Showing posts with label aku tak suka letak label2 ni. Show all posts
Showing posts with label aku tak suka letak label2 ni. Show all posts

May 14, 2011

dasar askar kecil!


apa yang aku tak dapat lihat adalah
perkara ajaib masa hadapan

dan seperti masa berdetik dengan laju,
meninggalkan aku
yang berjalan membawa sebuah tong cat
mengelilingi bangunan empat segi ini.

pakaianku selekeh sekali
ah sudah pasti tanpa gincu merah hati
ah sudah tentu tanpa sanggul bonggol unta-yang langsung tidak memikat hati ini

ah asal aku tidak bogel,sudah!

cat putih.
kebetulan,ada habuk berwarna hitam masuk ke dalam
ah kotor
ah dari setitik-titik putih
kini berlegar anasir-anasir luar

semut-semut berdiri memerhati dari tepi tingkap
bertanya

'apa kau mahu buat sekarang,si selekeh muda?'

ah takkan bodoh aku
bercakap-cakap pula dengan semut.
dasar askar kecil!

akan aku tarik keluar anasir itu
simbah dengan air mahupun cedok kasi buang di tepi longkang
akan ku jaga cat putih
pemberian majikan penjaga duniaku,
yang aku minta moga di akhirat nanti
pintalah mereka masih menjagaku.
akan ku jaga,
tanpa setitik cela.

jika bercela,
maka celakalah aku.
jika bercela,
maka Tuhan bantulah aku www.tips-fb.com

January 27, 2011

selang 5 minit


muncul seorang laki-laki dari balik tirai,

''bermalam-malam berinai,tika berlampu atau tidak,
bermalam-malam rindu tidak selesai,untuk melihat si rusuk kiriku yang bercelak''

1:20 am
menyapu celak untuk separuh nyawa lagi,
mengibas tempat lena untuk separuh nyawa lagi,
apa ada pada seseorang yang ditepi,
kalau bukan si kekasih halal yang berada di hati.

1:25 am
www.tips-fb.com

January 06, 2011

secawan kepahitan .

hari itu yang sentiasa kalut

dengan tingkap yang lebarnya tidak masuk akal ,
aku berdiri bergesel dengan secawan kopi
di tangan kiriku .

aku cuma
perempuan hati runsing yang tipikal ;
yang konon menulis untuk tunjuk rasa
rindu
menunggu
dan kebal dengan jantina berlawanan

tetapi sebenarnya ,
aku perempuan berbau kafein yang
tidak dapat menerima kenyataan
hakikat
yang bekas itu sudah lama pergi meniduri hati yang lain

aku cuma ,
perlukan sedikit ruang .
untuk kembali
memberi dan menerima perasaan seperti itu lagi
dan aku cuma ,
perlukan secawan lagi kopi dan kepahitan .
pahit tetapi tetap diperlukan . www.tips-fb.com

January 03, 2011

tolong diam .

mencarut bukan caranya tunjuk yang kau rindu .

mencarut bahasa 4 kaki.
aku manusia normal yang punya lebih sedikit hormon lelaki,ada 2 kaki .

jadi jangan mencarut sambil cakap rindu .
  www.tips-fb.com

December 17, 2010

nota untuk bangku

aku masih tetap kaku .
melihat kau menutup buku ,
dan berpeluk tubuh .
dengan kotak petak berkepul-kepul di poket kiri
dan note tentang bola yang bakal meneman pagi kau ,
aku mahu kata ,
aku marah .

kalau marah bersebab
atas sebab ,
kepercayaan makin goyah
dan jurang makin hebah
tidak mengapa , bukan ?
kalau marah bersebab
atas sebab ,
tulisantulisan aku hanya untuk si bangku yang kaku
yang pagi sibuk
yang petangnya terkejar-kejar
yang malamnya melakar kerja

maka maafkanlah aku .
yang lari dari konsep memahami selama bertahun tahun ini .
aku yang pagi-pagi sibuk meninjau entah kau sarapan atau belum
aku yang petang memegang telefon menunggu kau
aku yang malam mengatur sedikit waktu
melakar kata di skrin kau .

tapi waktu itu , aku tak terkata tak termarah .
dan lelaki bergaya segak berona putih ,
menghantar bau Latte penuhkan masa kita
yang entah sampai bila .
entah . www.tips-fb.com

December 10, 2010

lewat hujan di Kinabalu

aku menulis dan baling kertas berlipat itu
tepat terkena dahinya
dahi yang 12 jam memandang lukisan
dan 12 jam lagi bersama heningku

dia yang masih sibuk bermain lukisan lukisan roda
dan tangan yang sudah tiga abad bersama-samanya itu
tetap tidak juga tertarik
untuk membuka kembali kertas itu

aku kalah dan dikalahkan .

lewat hujan petang yang bersiul lemah bersama Mocha Et's dan
sejadah tempat kami teguhkan tiang itu ,
baru aku tersedar
yang dia sentiasa menyalin tulisantulisan kertas ku
dalam sekeping doa
malah dalam setiap hela nafasnya
dan selagi ada halal antara kami www.tips-fb.com

December 03, 2010

dia yang masih berbau aku ;seperti selalu

jam 9 dan bangun pagi
sambil dia sanggul rambut
aku capai pemetik api
sambil dia buka , tuang dan kacau nescafe
aku nyalakan killer dan sedut
lalu pandang ke luar
dan bertaut dengan sepasang mata mata burung merpati yang seringkali menyapa pagi kami
sambil dia lapkan sedikit creamer yang tumpah ; seperti selalu
aku kepulkan asap pertamaku

lalu aku capai tuala
naik tangga dan tolak daun pintu
seperti selalu ; buang sebatang killer dan flash

selepas 16 minit
aku turun dan memanggil dia
untuk berkongsi nescafe , untuk berkongsi satu hinggapan ; seperti selalu

dan 37 minit selepas itu
di sini aku
di kecemasan
dia pula entah bergerak entah kaku di dalam
peptic ulser
di sini aku kaku beku
cukup sempurnakah aku untuk dia sehinggakan perutnya dimamah pun aku tidak tahu ?

aku teringatkan sesuatu
merpati pagi tadi bukan seperti selalu
sudah hilang seekor dari dua

dan sedang itu ,
aku sudah hilang dia .
dia yang masih berbau creamer
dan dia yang tidak akan menjadi ; seperti selalu aku lagi . www.tips-fb.com

November 11, 2010

aku nak kasi tahu;aku patah.

'' im sorry ''

aku panjangkan leher . kau rupanya .
aku patah .
--------------------------------------------------------------------------------------------
aku perempuan pesisir .
yang mengetuk tangan pada kayu jeti ,
rentak dari Jem .
aku bangun dan lena dengan aroma bayu ; padat tapi asyik .
aku berdekit-dekit bersama ,
ketam patah kaki kiri ,
umang-umang ,
si kerang kecil
dan bunyi hiruk bot serta pikuk peraih .
aku hidup dengan tawa orang laut , dengan tangan kasar mereka ,
serta Tuhan yang taruk manisnya senja bersama mereka sambil menjulur kaki .
---------------------------------------------------------------------------------------------
'' aku cuba masuk dunia kau ''

aku patah .
kau budak singgahsana ,
aku pula berkaki kasar memijak pasir memutih ; lunyai dan kotor .

jangan sekadar mencuba ,
aku tak suka . www.tips-fb.com

November 04, 2010

tulisan untuk kau ini .

angkat muka
dan dagu kasi tongkat tinggi-tinggi .
aku tahu di hadapan aku ini muka kau paling dungu ,
dengan rambut separa ikal dan asap yang paling aku tidak suka
aku mahu kau tahu aku perlu kau

apa
kau masih perlukan aku ketika matahari terlambat untuk menyapa pagi kau
apa
kau masih perlukan aku membancuh kopi buat peneman kau
apa
kau masih perlukan siulan serunai ku ketika bayu malam menegur kita


setelah 87 hari yang lalu ,
serunai ku berhabuk .
sedangkan mulutku sentiasa beralun seperti di Pulau Lankayan
tempat kita memagar angan-angan dahulu .

dan aku angkat muka seperti biasa ,
lain wajah dan lain ikalnya .
yang lain ini sungguh berbeza , tiada asap buat aku marah .
dan tiada debu di kemeja yang perlu tanganku mengibas .
dan yang lain tiada tahu akan tulisan untuk kau ini .
beza cuma ,tulisan aku tiada ruang untuk yang lain . www.tips-fb.com

October 29, 2010

cuma cello biasa.

siapa dia 

penunggang cello yang menyusun kata
penunggang cello yang menyelit rasa ,
rindu/benci/rindu 
berbaur .

siapa dia

bagai sang layang-layang yang sedang terbang
melarikan melodi cinta
menarikan melodi hab
dan
meratah seluruh jiwaku dengan
tik,tap,tik,tap
bunyi irama dari penunggang cello sayu itu .

siapa dia


tika dalam jaga,dalam lelap,
dalam tempang,dalam buta,dalam jatuh,
dan tika dalam kawalan serta keredhaan dariNya ,
aku berserah .
moga aku bernafas dalam nafasnya.
www.tips-fb.com

October 19, 2010

2 .

 kala saat berdetik , minit berputar dan hati berdebar ,
aku kau punya .
aku mahu tersenyum sehingga waktu berhenti dan kau di sisi .
www.tips-fb.com

October 17, 2010

malam kahwin tanpa kau .

kau tahu kan ,
bila kau sudah menangis melutut sebegitu ,
aku langsung geleng dan berlalu pergi .

maaf .
sebab malam semalam yang mengadap wajah abah dan membelakangkan wajah aku ,
bukan kau .
sebab malam semalam tangan yang terketar-ketar menyarungkan ikatan pada aku ,
bukan kau .
maaf .
dahi aku sudah dikucup dingin oleh seseorang bersongkok tinggi putih bersampin ,
dan kamera petak besar dan berat itu hanya merakam ,
gambar aku dan dia .
 
nanti bila aku sudah tua akan aku khabarkan puisi ini buat susur galur aku ,
akan aku berkisah tentang kisah yang benar-benar terjadi pada Jumaat lepas ,
tentang bagaimana aku bagai boneka cap terumbang-ambing ; hancur ,
yang mengikut sahaja kata orang tanpa berteguh mahu berlari bersama kau .
tapi kuasa Tuhan .
sudah takdirnya malam ini dia lah insan yang bakal aku tatap hari-hari ,
walau baru ketika ijab kabul ini aku berlaga tangan dengannya.


aku tahu kau terima sahaja.
aku juga begitu.
aku kenyang dalam keterpaksaan .
aku begitu kenyang .
dan kau begitu lapar untuk bersama aku .
www.tips-fb.com

October 06, 2010

si merah darah

gincu merah darah ,
aku calit biar pekat tak tersukat .

jaket hitam likat aku kasi sarung ,
rona sepadan dengan mata yang diukir rapi .
aku toleh tepi .

*sial .
aku hapus semua calit di muka .
aku kesat si merah darah dengan rakus sekali .
mata dah kuyu , basah . habis bertempiaran lari celakku .

sisi katil , anak aku yang berumur 5 tahun sedang tidur nyenyak .
memeluk papa nya .
dan aku tahu , yang dipeluk itu masih belum benar-benar tidur.
dan aku tekup muka di hadapan cermin - tempat saksi dosa aku tiap-tiap jam 2 pagi itu.
pagi ini tolong jadi saksi , yang si merah darah bukan lagi dunia aku . www.tips-fb.com

September 30, 2010

kompang volume 21

kau tahu kan aku bukan sengaja nak kasi kau berendam air mata atau nak taruk hati kau sekadar belakang kira . cuma kali ini aku dah jelik dengar kau kata ''jangan lampas , kau rusukku '' . aku tak tahu mana bintang merayap malam ini , mana bulan berlegar malam ini . mungkin sebab aku dah pulangkan berlian entah berapa karat itu tadi . sebab berlian itu hanya pada harga bukan hati . kau buanglah songkok tinggi dan aku lupakan angan - angan aku mahu mengintai di celah-celah lubang pintu kayu-si bersampin yang tertunduk sipu .

kita masih belum terlambat . kalau masih cinta yang lama , kau tolong pergilah . aku lebih rela duduk jauh jauh di muka pintu melihat kau duduk dikibas orang bersama si dia - atas kerusi baldu berlagu kompang volume 21 ; daripada setiap malam aku rapat-rapat pandang muka kau tanpa sedar hati kau merayap pada yang lain . sesak .

At night when the stars
Light on my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes your on
The other side
Talking to me too
Oh Am I a fool
Who sits alone
Talking to the moon
Bruno Mars-talking to the moon . www.tips-fb.com

September 29, 2010

tiada sekotak lighter .

nanti malam aku ceroboh kamar kau .
tiada belati , tiada lighter .
cuma mahu ,
angkut kau keluar ,
turun meniti tangga usang bersama-sama .
bersama sekotak susu berluput pagi tadi ,
kita sama-sama hidup berdua .

dan hujan di skala lebat paling hebat ,
aku larikan kau .

semua sebab aku cinta . www.tips-fb.com

September 25, 2010

malam di rumah no.5

malam ini tanpa televisyen kotak nipis ,
malam ini tanpa kipas gantung ,
malam ini tanpa ada mana-mana pintu dari rumah no.5 ,
terkuak sedikit pun .
juga enggan menyahut mana-mana panggilan maya .

dan dengan keramaian majlis percintaan halal di rumah sebelah ,
dan dengan secawan teh serta chiffon hijau ,
malam ini malam tanpa semua tetapi ada kita .

ada kita .
yang sedang menunggu awan mahu beranak hujan ,
menunggu memandang langit dari tingkap bilik hujung ,
berdua dan tak terkutik walau sedikit pun ;
selagi masih ada halal antara kita .

dan jika .

p/s : ni last nh .
www.tips-fb.com

September 24, 2010

depan kau nanti;berselerak dengan gitar usang .

nanti bila sudah sampai masa ,
aku cerita .
eh bukan cerita tapi hebohkan .
eh bukan hebohkan tapi lagukan .
campak cd lagu aku merata-rata depan pintu rumah orang .
berselerak .

sebab kisah putera katak meragut itik hodoh sangat berkonfliks .
nanti kalau hilang salah satu kronologi ,
habislah sejarah,
bersepahlah kenangan .

nanti bila sudah sampai masa ,
aku akan garap titik lirik betul betul .
kasi melodi yang garing garing .
suara pecah , aku tak heran .

sebab nanti aku nak lepak depan kenangan tu .
berdiri , tak nak duduk .
simpuh apatah lagi .
aku nak senyum depan dia .
petik gitar suara kasi lantang .
biar sampai tali putus .
biar sampai peluh .
biar .

biar nanti akhirnya ,
aku terduduk jugak .
sebab kenangan tetap kenang-kenangan .
www.tips-fb.com

aroma II

aroma :
tapi cinta kau pada aku hanya sekerat hati .


dan pergi .
www.tips-fb.com

September 23, 2010

masih dalam aroma menunggu

'' aku tahu larut malam hari itu kau rindu kau rindu kau datang bertamu tapi aku tutup pintu . tapi wahai awan yang tersenyum aku , kau tak sedar aku sedang mengejar langkah kau malam tu . tapi wahai tingkap hati aku , kau tak tahu yang aku masih tunggu kau-sejak malam aku halau kau-aku tunggu kau . ''

dan bila waktu aku tutup muka
badan aku kasi lekap pada tiang
tanda aku sedang tenggelam dalam monolog dalaman yang aku cipta sendiri - ''aku tunggu kau''

aku masih dalam aroma menunggu ,
masih dalam aroma menunggu .

sungai lui-aizat
-ku harap ku masih percaya- www.tips-fb.com