Di kejauhan ternampak sesusuk manusia mencuba nasib utk mengenali si pemilik wajah ayu. Berbekalkan pengalaman secetek air separas buku lali, dengan usia seumur kanak-kanak baru lepas mimpi basah. dengan semangat sehangat larva Sulawesi, kau mengorak selangkah percubaan...
Dengan usaha kau menyusun aksara kepada kalimah, kepakaran kau mengatur kalimah menjadi sebaris ayat, dan kemasyhuran kau mengatur sebaris ayat menjelma sebuah senandung, kau bijak memikat si pemilik tubuh cantik itu. Kau berhasil menarik perhatian dia untuk terus mengetahui kau secara terpeinci. Kau bijak mengolah bicara buat si dia turut teruja. Dalam talian semuanya bermula.
Bakat kau berjenaka buat dia turut ketawa. Kau hebat..! Walau raut kau cuma lelaki kampung. Yang kerjanya cuma membanting tulang di kebun belakang. Yang belum tentu mampu menarik gadis penjual kuih, tapi kau pandai memanipulasi setiap kelebihan kau ada. Dia berjaya di tawan kau. Sekali lagi... Kau memang hebat!
Berhari gilir minggu, Berminggu bertukar bulan, bulan bertukar tahun. Kau dengan dia semakin intim dan semakin gah menyusun sebuah istana. Kau bangga menguar-uar pada dunia. Kau dengan dia sangat bahagia. Kau katakan pada semua. kau sahaja punya si dia.
Kau dan dia sungguh asyik mengira bintang di langit. Kau dan dia gembira berpimpin tangan merentas dunia. Kau dan dia cuba mencongak masa depan. Kau dan dia berjaya mengharung badai melanda hanya dengan kapal yang kau bina dengan papan-papan cinta. Tak sangka kapal kau sungguh kuat. Malah bergaya untuk dipamer kepada sampan-sampan lain. Atau kapal kecil yang baru hendak berlayar...
Kpd pembuat kapal : Kau hebat membina, semoga kau sentiasa berjaga. sekuat mana kapal kau bina, kalau selalu dilanda badai, lama-lama akan pecah juga,....
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kau begitu teruja mengepalai kapal itu. kau megah menakhoda bahtera kau dengan si dia. membelah samudera asmara dengan begitu bergaya sekali. Kau bijak mengawal bila ada sang badai bikin kacau. Dan seringkali itulah sang badai itu tewas untuk memcahkan kapal kau.
Tapi, dalam megahnya kau menongkah badai, kau lupa ymtuk bersiap sedia. Untuk sentiasa mengganti papan cinta kau dengan yang baru. kau cuma bangga dengan rekaan yang lama. Sedangkan ada armada lain yang kehebatan mereka mampu menongkah ribut.!!!
Cerita cinta kau dengan dia mula goyah. Di luar batas pengetahuan kau, dia mula bermain cerita dengan nakhoda yang lain. Kau tak sedar bila masa dia hilang dalam kapal kau. Tahu-tahu sahaja ada nakhoda lain yang bijak menawan sang hati kau.
Di luar pengetahuan kau juga, dia begitu asyik mengira bintang dengan yang lain. Dia begitu asyik menyapu angin yang menerpa muka, dia begitu asyik di belai rambut dengan sang lain, dan kau juga kalah kerana dia sudah tak ada cinta lagi dalam hatinya. Perasaan cinta dalam hati kau. Semuanya diluar akal pengetahuan kau.
Tapi, sepandai belalang menyamar dirumput, dapat juga dilibas lidah katak. kau berjaya menghidu pencabulan cinta ini. Desak nafas mendengus, pengakuan terbuka dari dua mulut terlafaz juga. Kering air mata juga tiada guna, syahdu meneman mesra, dan kenangan kau bersama dia mengorak nilai cinta dia boleh dikuburkan segera. Dan jangan dipacak nisan, takut kau akan sentiasa datang menziarah kubur itu...
kpd pngali kubur : jgn dibersihkan kubur itu, biarkan shja ia berlalang tinggi,.. yakin waris, ada sinar menanti di masa depan...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kubur itu ku kira sudah bersemak belukar. Untuk apa kau meratapi cerita yang sudah disemadi? Buat terguris lagi hati yang sedia terhiris. Pedih bukan? Jangan pula kalau dikurnia keris, kau kelaku seperti Jebat yang tragis. Sekarang tiada lagi si Tuah. Yang ada cuma tuah disebelah. Itu pun nasib...
Terlihat kau diselubung selimut sedih. Kasihan. Tapi apa boleh dilakukan insan keliling? Mereka cuma hebat menunjuk bakat bahawa mereka mampu menasihat. Nasihat berjuta kau terima, tapi semuanya cuma serdak yang masuk telinga. Tak tersangkut beri kesan sedikit pun ke kepala. Kadang tergelak juga aku lihat perihal kau. Cuma menangis yang kau tahu. Apa mungkin dikembali cerita yang sudah dimamah ulat?
Seperti aku katakan. Kalau nasib berdamping dengan kau, pasti tuah muncul. Dan itu lah yang diskripkan. Dalam ramai memberi nasihat pejuang, tapi sekejap mereka sudah hilang. Ada bintang baru memetik hati kau. Lagaknya biasa sahaja. Wajahnya lembut sutera. Mendamai bila kau tatap mukanya.
Dalam diam, Cinta kau mula berputik kepada dia. Insan yang tiba-tiba dikurnia untuk menjadi bahu kepada tangis kau. Keperibadian dia mula buat kau yakin. Sudah ada rumput cantik di depan mata, buat apa untuk terus mencari lagi, takut kau juga rugi. Berbekal semangat yang masih goyang, kau cuba berkalimah mesra. Bagus! Dalam sipu si gadis menyambut malu. Salam sudah tertaut, cinta mula tersemi.
Mulalah kau berkelana dilaut baru, bersama kapal baru. Kapal yang masih kecil, yang belum mampu menarik sang lanun, yang tidak diendah jerung jahat, atau sang badai juga tidak bernafsu untuk memukul kapal kecil kau dan dia. Tapi kau dan dia terus bangga membelah samudera. Sambil mendepa tangan melayan pukulan angin. Wah! Aku juga terbias apa yang kau bahagiakan...
Kpd bintang baru : Kau punya tugasan berat utk mencari kembali semangat dia yg direntap pencabul. Tapi segulung tahniah diberi. Dia sudah pandai tersenyum...
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bintang baru itu sangat riang bersinar-sinar. Seolah sang bulan juga mahu turut serta. Masakan tidak, sang hati jga seolah tak percaya dengan anugerah itu. Kau seolah mahu khabarkan pada dunia yang kau juga punya panji bendera hak. Bendera yang berkibar-kibar megah menyatakan kau masih boleh menang. Tahniah. Dengan bintang baru itu, kau megah di atas gunung kemenangan.
Dalam kemenangan kau itu, kau masih berpuisi tentang kilauan kaca lama. Kau khabarkan dulu kau pernah tertipu dek silauan itu. Kau kutip pecahan yang kau sangka permata. Kau jadikan kalung. Bangga kau pamerkan pada orang ramai. Suka hati kau. Tapi dalam cahaya yang kau sangka permata itu, ianya telah menghiris leher kau sendiri. Tolonglah. Jangan diingat lagi kisah lama. Bintang baru ini dah cukup buat kau.
Kau dalam proses penyembuhan. Ya. Penyembuhan yang cukup ajaib kerana ianya terawat dalam masa singkat. Yang nyata, kau dan sang kasih ini semakin gah menyusun tembok sejarah. Semakin riang mencipta kenangan puitis yang bikin hati menggamit romantis. Oh. Orang ramai sibuk mencemburui kemenangan kau. Orang ramai asyik bertanya kenapa bintang biasa itu bisa jadi maharani dalam hati kau.
Dalam sinis kau jawab. "Aku yang sangat hebat!"... Kau nakal.
Kemenangan kau ditangkap halwa telinga si pencabul lama. Pencabul yang masih beria-ria dan tercungap mencipta sejarah yang mampu memetik perasaan cemburu kau. Tapi sayang, tak seinci pun terselit rasa dengki atas usaha sang pencabul itu. Kau dah lupa semuanya. Mengeja namanya pun belum tentu kau mampu.
Kpd sang pencabul : kau jangan menoda lagi org yang dah kau noda. Dia sudah tak mahu mengingat maruah lama yang dah terlayang. Dia sedang sibuk dengan masa depan baru.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam pemburuan pencabul itu mahu kau terseksa, kau buat seperti biasa. Kebiadaban pencabul itu sampai ke kemuncak bila dia dengan muka bangsatnya seolah mahu kau terkuis rasa cemburu. Dipamerkan kononnya bintang baru dia di hadapan kau. Malang seribu kali malang. Jiwa kau sudah dipenuh dengan tembok cinta. Cerita lama dengan pencabul itu dah tiada. Dah dihembus angin pusar laju. Tak ada makna lagi kiranya kau mahu cemburu.
Bertahun sudah berlalu. Kau terus gah mencipta kejayaan. Kau semakin dikenali di awang masyarakat dan di mata koloni. Kau semakin berjaya menempa kecemerlangan di dalam hidup. Ramai juga kawan yang dulunya mengherdik kini mula meletakkan status kau adalah kawan baik. Hoh! Manusia melayu memang mendekat bila seorang itu sudah berjaya. Apatah lagi kiranya yang berjaya itu adalah orang kaya. Semua orang mengaku kawan! Dulu ketika kau terkial, tiada seorang pun di sebelah melainkan bintang kau yang tak jemu menyinar. Bahagialah hendaknya kau dengan sang dia.
Setelah betahun kau dan bintang kau menyinar satu sama lain. Kau pun cuba melangkah ke alam yang lebih bersunggguh. Dengan perasaan sayang yang sudah pun lebih dari tebal, kau kemukakan pada sang cinta, yang kau mahu melamar dia untuk jadi maharani hati. Maharani yang hanyalah satu. Yang layak bersemayam di singgahsana hati. Yang layak menyeri terus dalam tautan yang digelar = Rumahtangga.
Wah! Kau sudah semakin bahagia.
Persandingan ala sederhana dilangsung meskipun kau adalah manusia ternama. Kau memang seorang yang bagus. Jangan membazir kata nenek.
Tiga tahun kemudian. Semakin besar pengurusan yang di bawah pentadbiran kau. Semakin hebat juga kau di antero dunia. Kalau kisah kau di dokumentarikan. pasti ramai mahu ikut jejak kau. Kau juga semakin gah melayar kapal besar kau dengan bintang hati yang satu itu. Kapal yang terlalu besar untuk dihancurkan. Malahan, kapal kau mampu terbang ke awan dan mendarat di kayangan yang khas untuk kau dengan bintang kasih itu. Bintang yang sah! Bukan bintang haram yang pegang tangan pun tak boleh. Wah. Indah nya kau berasmaradana dengan bintang itu di alam itu.
Masih ingatkah dengan sang pencabul dulu? Tidak! Langsung tak pernah terlintas di akal mainan minda. Namanya sudah lama terpadam.
Mungkin ditakdir. Dalam satu kejadian, Kau bertemu kembali dengan penoda itu. Rautnya tidak seperti dulu. Wajah kusam membayangkan kehancuran hati. Tapi dia masih cuba mengukir senyuman tawar. Kau juga membalas dengan senyuman yang paling manis. Yang bisa buat mana-mana perawan jatuh histeria. Perbualan ringkas menjadi intipati pertemuan itu.
Dia mahu kembali kepada kau. Hidupnya penuh seksa dengan cahaya yang dia sangka bintang, tapi cuma meteroit yang menghancurkan. Hidupnya penuh warna hitam.
Tapi. Wajahnya bertukar hiba. Bila tiba-tiba muncul anak kecil memanggil kau "papa!!" dan memanggil bintang baru kau sebagai "mama!!" Oh! aku dapat bayangkan betapa kecamuknya hati dia ketika itu. DIa berlari deras sambil meninggalkan manik titis di lantai.
Dan sekarang. Kau, Bintang baru serata bintang kecil terus bahagia menempuh indahnya dunia............