri dan bangsa sendiri? atau sibuk melayan hiburan sana hari???
www.tips-fb.com

November 17, 2010

Atas dasar apa untuk kita kukuh berdiri lagi?

 .

Atas dasar maruah seorang manusia yang diperlekehkan.
Atas dasar perasaan hati yang memberontak ingin melepaskan diri.
Atas dasar sayang dan cinta yang lansung tak dihormati.
Atas dasar kepercayaan yang takkan mungkin terbentuk lagi.
Atas dasar manusia hina yang lemah, penuh dgn wasangka menyelubungi.
Atas dasar diri yang takkan mungkin melemparkan maaf berulang-kali.
Atas dasar hati yang tidak punya bentuk lagi.
Atas dasar diri yang tidak punya hati lagi.
Atas dasar jiwa yang sudah terkubur sebelum dijemput mati.

Kau.
ya Kau.
jangan pernah mencari lagi.
kerna, cinta mati ku hanya sekali.
dan kau telah menjahanamkan berkali-kali.


Temperature hati aku sedang menggelegak. www.tips-fb.com

November 16, 2010

Kawan

kawan itu melengkapi
kawan itu memahami
kawan itu menyayangi
kawan itu menghormati
kawan itu mengasihi


tapi kau


mencaci
mengata
mengutuk
menghina


dengar sini


aku tak mahu kawan seperti kamu
persahabatan kita tiada harga di mataku


dulu aku kau sayang
aku kau sanjung
tapi
dibelakang
aku kau kata
aku kau umpat


kalau aku boleh terima kelemahan kau
kenapa tidak kau?


sudahlah


bagi aku


KAU KANAK-KANAK YANG BARU MAHU MENGENAL DUNIA


;)


semoga kau bahagia dengan laki-laki yang kau bilang padaku
dulunya kau benci


selamat tinggal!




bersahabatlah dengan ikhlas
nescaya kau akan  lihat emas dalam diriku
jika bersahabat dengan ku kerana kesunyian
kamu hanya lihat kelemahan yang ada
dan satu hari kamu akan pergi kerna kelemahan ku

www.tips-fb.com

celaru

hari ini kau lihat kebodohan aku.
hari ini kau lihat aku jatuh.
hari ini aku tunjukkan siapa aku.

celaru,celaru. www.tips-fb.com

h a n y a

masa itu ;
seperti jarum yang menolak
tiada sabar mahu kita keluar
dari saat mampunya bersama
dari saat biasanya bersua.

masa itu ;
irama kencang pun termati
nada sayu melodikan suasana
bila mana tiada lagi seiring
bila mana hadir itu penting.

masa itu ;
puitis kata lemah tiada daya
terpaksa kita berhenti sekejap
kerana ia tiada dapat ditangkis
kerana ia takdir yang ditulis.


masa itu ;
babak berat mula dilakon bersama
air mata,
tangan dua,
dialog serupa,
watak dimain dengan gahnya.


ia perpisahan sementara
memanglah tiada luka terbina
tapi hati ini siapa yang boleh jangka
tiada.

rasa cinta bila bersama
jadinya lain
rasa cinta bila dipisah
lagi lain jadinya.

walhal rasa yang memang biasa ada
tak kira bila
dengan tiada semena menjadi buak
tak dapat lagi dijaga.


dari itu;
bermula sesi satu pembelajaran
yang tiada guru
yang tiada buku
hanya hati yang tahu ;
menghargai cinta.





terus mereka menjadi pelakon cerita~
www.tips-fb.com

November 14, 2010

Sejuta Stanza...

Berdendang lagu mesra indah...
Berdondang asyik belai bermadah...
Menitip setiap satu warkah...
Menghayat setiap satu sejarah...

Masing-masing punya cerita...
Mengajak yang lain ikut sama...
Meneliti kronologi dari yang lama...
Tercipta antalogi hayatan bersama...

Memang stanza indah bicara...
Bikin penatap cair hendaknya...
Masakan tidak engkau terasa...
Syahdu...
Bahagia...
Semuanya ada...

Kalau kau mahu menyanyi bersama...
Mari berstanza bersama aku dan mereka...
Kalau tak mahu...
Berambus segera,...

=) www.tips-fb.com

sibu-sibu dan lampu

1.
perlahan lahan aku masukkan ke mulut.
membiarkan tunas-tunas rasa comel menjalankan tugas mereka.
sambil pejam mata, aku kunyah dan telan.

senyum.

lama sudah rupanya.

2.
rongga hidung disentuh lembut dengan bau kamu.
rindu!

3.
rasa perut ditarik, saat dengar berita pemergian kamu.
dan janji yang pasti adalah mati.
dan aku?
....

4.
saat aku mencari emosi untuk diubah menjadi aksara,
rupanya secara tak sedar aku mewujudkan titik benci dalam hati.
titik titik benci yang boleh buat hati mati, keras dan tuli.

diam.

dan jangan membenci.
www.tips-fb.com

November 13, 2010

salam

simpan kenangan lalu
tanyakan apa yang kau ingin tahu
biar segalanya terurai
andai tak mahu bicara
teruskan berahsia
satu hari nanti pasti kau akan rasa sakit
bila bicara semua tak kena
rahsia mula terbongkar semuanya www.tips-fb.com

Fantasi Indah Rintik Hujan

Ilusi mula menapak laju
Melewati ruang minda sepi
Bias cahaya terang menutup mata hati
Sekaligus menutup pintu fizikal ke ruang mati

Fantasi optik meliar ke layar cahaya perak
Imej gadis cantik mula terawang di ruang mega minda optik maya
Graviti mula menidakkan tarikan bumi
Aku terawang diangkat fantasi gadis seksi
Gemalai liuk tubuh mengangkat tongkat adam ke ruang paling dalam

Mata semakin layu melayan fantasi bangsat di depan layar
Sedikit tenang.....
Pandangan mata hati mula gelap
Reaksi metafizik makin malap
Refleksi mula setuju dengan hukum alam




...........................................

OI!!!! jangan tido la palat!!!!! 
STUDY!!!!!!
hehehe....
shilanat ngantuk sial......


p/s: Ni karya KAROK yang comot :P www.tips-fb.com

November 12, 2010

Stalker Yang Berjaya

Kau gali-gali tanah
sampai kerak bumi
untuk sembunyi.
Aku cari walau mati

Kau tarik-tarik awan
awan merah awan hitam
untuk lindung satu badan.
Aku terbang terus pegang

Kau terjun laut dalam-dalam
nun jauh tidak terenang
untuk lari dari dibaham.
Aku selam sampai kejang

p/s: aku stalker tegar kau :) www.tips-fb.com

h e m b u s a n


sayup cahaya besi tegak bertapak
kita mencari garisan padam kebulur
dek penat bersenangan di tepian air


khusyuk menjamu santapan berbayar
berkongsi pun semua yang kita ada
angin memberi salam laluan dahulu
diiringi air deras tepat jatuh ke bawah
kita semua bertempiaran lari ketawa
kelakar ; duduk aku seorang melihat
telatah mereka jauh, mereka dekat


senang ini hati melonjak fana gembira
aku menjamu sambil kalian berbasahan
dan kau menggigil berhampiran kerusi
tiada kata rupa cermin rasa indah ini
bagai sejarah yang tiada pun berulang


sayup cahaya besi tegak bertapak
kita memadam dengan titik air langit
dek kenangan kita semua ; manis.

www.tips-fb.com

November 11, 2010

Sebuah Puisi Untuk Rusuk Kiriku

Kau tidak rasa ;
tapi aku berjalan sendiri,
di bawah lebat hujan,
menjajar sebuah langkah,
yang mendatar jadi keluhan.

Kau tidak faham ;
tapi di hujung terowong,
aku disambut sinar suria suam,
membisik semangat paling membakar,
yang hingga kini bernyala garang.

Kau tidak tahu ;
tapi di akhir perjalananku,
aku simpan semua cinta bahagia,
yang ku kumpul padu jadi hidupku.

Dan kau berdiri di ambang gerbang syurga,
menjadi pemimpin simfoni 44 suara bidadari ;
nyanyikan aku lagu paling mendayu,
sebuah lagu selamat datang.


p/s : hadiahi perkara tercantik untuk anugerah paling berharga Tuhan pernah berikan untuk seorang laki-laki.
www.tips-fb.com

aku nak kasi tahu;aku patah.

'' im sorry ''

aku panjangkan leher . kau rupanya .
aku patah .
--------------------------------------------------------------------------------------------
aku perempuan pesisir .
yang mengetuk tangan pada kayu jeti ,
rentak dari Jem .
aku bangun dan lena dengan aroma bayu ; padat tapi asyik .
aku berdekit-dekit bersama ,
ketam patah kaki kiri ,
umang-umang ,
si kerang kecil
dan bunyi hiruk bot serta pikuk peraih .
aku hidup dengan tawa orang laut , dengan tangan kasar mereka ,
serta Tuhan yang taruk manisnya senja bersama mereka sambil menjulur kaki .
---------------------------------------------------------------------------------------------
'' aku cuba masuk dunia kau ''

aku patah .
kau budak singgahsana ,
aku pula berkaki kasar memijak pasir memutih ; lunyai dan kotor .

jangan sekadar mencuba ,
aku tak suka . www.tips-fb.com

November 10, 2010

Ini Aku

aku ingin sekali jadi seperti mereka
dibelai manja dengan kata-kata
dipujuk dirayu hatinya
aku ingin begitu


tapi aku tahu ia sukar bagi kamu
kerna kamu bukan begitu
atau mungkin kamu yang tak ingin begitu


aku sering cuba memahami kondisimu
meletakkan diriku ditempatmu
cuba sedaya upayaku


tapi masih tercela kurangnya
masih terlihat


aku ini si kayu yang ada waktu kering hatinya
aku ini si celik yang ada waktu buta matanya
aku ini si kepoh yang ada waktu bisu bersuara


maafkan aku kalau aku khilaf
aku cuma seorang wanita biasa
yang cuba berganding dengan kamu
yang mahukan sesuatu yang diluar mampu ku


maafkan aku!

www.tips-fb.com

#7: Sampai kapan lagi?

Ais juga bisa melebur..
Tapi otak ini seakan sudah beku..

Roti bisa saja dipatahkan..
Tapi otak ini seakan sudah keras..

Kertas bisa dikoyakkan lalu dibuang..
Tapi otak ini pepejal yang melekat..

Sampai kapan otak ini berfikir tentang lelaki itu?
Sampai kapan hati ini menanggung perasaan rindu itu?
Sampai kapan diri ini menanti sebuah cinta?

Aku sudah penat!
Hati aku letih..
Otak aku tak berdaya lagi..



www.tips-fb.com

Butir...

Asalnya aku cuma insan biasa,
Yang berkelana seorang pengembara,
Yang mengharung tandusnya dunia,
Bersama perjuangan mahukan bahagia...

Terlihat banyaknya kilau di pertengahan jalan,
Gemerlap mata aku,
Mahu sahaja aku ambil semua,
Tapi takut tiada harga...

Entah mengapa,
Sebutir yang memancar cahaya,
Aku kutip dengan hati-hati,
Takut terluka,
Sebab,
Di jari aku ada parut luka lama...

Ah...!!!
Pedulikan itu semua,
Aku yakin butir ini adalah permata,
Butir permata itu lah aku sematkan dekat dengan hati,
Dan butir itu berkilau riang...

Aku terus berjalan...
Tapi aku bukan seorang...
Dalam hati aku ada bintang.... =)
www.tips-fb.com

November 09, 2010

no 10 - perempuan

apa yang membezakan aku dari perempuan - perempuan biasa ada lah aku bukan perempuan tipikal dan aku tidak mempunyai aset yang sesempurna perempuan lain. yes, probably aku ada Sindrom Turner, atau apa - apa je lah yang menyebabkan aku tidak mempunyai buah dada yang mengancam dan sosok tubuh yang dengan mudahnya kasi lelaki getar. ini pengakuan jujur. maaf aku tidak mampu untuk dibanggakan.


dan, ada kalanya aku terlalu bodoh dalam bercinta. aku kenalkan kawan baik aku kepada lelaki-yang-aku-susah-payah-nak-usha-tapi-dia-tak-perasan-perasan-jugak. dan dalam tak diam, mereka mula bercontact - montact, bersuper savers, dan walla - ______ is in a relationship with _______. what the actual fuck is that?


aku memang bodoh. aku memang tak akan merebut peluang yang ada di depan mata. aku memang tamak haloba. aku memang akan jalan chillax depan orang ramai walaupun dah lambat untuk temujanji. aku memang tak akan kejar bus yang dah nak jalan. aku memang hipokrit. maaf. aku memang hipokrit.


aku perempuan.


apa yang membezakan aku dari perempuan - perempuan lain adalah aku bahasakan diri aku sebagai 'Aku' dan lelaki-yang-aku-susah-payah-nak-usha-tapi-dia-tak-perasan-perasan-jugak sebagai 'Kau'. aku biasakan aku dan dia selesa dalam situasi sebagai 'Kawan'. aku tak akan pernah luahkan perasaan aku. dan aku cuma akan berpaut pada takdir Tuhan. kalau ada jodoh nya, ada lah.
www.tips-fb.com

Hebat

Terdiam aku terpaku
melihat kau gelak ketawa gembira
apa kau tidak sedar kepentingannya
menuntut ilmu itu amat penting

apa aku juga tidak perasan
aku juga turut gelak tertawa bersama engkau
tidak menghiraukan apa kata orang disekeliling
melakukan apa sahaja mengikut kehendak diri sendiri

ah!
apa aku kisah
aku punya hidup aku sendiri
aku ada keghairahan aku sendiri yang perlu aku penuhi
aku ada keinginan dan masa untuk diri aku sendiri

Apa?
kau mahu memaki aku, makilah!
kau mahu mencaci aku, cacilah!
kau mahu mengata aku, mengatalah!

apa kau tidak sedar
setiap kali kau lakukan perkara seperti itu
dalam tidak kau sedari kau jadikan aku lebih hebat
kau telah membuat aku sering dijadikan buah mulut orang

kau telah buat orang sentiasa ingat kepadaku
tak kisah lah baik atau jahat
tapi orang akan ingat aku sebagai seseorang
yang sering diperkatakan orang seperti kau

hahaha
ketawa aku melihat kau
kehulu hilir mencanang nama aku
apa kau masih tidak puas
apa kau tunggu, aku melutut di depan kau?

apa saja kau canangkan itu
tidak ubah seperti bunyi lalat yang menghurung lalat di tepi longgokan sampah
aku tidak ambil kisah apa kau canang
kerna aku tahu aku adalah aku

aku yang hebat dengan cara aku sendiri
ya, Aku Hebat! = ) www.tips-fb.com

November 08, 2010

lantera merah

kalau ada objek lain
yang lebih tajam dari mata pisau itu
gunakanlah dan robeklah jantungku
dari kau terus menyiksa aku dengan
kejujuran yang menyakitkan
kalau benar kau dah tak punya cinta pada aku
khabarkan saja
agar aku bisa terima
dan aku tak tersiksa di kemudian harinya www.tips-fb.com

#6: Intuisi

Aku fikir gaya logos..
Waima aku juga ada skeptisisme..


Wahai hati,
Ketukan kali ini disambut dengan mesra,
Lembut serta gelak tawa..


Wahai hati,
Jangan kau gembira sekali,
Tentu saja ada derita menanti..


Wahai hati,
Aku masih disini menanti,
Satu hari ku pasti kau ke sini..

Ini intuisi aku khas untukmu..


www.tips-fb.com

November 07, 2010

Sebuah Miraj Bersama Elemen Kehidupan

aku tutup mata,
sekadar untuk bersembunyi,
dari sebuah cerita.

sebuah rendang sejuk,
di tengah padang lalang,
di atas bukit hijau,
meditasi bersahabat dengan sunyi.

tanpa guntur, kilau guruh bersilauan,
tanpa basah, titis hujan bertimpaan,
tanpa siapa-siapa sedar kewujudan ;
liar sepasang mata masih ada,
mencari tanda jalan di persimpangan.

bila kubuka mata ;
maya mimpi segera pupus. www.tips-fb.com